Jadilah Seperti Jinak-Jinak Merpati, Meski Jinak Sukar Ditakluki

Assalammualaikum semua. Aku Leen S. Gadis sederhana, dari keluarga sederhana, berpewatakan juga sederhana.

Memandangkan kebelakangan ini banyak kisah tentang gadis terlanjur, ingin aku cerita kisah hidupku pula. Sebelumnya yang baik semuanya dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.

Aku merupakan gadis berusia dua puluhan, aku sejenis yang tidak memilih dalam berkawan. Maka dari itu, sejak usia belasan tahun telah didedahkan dengan kisah kawan kawan yang mengamalkan s3ks bebas, clubbing, dadah dan seumpamanya. Atau mereka gelar dosa “fun-fun”.

Aku hanya mendengar apabila mereka buka topik berkaitan hal tersebut dan sentiasa menyelitkan nasihat.

Walaupun mungkin bukan on the spot mereka gunakan nasihat aku, mungkin satu saat nanti fikirku. Iyalah umur kami masih belasan ketika itu, mereka yang terlibat dengan dosa dosa itu, sedang berada di fasa ingin mencuba segala perkara tanpa memikirkan akibat.

Oh iya kebanyakan mereka yang terlibat juga datang dari broken home. Dan ya, aku tau itu bukan alasan untuk mereka bertindak sesuka hati. Ingin aku tekankan di sini, apa yang aku nampak, kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga merupakan punca masalah sosial ini berlaku.

Dan iya, kesalahan individu tidak patut memb**itkan orang lain. Tapi sedikit pesan, untuk ibu bapa disini, usahalah sebaik mungkin agar jadikan rumah itu selayaknya rumah. Bukan mewah tapi selayaknya rumah yang mendamaikan penghuni penghuninya untuk betah tinggal.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu, ada antara mereka yang telah berkahwin, ada juga yang telah berkahwin lalu bercerai, ada juga yang masih hanyut. Mungkin ada yang tertanya tanya apakah fungsi aku sebagai kawan kepada mereka.

Dari dulu sampai sekarang, aku sentiasa menasihati mereka cuma, ada yang menerima dan jadikan pengajaran, ada yang hanya sekadar mendengar, ada yang mendengar dan hanya mengambil pengajaran apabila terjadi sesuatu yang buruk terjadi pada mereka.

Apalah dayaku aku hanya sekadar kawan kepada mereka. Hati mereka dipegang oleh Allah. Walau apa pun mereka sentiasa dalam doaku.

Aku Leen S pula dibesarkan dalam suasana sederhana yang cukup serba serbi. Suka aku dengan perkataan sederhana ini. Sangat menjelaskan diri aku. Tetapi sukar untuk dijelaskan cukuplah aku sahaja yang rasa kebahagiaan sederhana ini.

Aku dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, abah seorang yang mengamalkan agama dengan cukup baik walaupun bukanlah berserban dan berjubah setiap masa.

Aku cukup hormat pada abah. People learn from example right. Penampilan abah hanya seperti lelaki kebanyakan t-shirt dan jeans. Sesekali kemeja dan slack.

Aku belum pernah bercinta, mempunyai abah ibu yang memberi kasih sayang yang cukup malah lebih rasanya, keperluan material aku lengkap.

Kata abah ibu aku anak yang tidak suka meminta minta hahahaha. Tapi bagiku keperluan material aku sudah lebih dari cukup apa lagi yang hendak aku minta. Puji syukur pada Allah atas segala nikmat.

Walaupun aku berkawan dengan semua tapi kawan kawanku semua perempuan. Aku susah nak berkawan dengan lelaki. Agak janggal. Kalau berbual dengan lelaki walaupun cikgu lelaki aku akan ada masalah eye contact. Aku akan pandang, lantai ataupun ceiling. Sampai cikgu lelaki ku perasan.

Malu sungguh aku masa cikgu cerita pada satu kelas aku yang aku contoh gadis yang pemalu. Ingat lagi aku ayatnya,

“Ha kalau nak tau contoh perempuan yang pemalu ni macam Leen S, ha Leen S kalau orang tak kenal awak boleh jadi salah faham tau sebab orang ingat awak sombong. Padahal orang tak tau awak ni padahal pemalu. Cuba awak semua tengok mata dia, menggelabah dia.

Nampak je macam kasar. Cikgu tau la. Kan kan kan”  Mungkin sebab adik beradikku semua perempuan tapi aku rapat dengan abah. Entahlah, mungkin ini salah satu cara Allah untuk menjaga aku dari bergaul bebas dengan lelaki.

Dalam banyak kawan tadi aku rapat dengan dua orang aku namakan In dan An. Dua ni la sahabatku sehingga sekarang. Aku hanya insan biasa. Tak termampu untuk jaga kesemuanya.

Dua ni saja la yang mampu aku bantu jaga kehormatan diri sehingga An bakal berkahwin hujung tahun ni. Calon suaminya yang aku tahu dari keturunan yang baik baik. Persahabatan kami pernah ditentang. Bukan cinta saja ye yang ada tentangan.

Beberapa jiranku pernah datang kerumahku dan menasihati ibu abahku supaya jangan izinkan aku untuk berkawan dengan An. Budak nakal kata mereka. Mujur ibu abah ku bersikap rasional untuk aku bebas berkawan asalkan jangan mudah terpengaruh.

Hasilnya setelah bertahun tahun berkawan, An dan In yang mengikuti perangai ku. An dari seluar pendek ke seluar panjang, dari freehair ke bertudung, dari tak solat ke solat. Terima kasih abah ibu kerana percayakan anakmu.

Sungguhpun aku berkawan dengan bermacam ragam. Abahku sangat strict ye. Prinsip abahku bebas berbatas. Setakat ni aku pun belum pernah ada rasa nak melanggar larangan2 abahku. Sebab aku dah selesa dengan cara didikan abahku. Contohnya pukul 10 malam dah kena ada kat rumah.

Pukul 9 malam aku akan mendapat panggilan2 telefon dari abah yang merupakan panggilan peringatan untuk segera pulang sebelum pukul 10. Sehingga An dan In pun terbiasa.

Pernah mereka kata kalau abah Leen S dah call, maknanya bukan Leen S je kena balik, dengan kita kita sekali kena balik ye, hahaha. Kalau keluar dari pagi, maghrib kena dah ada di rumah. Solat jangan tinggal. Jangan membayangkan aku seorang gadis muslimah ye. Pakaianku biasa sahaja.

Masih belum sempurna. Masih belum pakai handsock dan stokin. Tshirt  lengan tiga suku dan kemeja singsing lengan masih menjadi pakaian harian ku. Aku lebih selesa bergerak kesana dan kemari dengan motosikal berbanding kereta kecuali pergi dalam jumlah orang yang ramai.

An dan In juga mempunyai boyfriend dan setiap kali mereka berjumpa aku la peneman mereka. Jadi kami bukanlah terlalu baik hanya saja gadis biasa.

Aku seorang yang jarang post tentang kehidupan di sosial media. Kecuali gambar aku dan scenary yang cantik. Aku suka pemandangan yang indah. Tapi orang sekeliling aku seolah boleh rasa yang hidup aku mudah. Sejak itu aku sangat berhati hati dalam post sesuatu tentang kehidupanku.

Aku takut itu menjadi sebab orang dengki atau buat  orang down apabila membandingkan kehidupan mereka dan aku.

Pernah salah satu kawan ku yang aku nasihati tentang kehidupan berkata padaku. Kau lain Leen S, hidup kau mudah, family kau baik, apa kau nak semua kau dapat, ayah kau sediakan semua, kau ada sahabat sahabat yang sayang kau, kau bertuah.

Ada juga saudara terdekat An dan In pernah berkata kepada mereka kau ni untung kawan dengan Leen S, kalau tak kau mesti dah hanyut macam yang lain. Andainya orang yang berkata tu tau hakikat yang menjaga sekalian manusia ni hanyalah Allah semata bukan lah makhluk. Apatah lagi aku.

Kehidupan mana yang tidak diuji. Lain orang lain ujiannya. Cuma aku tak pernah cerita pada orang selain keluarga.

Pada awal tahun ini keluargaku diuji sehingga aku boleh katakan aku jatuh terduduk. Abah yang aku paling sayangi diuji dengan ujian kesihatan. Abah adalah breadwinner keluarga. Abah sudah tak boleh bekerja lagi. Hanya duduk di kerusi roda.

Doakan abah dan ibu dipanjangkan umur, diberikan umur yang berkat dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berkat. Aamiin. Anehnya, rezeki kami seolah tak terganggu.

Masih sama seperti dulu. Maha suci Allah. Allah tutup satu jalan Allah buka jalan lain. Mungkin selama ini kami terlalu berharap pada abah padahal sebaik baik pengharapan hanyalah pada Allah.

Allah nak buka mata kami dan usia abah pun sudah patut pencen dari berkerja. Mungkin ini lah masa yang tepat dan cara yang terbaik untuk abah lebihkan amal ibadat.

Sejak abah keluar dari hospital abah asyik tanya tentang calon menantu memandangkan aku anak sulung. Tapi anaknya belum pernah bercinta.

Dan akhirnya aku daftarkan diri di laman cari jodoh islamik dan berkenalan dengan seorang lelaki yang aku nilai baik tutur katanya dannn setelah aku selesa dengannya dia mengaku telah berzina dengan beberapa perempuan.

Alasannya digoda dan aku tak boleh terima dengan alasan itu. Kisah zina bukanlah asing bagi aku kerana seperti aku katakan aku kawan kawan aku dulu permah melakukannya tapi untuk menjadi suami aku, aku takut aku tak ikhlas dalam menerima.

Bukan tugas aku untuk menilai dosa pahala seseorang tapi elok lah aku putuskan hubungan sekarang dari memberi harapan atau takut ada yang jatuh hati lebih dalam.

Itu lah kisah hidupku. Aku sangat berharap wahai kaum wanita sekalian. Mahalkan dirimu. Jaga lah maruahmu. Jangan terlalu bergaul bebas antara laki dan perempuan. Tak perlu jadi ustazah untuk jaga diri. Cukuplah jadi wanita yang berprinsip dalam menjaga maruah diri.

Saya juga tak pernah meraskan diri baik. Hanya saja Allah yang memelihara maruah kita dan usaha dari kita menjaga maruah diri sebaik baiknya.

Andai sudah terlanjur bertaubat la sungguh sungguh. Janjilah dengan diri tidak akan mengulanginya. Pintu taubat sentiasa terbuka untukmu.

Di suatu saat Allah akan hadirkan peneman hidup yang terbaik untukmu  jika kau menjaga diri kerana Allah. Jika bukan di dunia mungkin di syurga dia sedang menunggumu.

– Leen S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *