Jadilah Perempuan Bermaruah

Salam semua. Kebelakangan ni banyak sangat isu yang melanda melibatkan orang ketiga. Sesuai dengan tajuk confession ni, aku nak ajak semua kaum aku jadi manusia yang bermaruah. Macam mana?

1. Kau tu perempuan. Jangan murah sangat ikut lelaki sana sini. Kalau atas urusan kerja sekali pun, kena guna akal juga nak justify tindakan kau tu. Sebab nak bos pandang kau menggedik? Itu dah sah kau buktikan harga diri kau tu murah.

2. Kat tempat kerja tu kena ada mind set tinggalkan segala gurau senda yang tak perlu dengan rakan berlainan jantina.

Ini tidak, bila member intro gurau dalam kain, mengilai-ngilai pula dia gelak. Konon nak nampak sporting. Yewww… Tak rasa malu ke terlibat dengan benda² macam tu eh?

3. Jangan melayan kalau taknak terjebak. Dah tau dia nak tunang / kahwin, back off je la. Tinggalkan. Kalau dia pilih kau, dah lama dia ajak kau halalkan hubungan.

Ini tidak, ajak kau jadi kekasih gelap dia. Pastu kau pulak rela. Sendiri cari masalah la macam tu. Lepas tu nak acah² teraniaya demi cinta. Apooo…

4. Lepas habis kerja, carilah hobi yang bermanfaat. Makin berusia ni aku rasa hobi yang bermanfaat ialah tido. HAHAHAHA.

Ni tak, berpeleseran sana sini, tetiba terjumpa laki entah hapa² lepas tu terjatuh hati dan ter macam-macam lagi. Sebab tu zaman dulu orang tak bagi perempuan keluar malam² (kecuali dah kau kena koje shift malam tu takpela…).

5. Jadilah perempuan bermaruah untuk melahirkan generasi bermaruah. Ibu yang baik akan melahirkan anak yang baik. Kita jadi baik, Allah akan beri pasangan yang baik jua.

Tapi ada je dapat pasangan berperangai iblis?

Tu bahagian dia, ujian dia di dunia. Kita jangan buat koje Tuhan pulak. Buat je koje kita. Apa dia? Jadi orang yang baik lagi bermaruah.

Setakat ni tu je la yang mampu aku coretkan. Aku terkesan bila baca banyak kes penyondol la, skandal la, tu la ini la. Mak ayah kau pun kalau boleh taknak ada anak tak bermaruah kan? Jaga nama keluarga dik.

Lelaki tak bawa perut 9 bulan lepas kesedapan dik. Biasanya perempuan la menjadi mangsa dan menanggung beban seumur hidup jika tersilap langkah. Hati² jangan sampai makan diri.

Sekian,

– Akak Kepochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. selalu isteri orang yang perangai gedik ni. cakap manja2 kat opis siap dengan gerak geri. menyampah. bergurau double meaning pun takda rasa malu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *