Assalamualaikum semua. Aku saja nak meluah. Taklah besar sangat pun masalah ni saja je nak minta pandangan. Apa apa komen baik buruk aku terima in Shaa Allah.
Ok dia macam ni. Kami ada 7 adik beradik. Aku anak ketiga lah. Semua perempuan sorang je lelaki.
Sebenarnya takde lah ada big issue pun cuma kadang-kadang benda ni agak ganjil jugak.
Kami ni semua dah tua bangka. Adik bongsu dah 34 tahun. Aku dah 44. Bayangkan lah umur kakak kakak aku yang dah masuk 5 series. Semua dah kawin beranak bercucu.
Mak bapak ni orang yang sederhana dan kami bukan orang yang senang pun. Bapak takde keja tetap pun tapi rajin berniaga kecil kecilan dengan mak semasa kami kecik.
Mak juga manusia yang paling rajin dan cergas. Usia dah masuk 80 dah dan masih aktif berniaga.
Masalahnya sini, kami adik beradik berebut nak tinggal dengan mak bapak. Kalau mak bapak pegi mana mana mesti kami nak teman or nak ikut.
Kalau mak terlebih layan sorang anak, ada lah yang merajuk walau dah tua bangka.
Adik aku yang lelaki selalu jugak nak conquer bawak mak bapak tidur tempat dia padahal kalau mak tidur kat rumah adik yang bongsu, hari hari dia call. Tak pernah cukupnye.
Kakak kakak juga tak kurang nak juga dengan mak walau mereka pun dah jadi nenek cucu dah sedozen. Katanya tak puas bermanja dengan mak.
Aku pun sama juga tapi oleh kerana tinggal jauh, cuma seminggu sekali lah aku lawat mak tu pun mesti set appointment dulu. Mak selalu kena kidnap oleh adik adik aku yang lain tinggal dengan mereka or kena bawak bercuti.
Kalau dulu aku tinggal dekat. Hari hari aku tapau mak bapak tinggal dengan aku.
Jangan salah faham ye. Kami semua tak suruh pun mak jadi maid, jaga anak or tukang masak ke apa tapi dengan ada nya mak bapak kat rumah… rasa keberkatan sangat kat rumah tu. Paling suka lepak dengan mak tengok drama.
Pernah mak bapak nak balik kampung, aku nangis tau. Lepas aku bedrama adik adik aku pulak ikut berdrama kata dah 7 hari kat kau, kat aku la lagi. Tu tak termasuk kakak kakak aku yang nak bawa mak lama lama.
Sampai mak cakap. Sampai ke tua lah kamu nak membontot je. Nasib baik menantu mak semua baik hati terutama adik ipar perempuan.
Dialah yang selalu ada dengan mak. Mak pun anggap dia macam anak sendiri tau. Malah kalau ada gift dia dahulukan menantu perempuan dia dari anak sendiri.
Kami semua tak kisah. Jujur. Dia sorang jelah adik ipar perempuan yang kami ada.
Sebenarnya aku kesian juga kat mak bapak. Diorang pun rindu nak ber me time kat rumah sendiri tapi entahlah apa masalahnya kami adik beradik tak boleh nak berenggang sangat. Call hari hari.
Percaya tak umur aku macam ni masih tidur atas riba mak. Sedap je rasa hati ada mak.
Bayangkan kalau mak sakit, habislah kami semua berbondong bondong pegi rumah mak sampai mak cakap… aku tak nazak lah. Pergilah korang balik. Bak sini panadol. Aku nak tido.
Kakak dan adik aku sampai menangis kalau mak tidur seharian sebab mak jarang nak tido lama. Mak kalau sakit dia tak suka susahkan orang.
Dia nak tido je. Kami je yang beriya nak sponging mak la. Nak urut la. Nak bawak klinik lah.
Setiap kali sakit mak akan warning jangan heboh sangat lah. Sakit biasa je kan dah berumur ni sihat apanye lagi. Tapi tulah… kami adik beradik tak dapat nak berahsia sangat.
Mak ni orang nya lucu dan sangat penyayang. Paling suka budak budak. Dengan cucu dia ya Allah semua dia manjakan sangat sampai semua nak tidur kat rumah nenek dia.
Again. Mak bukan orang yang kaya. Kami tak pandang pun harta mak. Kami cuma nak spend time dengan mak dan bapak. Aku tulis ni pun kerna aku rindu dengan mak.
Aku doa supaya Allah panjangkan dan sihat kan kedua mak dan bapak aku. Semoga mereka ditempatkan di dalam syurga tanpa hisab.
– T (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit