Jadi Seorang Anak

Assalamualaikum. Saya Lulu. Umur 20an. Anak sulung. Baru kehilangan ayah beberapa bulan yang lalu. Tu saja lah untuk intro.

Dari tajuk je macam apa benda yang nak dibincangkan kan?. Haha. Saya merasakan menjadi anak sulung semakin berat apabila ayah meninggal dunia. Terutama dari segi emosi. Adik saya yang ke2, memang dari kecil jenis orang yang kuat pendirian. Dia sangat optimis. Jika dia inginkan sesuatu, dia akan berusaha sehabis mungkin, baik dalam pelajaran dan juga hidup. Adik saya yang ke3 pula, seorang yang pendiam. Sweet je perwatakkan dia, tak pandai marah tp ada sikit keras kepala. Manakala yg ke4 bongsu. Biasalah bongsukan carefree ada kepala sendiri, manja, suka sakat orang. (P/s: tak perlu kot saya mention jantina mereka, kita teka-teka je ye)

Ok berbalik kepada isi tajuk ini, ibu saya menjadi lebih sensitif emosinya lepas pemergian ayah saya. Walhal dahulu dia wanita yang sangat cekal hati. Ibu saya memang seorang yang lemah lembut penyayang tapi tegas pendirianya. Adik adik saya kini selalu mempersoalkan seolah ibu memilih kasih, kerana ibu agak sedikit lembut dengan no3 kerana dia seorang yang lembut jiwanya. Bila ditegur sekali je sudah cukup sebab dia akan dengar, cuma kadang-kadang je ada ikut kepala sendiri. Biasalah remaja. Jadi yang no2 rasa seolah ibu selalu menyebelahkan no3 berbanding no2. Bila dengan yang bongsu pula, ibu sudah tidak setegas dahulu berbanding ketika ibu dengan kami bertiga ketika usia mudanya.

Jadi yang no2 selalu merasakan ada sahaja yang tidak kena dengan ibu, saya faham dia bukan berniat nak mempersoalkan ibu, cuma dia merasakan ibu sepatutnya tegas seperti dulu. Saya sebagai anak sulong sedikit tersepit diantara luahan ibu dan juga adik no2. Ibu selalu berkecil hati dengan no2 kerana no2 selalu merasakan ibu pilih kasih, ini yang buat ibu sedih. Tambah-tambah lagi ayah sudah tiada, lagilah dia rasa keseorangan. Ibu saya selalu cakap, tunggu lah korang jadi parent nanti. Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang. Saya faham apa yang ibu rasa dan saya juga faham apa yang adik saya rasa. Tapi tulah, runsing juga kadang-kadang. No2 selalu kata ibu buatkan dia kecil hati. Sebenarnya ibu sangat rapat dengan kami semua, tapi entah lah masih lagi ada ketidak puasan hati yang timbul dikalangan adik-adik2 saya.

Sebenarnya kami semua sedang menyesuaikan diri dengan kehilangan ayah tapi bila konflik begini jadi, ini membuatkan ibu saya sangat sedih. Dia selalu merasakan apa yang dia harus buat untuk puaskan hati semua orang. Saya selalu pesan pada no2 jangan ditekan ibu, emosi dia tak kuat tapi sepertinya dia tidak puas dengan jawapan itu. Ada lagi beberapa konflik tapi penat lah nak explain sangat. Buntu juga kadang-kadang, bagaimana ya? Harap sangat sekiranya kalian dapat memberikan nasihat. Kalau boleh tak nak lah lawak-lawak hambar sebab anda akan kelihatan hambar.

Sekian.
Lulu

– Lulu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit