Jadi pembeli yang bijak

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan sedikit perkongsian mengenai pembelian di shopping complex agar tak tertipu.

Saya bekerja part time sebagai cashier di sebuah pasar raya yang jual pelbagai barang basah dan kering. Cukup lengkap untuk customer datang ke pasar raya ini untuk cari pelbagai barang2 keperluan. Okay la,saya tak nak cerita pasal kerja saya. Saya cuma nak bagi tips pada anda,sewaktu kita bershopping,tak tertipu dengan harga barang.

1. Semasa ambil barang dari rak (dalam pasar raya) pastikan anda tangkap gambar harga barang tersebut di tempat yang dipaparkan. Perkara ni dapat elakkan anda dicaj lebih semasa di kaunter. Saya sebagai cashier banyak kali kena marah dengan customer sebab harga tak update. Cth,harga susu dekat rak harga Rm2.40,bila saya scan,tengok2 dengan harga paparan Rm3.10. Saya sebagai cashier hanya bertanggungjawab untuk scan. Segala hal tagging bukan kerja saya,tapi saya akui juga kelemahan sistem pasar raya tu,tapi betul jugak,ratio pekerja dengan barang, 1:20. Memang tak terupdate benda2 macam tu. Jadi nasihat saya pada anda, tangkap gambar harga barang di rak,dan tunjukkan pada kami. Supaya kami(cashier) boleh bagi diskaun. Tapi jangan tipu pulak ye,sebab cctv ada mengawasi anda. Kalau tak cctv,Allah lagi berkuasa. Makan benda yg haram(hasil penipuan) kan dibalas kan diakhirat? Hehe

2. Pastikan anda bawak gunting kecil atau pengetip kuku sebagai barang untuk memotong tag pengikat beg anda. Jangan marah kalau sebelum masuk shopping complex,pak gard tahan untuk ikat beg kita dengan tag ni. Ini sebagai langkah untuk kurangkan kecurian. Kami di cashier kalau bernasib baik,ada sediakan anda gunting untuk potong benda tu. Kalau takde,pakai gigi jela.hehe. Tapi tak elok.pulak kan untuk gigi. Jadi bawak la salah satu benda ni. Atau pun bawa je purse anda saja. Jangan bawa beg.

3. NI langkah paling bijak pernah saya jumpa pada seorang customer. Sebab dia tak nak terlebih berbelanja. Dia list kan barang sekali dgn harga dlm buku kecik 555 dia. Bila saya scan,dia seolah jadi guru disiplin. Memang renyah org bagi kami,orang2 macam ni. Tapi at the end. Dia cukup2 bayar belanja nya dengan Rm100. Katanya barang dapur dia sebulan hanya Rm100. Bijak kan. Jadilah macam beliau.

4. Sediakan beg setiap hari sabtu. Selain dari negeri melaka yang saya tahu. Semua shoping complex tidak menyediakan beg plastik percuma pada hari sabtu. Jadi bawa beg banyak2. Letak dalam troli. Bila kami(cashier) scan anda sendiri boleh letak barang anda sendiri ikot keselesaan anda. So jimat kan 20 sen anda bagi setiap beg plastik yang disediakan.

5. Sediakan duit syilling secukupnya terutama 5 sen. Saya bukan na pecah rahsia pasal aktiviti xbaik sesetengah cashier ni,tapi elok la anda bayar ngam2 dengan jumlah yang barang anda. Sebab tak tahu la kalau anda pernah terkena. Sewaktu dipulangkan balance oleh cashier,5 sen baki anda tak diberinya. Mungkin sebab dia na cover short yang pernah buat la kan (sangka baik) hehe. Tapi bayar la ngam2 sebaiknya so duit anda tak akan terkurang.

6. Sewaktu letak barang di kaunter/conveyer, seeloknya asing kan lah barang anda siap2. Sabun dgn sabun, makanan dgn makanan, sayur dgn sayur. Supaya cepat dan mudah cashier scan dan masukan barang anda dalam plastik. Bukan na bagi kerja senang kat kami(cashier),tp na cepat kan keje scanning dan packaging dan customer seterusnya pun cepat utk dapatkan giliran. Kalau barang dalam bakul,keluar kan letak atas counter/conveyer.

Setakat ni je kot tips2 yang saya nak boleh bagi. Harap dapat membantu anda semua. Dah masuk gaji kan bulan ni? Haha.. Shopping la beli barang dapur korang. Jangan shopping ikot nafsu sudah.