Jadilah Pengguna Bijak

Jadilah Pengguna Yang Bijak

Hai semua. Thanks admin. Aku nak share sikit pasal sesuatu yang aku rasa aku perlu share.

Korang semua mesti tau pasal Grab & Uber kan? Tapi, ada tak yang tau pasal EZCAB? Okay sini aku explain. EZCAB ni ialah satu aplikasi yang sama dengan Grab & Uber which is penumpang boleh order by apps atau terus call pihak syarikat teksi. EZCAB ni menggunakan pure TEKSI/TEKS1M tak seperti Grab & Uber yang guna private car. Walaupun ada Grab Taxi tapi aku pasti korang dapat tengok perbezaan harga Grab Car dengan Grab Taxi kan?

Mind set korang mesti ‘alaa teksi mahal lah’ baik pakai Grab/Uber. Okay bersempena dengan tajuk yang aku bagi. Aku nak ajak korang semua jadi pengguna yang bijak. Macam mana? Okay macam ni. Korang install semua apps (GRAB/UBER/EZCAB) dan sebelum korang ‘book’ tu apa kata korang compare dulu harga nya. (Kalau ada masa and kalau korang nak jimat lah).

Aku pasti sesekali korang akan dapat harga teksi lagi murah dari Grab dan Uber melalui EZCAB FIXED FARE. Apa tu? Okay macam ni. If korang book teksi melalui EZCAB, korang boleh tau harga tambang korang bila korang pilih ‘FIXED FARE’. Fixed fare ialah harga tambang tetap (exclude tol) di mana driver TAK BOLEH AMBIL HARGA PADA METER. Tapiiii kalau driver on meter, korang jangan marah sebabb peraturan SPAD dah letak, kalau ada penumpang, meter WAJIB on. Kalau driver korang mintak tambang ikut meter, korang bagitau lah dia yang korang punya tambang ialah FIXED FARE tapi jangan risau sebab selalunya operator akan bagitau pada driver kalau ianya ‘fixed fare’.

Pengalaman aku dah 3 kali nak pakai Grab/Uber but end up aku pakai teksi sebab EZCAB FIXED FARE lagi murah. Serious tak tipu. Latest experience aku nak gerak dari One Utama ke Keramat. Harga EZCAB FIXED FARE RM29 + TOL RM2 so total RM31. Tapiii harga GRAB masa tu RM40 something. Masa tu peak hour dalam pukul 10malam macam tu. Haa nampak perbezaan di situ?

Tak dinafikan Grab/Uber memang bagi harga tambang murah tapi tambang teksi pon tak semua yang mahal. Aku bukan driver teksi, bukan anak driver teksi, cuma nak share pengalaman aku and apa yang aku tau saja.

Memang semua orang seolah hilang percaya pada servis teksi disebabkan letak harga tambang yang tinggi tapi percaya la, tak semua begitu. So aku harap takda perbalahan dekat sini terutama pemandu Grab/Uber sebab aku tau korang semua sama-sama cari makan. Rezeki Allah tak pernah salah alamat. So jadilah pengguna yang bijak

– Pengguna Bijak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit