Aku seorang mak mentua, berumur awal 50an. Surirumah sepenuh masa. Punya anak menantu tapi masih belum punya cucu.
Aku ni mak mentua jenis modern. Suka melawa. Suka urus diri sendiri, jaga makan pakai suami dan suka ambil peduli hal2 yang berkaitan dalam rumah aku sahaja.
Dunia aku hanya dalam rumah. Menghabiskan masa dengan anak2, suami, mendeco, tukang cuci dan sebagainya lah apa yang suri2 buat… aku juga ikut sama buat. Yang aku tak buat… kacau kehidupan anak menantu aku.
Aku selalu saja baca kisah2 mak mentua yang jenis toksik. Mau aku sekolahkan mak mentua yang macam ni walaupun aku bukanlah seorang cikgu.
Kalau kau mentua yang baik, yang memahami anak menantu kau… buat apa kau nak kalut pasal hal mereka laki bini? Buat apa kau nak campur urusan rumahtangga diaorang?
Kepada yang bakal jadi mentua atau yang sudah menjadi mentua, tolong jangan buat otak anak menantu kau bertambah serabut dengan perangai kau… tambah dengan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ini.
Tidakkah terasa belas kasihan melihat anak menantu kau terkejar2 mencari rezeki? Tidak adakah sekelumit rasa simpati di hati kau dengan situasi anak menantu yang sangat sibuk ini?
Sebagai mentua, tak payahlah duk menyibuk nak jenguk anak2 setiap masa. Duduk diam2 kat rumah sudah. Diaorang letih, diaorang nak rehat. Bagilah ruang untuk mereka lakibini berehat.
Kalu kemaruk nak jenguk jugak… pergi la sehari dua sudah cukup. Kalau nak duduk lama2 kat rumah anak menantu tu, biar reti bawak diri. Jangan jadi mentua toksik.
Tak kira la kau suka anak menantu kau ataupun tidak, yang nak hidup bersama adalah anak dan menantu kau, bukan diaorang nak hidup bawah ketiak kau.
Jadi la mentua macam aku ni, aku tak kisah pun anak2 aku nak datang jenguk aku ke tidak… sebab aku tau diaorang masing2 sibuk. Dan aku juga tak suka nak terhegeh2 kat rumah anak menantu aku dgn tiada tujuan.
Kalau sekadar nak melawat anak menantu kau untuk nak mencari kesalahan diaorang… nak korek apa yang ada kat dalam rumah diaorang… nak perbetulkan apa yang mereka lakibini sudah buat yang terbaik bagi mereka… baik kau buka kitab kat rumah kau sendiri… Bersihkan hati!
Bersihkan diri supaya suami kau balik kerja nanti dapat hidu kau yang waaaangi sangat2 dah! Itu bagi yang masih ada laki la. Bagi yang dah tak ada laki… banyak lagi benda yang kau boleh buat. Takkan aku nak sebut satu2 kot kalu kau pun dah baya2 5s macam aku ni.
Contoh macam aku… anak aku selalu call ajak aku keluar makan sama2. Kalu sesekali tu aku keluar jugalah bersama mereka.
Tapi bila anak aku selalu ajak aku, aku cakap je pada anak aku… aku nak rehat bersama papa. Aku cakap aku tak nak makan di luar sebab aku dah masak.
Last2 anak aku pun kurang ajak aku lagi. Aku pun selesa sebab tak perlu lagi nak bagi macam2 alasan untuk tidak keluar makan bersamanya.
Aku sangat pelik bila baca kisah mentua yang suka cari pasal dgn menantu. Kenapa sangat tak cerdiknya mentua macam tu. Tak sukakah anak kau hidup bahagia bersama menantu kau???
Anak aku selalu cerita pada aku hal rumahtangga mereka jika ada sesuatu perkara yang anak aku tak puashati.
Sebagai ibu, aku hanya mendengar saja. Tidak sedikitpun aku masuk campur atau nak membenci menantu aku sebab aku tau… menantu aku itu adalah pasangan hidup yang anak aku pilih. Lepas ni mereka akan baik balik. Sedangkan gigi dengan lidah pun tergigit….
Mana2 mentua yang sama level dengan aku yang tak suka masuk campur hal anak menantu boleh bagi petua masing2 supaya anak2 dan menantu2 kita boleh hidup aman damai tanpa gangguan IBU MENTUA TOKSIK!
Pada pemerhatian aku…. mentua yang banyak songel ni kebanyakannya yang melahirkan anak2 jantan. Maksud aku, menantu perempuan yang banyak berendam si air mata nak hadap kerenah mentua.
Semoga aku kekal menjadi mentua yang terbaik dalam dunia ini. Semoga menantu aku bersyukur dapat mentua macam aku.
Aku suka dengar lagu nyanyian Alleycats… bertajuk khabar buat ibu, (Luahan anak lelaki kepada si ibu….)
“Kehadapan ibuku yang sangat kucintai
Dengarlah khabar ini tentang calon menantumu
Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami
Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibu dapat taburkan beras kunyit di depan halaman rumah
Menyambut kepulangan kami berdua oh ibuku
Aku menyintainya seperti ayah menyintaimu
Dan dia cintakan aku seperti kau cintakan ayah”
Menjadi mentua toksik adalah mimpi yang teramat ngeri bagi setiap menantu. Yang penting aku bukan mentua seperti itu.
– Mentua modern (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit