Jadi Perempuan Tak Mudah

Mesti pernah dengar kes cabul kan. Macam mana kalau orang tu adalah abang sendiri.

Masa tu saya darjah 3. Saya ada seorang sepupu lelaki yang 7 tahun lebih tua dari saya. Saya tak pernah jumpa dia sejak kecil sebab dia duduk negeri lain.

Dan satu hari, dia pulang ke rumah nenek kami.

Masa tu mak saya memperkenalkan dia sebagai abang / sepupu sulung. Nama dia F.

Sepupu F ni jarang cakap atau main dengan saya sebab saya paling bongsu. Lagi pun lelaki kan. Sebulan dia duduk dengan kami.

Ada satu hari ni, sepupu F disuruh untuk jaga saya kat rumah. Nenek dengan mak saya keluar pegi ke pasar.

Selepas balik dari sekolah, saya nampak takde orang kat rumah dan ada F je. Keadaan sangat akward ye. Sebab kami tak rapat.

Saya masuk dalam bilik untuk ambil pakaian pastu terdengar ada orang kat belakang. Ye, F tolak aku atas katil. Pegang bahu saya kuat dan kata “nak aku rogol tak”.

Masa tu saya tak faham apa apa. Saya rasa pelik. Macam dia ni ajak saya main ke? Pastu dia gigit dada saya. Dan lari ke ruang tamu.

Saya jadi blur dan bagitau mak saya yang F ni gigit saya dan lari. Tapi mak saya buat taktau je. Mungkin dia ingat F saja main dengan saya kot.

Masa tu saya pun kecil dan taktau macam mana nak explain apa yang dia cakap dan di mana yang dia gigit.

Bila dah besar baru lah saya faham apa yang dia buat tu salah.

Saya last jumpa dia masa darjah 3 tu je. Selepas itu sampai skarang saya dah tak jumpa dia.

Umur saya 23 sekarang. Dan dia pun dah kahwin rasanya.

– Neeta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *