Jadi Yang Terbaik Untuk Dapatkan Yang Terbaik

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera semua. Saya Tasha pelajar universiti awam di selatan Tanah Air. Tetiba terdetik di hati nak share kisah yang mungkin boleh dijadikan semangat buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS tak lama lagi. Tasha ucapkan thniah pada semua yang berjaya dan sekiranya tidak InsyaAllah lambat atau cepat rezeki itu akan ada. Rezeki takkan salah alamat!

Zaman sekarang ni kawan tikam kawan tu selalu terjadi. Oleh sebab itu, ramai yg suka bergerak solo.. Tapi alhamdulillah rezeki Tasha dapat sahabat yang baik yang sama-sama mempunyai minat yang sama untuk susah senang sesama. Tergerak hati nak share sebab terbaca kisah pelajar UPSI yang melakukan 5 kerja sambilan dalam sehari. Memang Tasha tabik hormatla dekat dia sebab berani menyahut cabaran. Mesti ada terlintas dalam fkirankan mampu ke tak  nak buat semua tu? Tapi bila da go through, alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Paling  penting ialah yakin.. Anda mampu melakukanya!

Tasha selalu terfikir kena ubah diri sendri, kena ada income sendiri sebab nak harapkan adik beradik, mereka sudah ada kehidupan masing-masing tambahan pula bila mak dan ayah dah tiada ni, Tasha lagi kena berdikari dan usaha sendiri. Tapi Perjuangan Tasha ni manis sebab Allah hadirkan sahabat yang baik selalu ada waktu susah senang sesama dan sanggup redah hujan sesama. Memang terasa manisnya  bersahabat kerana Allah!

Jadi adik-adik niatkan dalam hati bila masuk ke alam universiti nanti selalu bersangka baik, berkawanlah dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah pasti Allah akan temukan insan-insan yang baik disekeliling kita. Serius Tasha cakap kawan-kawan ni mainkan peranan penting time belajar. Kekadang bila ada terniat nak berhenti belajar kawan-kawan jugala main peranan. Kata-kata mereka “Jangan cepat mengalah”!  Ayat tu pun dah bersemangat bila dengar. Bayangkan kalau tiada dorongan dan motivasi rasanya da give up..

Kalau nak cerita bab air mata ni, rasanya dah banyak air mata yang mnglir tapi bila ada seseorang yang sentiasa ada time susah  senang semuanya menjadi indah. Tasha dan sahabat Tasha ni bukanlah orang senang. Nak jdi kan cerita kami memang mula dari bawah. Mula-mula bincang nak masuk universiti nak aktif jadi kami berdua join MKP kolej (Majlis kepimpinan Pelajar). Memang rasa seronok sebab dapat hidup berorganisasi dan kenal ramai orang. Serius tasha cakap, Tasha ni pemalu. Nak sembang dengan orang tambah-tambah lelaki lagila malu. Tapi bila dah lama-lama, rasa macam dah boleh la kawal malu tu.. Hehe…

Bila dan join organisasi universiti terbincang tanpa sengaja dengan sahabat baik nak truskan berorganisasi ataupun cuba sesuatu yg lain? Akhirnya kami memilih untuk berbisness . Share modal sesama.  Paling sedih sebab kami dah sayang organisasi yang kami join tapi kami keluar dari kolej dan menetap di luar. Serius memang rasa sedih sesangat tapi kami  yakin dekat luar nanti mesti akan ada rezeki yang menanti. Mula semester baru ada jer waktu free kami akan masak dan jual.  Paling seronok dapat sahabat-sahabat yang supportive. Memang sokong habislah. Tasha bersemangat sebab sokongan kawan-kawan.  I love you korang.. Nak mention semua rasa banyak sangat.. Hehe.

Tasha dan sahabat baik tasha jual macam-macam makanan antaranya nasi kerabu, Nasi kak wok, laksa penang. Cerita bab masak ni, memang ada rasa nak nangis sebab terasa susah nak cari duit. Tapi tasha memang sangat-sangat hargai sahabat-sahabat Tasha yang tolong promote. Dari 10 order, jadi 30, dan akhirnya dapat 60++ order… Penat memang penat dengan study lagi, dengan assignment. Terasa penat sebab masak, kutip order, delivery plk naik motor arwah abah jer. Memang bila naik motor arwah abah terasa aura semangat sebab motor Honda wave tula abah pergi kerja cari rezeki dan sekarang anak dia guna pula.

Alhamdulillah bab belajar pula, masih boleh dibanggakan dan kekal 3 pointer keatas hingga kini. Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran jgn takut nak cuba sesuatu yang baru. Jadikan sesuatu yang baru tu pengalaman yang manis untuk dikenang dan kekuatan pada masa akan datang. Jangan takut ok menghadapi hari esok sebab sesuatu yang indah sudah Allah aturkan. Cepat atau lambat jer. Janji brsabar ok…

OK Tasha sambung lagi, Selain Tasha berbisness dengan bff Tasha, Tasha jgk klu ada masa lapang akan kerja part time di rumah TNC kalau dipanggil. Gardening, serve makan vvip, dan  kemas rumah. Ada waktu tu tasha bisness, waktu pagi masak, tengah hari delivery, malam pula  kerja di rumah TNC. Penat tapi itu juga mengajar Tasha erti kesabaran.. Sambil masak borak gila-gila dengan bff hilang rasa penat tu… Alhamdulillah, hasil duit berbisness mampu bayar duit rumah sewa, duit keperluan diri, dan lain-lain.

Bila kita niat kita nak ubah diri kita dan Allah maha mendengar, Allah hadiahkan orang yang hebat dalam hidup Tasha. Mereka inilah yang telah mengajar Tasha banyak perkara. Mungkin ini anugerah yang paling terindah buat Tasha. Kisahnya bermula bila ada subjek keusahawanan dan Tasha jadi MT(majlis tertinggi) untuk mengendalikan satu program iaitu seminar keusahawanan. Tasha perlu cari usahawan untuk bagi talk dan ada kawan tasha suggest usahawan Ailyqairy.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Tasha dengan mudahnya mereka bersetuju untuk bagi talk. Mereka sangat peramah, baik hati, dan tak kedekut brkongsi ilmu.. Paling Tasha respect bila mereka tak minta bayaran yang tinggi untuk program seminar ni. Semasa Tasha berjumpa dengan mereka, Tasha ceritakan bisness yang Tasha usahakan dengan sahabat Tasha dan mereka siap berikan tips lagi. Baiknya mereka! Rezeki selepas habis program seminar tu, Tasha dapat mesej dari usahawan Ailyqairy yang mereka anjurkan program Maulidur rasul dan mereka mahu order 50 pax laksa telur sarang dekat Tasha. Ya Allah memang rasa nak nangis.

Pada mulanya rasa takut sebab takut tak mampu nak berikan yang terbaik tetapi Tasha cuba sahut cabaran.. Betullah, kalau kita yakin dan Percaya yang kita boleh buat mesti Allah tolong. Alhamdulillah, dapat feedback yang baik. Ramai cakap laksa Tasha sedap dan antara yang terawal habis.. Selepas itu, rezeki tak putus lagi bila usahawan AilyQairy tawarkan kerja part time dekat butik mereka setiap hujung minggu dan alhamdulillah sekarang menjadi sebahagian dari family EAQ… Semoga Empayar AilyQairy terus maju. Terima kasih beri peluang dekat Tasha….

Jadi itula serba sedikit coretan kisah hidup insan kerdil ini. yang baik jadikan ikutan ok. Mungkin setiap perjalanan hidup kita brbeza tetapi ingatlah janji Allah itu benar bagi orang-orang yang bersabar. Buat adik-adik kuat semangat ok.. Cabaran di alam universiti akan mematangkan pemikiran. Jangan pernah give up tau! Kita akan jumpa dengan pelbagai manusia yang membawa kesan positif dan negatif dalam hidup kita. Jadi, yang positif kita ambil yang negatif kita buang jauh-jauh ok..

REZEKI TAKKAN SALAH ALAMAT!

– Nathasya Nasir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *