Terimah kasih iium confession kalau menyiarkan penulisan aku ni.
Aku Anne, berumur awal 20–an. Aku pernah sekali menulis di sini dan Alhamdulillah penulisan tu pernah di siarkan. Kali ni aku terpanggil sekali lagi untuk menulis. Topik yang sangat jauh dari yang dlu. Aku memang dari dulu mengikuti iium confession. Tapi belum pernah meninggalkan komen sebab jarang jarang baca full confession dan aku memang yang jenis tak aktif di facebook. Aku sentiasa buka facebook, cuma aku tidak like dan comment. Apa sahaja artikel yang menarik aku lebih suka utk share sebagai “only me”, so ada di profile aku tapi untuk bacaan aku sendiri sahaja. Even option utk orang tag aku jgk aku private kan. Maksudnye orang boleh tag aku, tapi tak naik dekat newsfeed kawan kawan facebook aku apa yg aku di tag. Rasanya ada orang orang yg macam aku jugak dekat luar sana yang lebih suka menjadi silent reader dan observer.
Tapi akhir akhir ini aku banyak luangkan masa untuk membaca di iium confession. Oleh kerana sekarang aku ada banyak masa terluang disebabkan beberapa perkara; 1. Baru sahaja putus cinta. 2. Baru bertukar kerja.
Dan kebetulan jugak setiap confession yg di publish beberapa hari ni ada reflect pada diri aku sendiri.
Aku dalam period untuk tenangkan diri, nak dapatkan semula confidence level lepas putus cinta. Aku cuba ambik semua artikel yg disiarkan dari sudut positif. Jadi aku nk cuba olah beberapa confession yang mampu membuatkan aku jadi orang yang lebih positif sebelum aku pegi ke sebab utama aku bersemangat utk jadi lebih positif (nanti part last aku bagitahu).
Sekarang banyak sangat confession dari wanita wanita yang dah dekat nk kahwin (dah bertunang / dah di fasa siapkan majlis perkahwinan) di tinggalkan. Tak kiralah sebab dari family atau lelaki tu sendiri. Confession confession ni yang buatkan aku rasa mcm bersyukur. Aku ditinggalkan masa kami baru di awal percintaan. Aku harus terima yang mmg tiada jodoh antara kami. Tup tup aku dapat tahu dari adik dia, dia dah bertunang dengan orang lain dan dah nak berkahwin dengan rakan sepejabat dia. Aku ambik dari sudut positif, syukur Ya Allah. Allah tunjukkan sekarang pada aku. Walaupun sedih berminggu menangis, tapi sekurang kurangnya hubungan kami belum melibatkan keluarga dan aib pihak pihak lain. Aku jadi mudah redha bila aku baca confession confession di sini. Sungguh aku kagum bagaimana ramai confessor yang berkali kali di kecewakan tapi masih kuat untuk hadapi dugaan tu. Sungguh Allah bersama korang. Aku tak di uji seteruk tu sebab aku tak sehebat korang. Allah uji kerana korang mampu.
Ada confession tentang “aku mahu career growth”. Aku sendiri sedang mengalami fasa tersebut. Aku sebelum ini seorang process engineer yang sangat berjaya. Kerja aku sangat stabil. Boleh dikatakan aku memang pekerja yang sangat efficient sehingga jadi kesayangan bos bos di syarikat tu. Sampai satu tahap aku jadi letih. Letih untuk mengejar performance. Makin kita hebat, makin tinggi expectation orang atasan sampai minat tu tiba tiba hilang. Oleh sebab tu aku ambik keputusan drastik untuk tinggalkan dunia engineering secara total. Aku berubah 360 darjah ke bidang lain. Tapi bezanya aku dengan confessor “aku mahu career growth” aku ada plan sendiri dengan career yang baru. Kita boleh tukar bidang, mcm confessor tu yang sering bertukar tukar kerja. Ya, carilah kerja yang boleh mengembirakan TAPI ada perancangan. Jangan sekadar mengejar gaji dan jadikan kerja sebagai eksperimen. Hidup bukan makin muda. Buat perancangan dari sekarang di mana kita nak settle down, dalam bidang mana dan target utk capai ke tahap paling tinggi dalam bidang tu.
Kemudian aku baca confession “dilemma si bujang” yang di ceritakan bagaimana di office staff bias terhadap confessor. Sebabkan confessor masih bujang dia diharapkam kerja lebih masa dari mereka yang sudah berkeluarga. Ini membuatkan aku jadi lebih bersyukur. Di office tempat kerja baru ni tak ada siapa perlu kerja lebih masa. Malah bos sendiri tidak suka pekerja yang lebih masa. Alhamdulillah. Tapi aku suka part dia yang nak habiskan masa dengan mak di rumah. Itu part aku pulak yang cemburu dengan confessor. Sebab setiap hari dapat jumpa mak. Sedangkan aku anak tunggal, beberapa bulan sekali baru berjumpa sebab bekerja jauh dari kampung (selatan – pantai timur). Allah itu adil. Tapi confession ni yang buatkan aku bermotivasi untuk lebih kerap jumpa mak lepas ni.
Kemudian aku terbaca confession “jangan nak bahan sangat anak dara terlajak”. Dari sini aku nampak usaha confessor untuk dapatkan jodoh. Subhanallah. Aku sendiri pun tak mampu untuk buat macam tu. Dari situ jugak confessor ada tulis yang lelaki ada classifies perempuan dengan beberapa jenis. Wife material, stok geli geli dan stok cuci mata. Kat situ baru tersedar. Ouh. Aku dulu kiranya ex aku tak pernah anggap sebagai wife material? Dari sini buatkan aku lebih bersemangat untuk ubah diri. Jangan jadi mudah untuk lelaki lagi. Dari confession ni jugak buat aku sedar, walaupun confession dah berdoa (sehingga depan kaabah) dan berusaha dengan bermacam cara Allah masih belum datangkan jodoh tu. Kenapa? Bukan sebab confessor tidak layak. Tapi masanya belum tiba. Allah akan bagi. Allah tak pernah hampakan hambaNya yang meminta. Tapi Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Buatkan aku nak jadi seorang manusia yang lebih bersabar tapi tak putus asa untuk berdoa.
Next confession yang aku suka “perempuan seperti di manipulasi”. Subhanallah. Terima kasih confessor. Sangat sangat menyedarkan aku. Confession tu yang buat aku rasa nak jadi cantik, tapi bersederhana. Jangan terlalu selekeh, dan jangan terlalu nak cantik sampai menyiksa diri. Part yang aku jadi seronok bila confessor mention tentang bersihkan bilik, kerap tukar cadar, cuci anak tudung, cuci rambut. Sungguh aku buat aku tersentap. Kita perempuan kadang kadang sibuk nak cantikkan dari tanpa sedar abaikan kebersihan. Terima kasih confessor. Lepas baca ni terus aku gotong royong 1 bilik. Moga Allah beri kekuatan untuk istiqomah. Dan yang paling indah pesanan confessor untuk berdoa sewaktu tengok cermin. Terima kasih confessor.
Kemudian aku ada baca 1 confession pasal kucing. Aku cari tak jumpa pulak artikel tu nk tengok tajuk. Pasal jiran dia yang bela 13 ekor kucing yang ayah dia selalu bising bising tu. Haha. Bagusnya confessor. Seorang yang bukan nak duduk dan kononnya redha je dengan keadaan tapi dalam hati masih tak puas hati (macam ayah confessor). Tapi confessor ambik tindakan yang betul untuk selesaikan masalah dalam masa yang sama jaga hati dan perasaan keluarga dia dan keluarga jiran. Syabas confessor. Kau idola aku. Kau buat aku rasa terus nak jadi orang bermanfaat pada orang lain. Kau bukan menetap di rumah family tu pun, tapi kau cuba buat sesuatu untuk keselesaan keluarga. Dalam masa yang sama kau jaga hati jiran.
Dan confessor tentang “roommate dalam selimut”. Hahaha. Okay gelak dulu. Orang orang macam kau lah butan yang selalu menggembirakan orang. Ya, berapa ramai yang baca confession kau lepas tu rasa seronok. Ketawa. Tak kisahlah cerita tu betul atau tak (bagi aku tu betul), tapi kaulah orang orang yang tiba tiba datang dan blh buat orang rasa relief. Confession kau kelakar sangat okay. Nikmatilah zaman zaman belajar ni butan, dan semua adik adik di luar sana. Ya, zaman belajar kalau kau rasa dah jumpa manusia se pelik pelik maria tu, waktu kerja janganlah pelik kalau kau jumpa maria ii, maria iii, mariana. Semua moments dlm RDS tu akan jadi kenangan dalam hidup kau. Tahniah kerana selalu tabah menghadapi maria dan tak jadikan perkara tu beban dalam masa kau tengah belajar ni. Satu hari memang kau akan kenang dan rindu moments ni semua. Setiap kali baca RDS aku jadi rindu kawan2, ye semua orang mesti ada moments yang gila waktu belajar kan.
Banyak lagi nak ulas pasal confession yang aku baca tapi ni pun dah panjang sangat. Benda sebenar yang aku nak highlight, SENTIASA AMBIL SEMUA BENDA DARI SUDUT POSITIF. Setiap confession yang aku baca aku cuba cari nilai positifnya. Sebab aku nak jadi orang yang positif. Se teruk mana pun confession tu, cuba reflects pada diri. Apa yang patut kita bersyukur dan apa yang patut kita ambik sebagai pengajaran. Ya aku baru bangun dari kekecewaan. Nak jadi orang yang positif tu sangat susah mulanya. Sebab mental masih down. Hati masih koyak. Sampailah aku jumpa 1 video di youtube. Dari Diyana Tahir. Mungkin ada yang pernah dgr. Cubalah search. Bila berlakunya sesuatu yang menyedihkan kita, benda pertama yang kite perlu buat adalah “terima kenyataan”. Jangan melawan takdir, jangan persoalkan apa yang telah berlaku. Sebab benda tu dah pun berlaku. Tapi pikirlah, diri kita sekarang yang perlukan kita. Kalau kita masih meratap, diri kita yang rugi. Bayangkan adakah diri kita 5 tahun akan datang akan gembira dengan apa yang sedang kita buat sekarang bila kita masih meratap, mengenang nasib.
Keluarlah dari kesedihan dan jadilah manusia paling bahagia. Diyana Tahir ada jual buku dia sendiri (ajari hatiku), ada latihan latihan yang boleh di buat. Boleh search fb dia. Seriously sangat sangat membantu. Aku rasa macam akulah happiest person sekarang. Aku bukan promotes sebab dia bagi komisyen ye. Hahaha. Aku promote sebab aku nak lebih ramai perempuan jadi perempuan yang bahagia.
Sekian, Anne.
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit