Jadilah Wanita Yang Bijak Kewangan

Assalamualaikum..Terima kasih kerana admin sudi siarkan confessor saya..

Tujuan saya tulis ni bukan nak mintak semua perempuan-perempuan yang dah kahwin atau belum kahwin mempersiapkan diri untuk jadi janda..Tapi ni sebagai pedoman untuk semua perempuan yang bijaksana menpersiapkan diri sebelum benda tu terjadi..
.
Sekarang ni saya nampak trend anak-anak gadis terkejar-kejar lelaki bekerjaya so called berduit and kononnya boleh buat korang hidup senang bila kahwin dengan korang. Suami orang jadi lah kan janji berduit. Janji lelaki tu dapat bayar hutang piutang korang and dapat support accessories & barang make up korang yang super mahal tu. Hello gurlz, wake up! Kenapa korang nak bergantung sangat pada lelaki lepas kahwin? Korang jangan ingat korang ni puteri raja yang akan ditanggung oleh lelaki 100%. Kalau jumpa lelaki yang macam ni..saya respect..tapi ingat langit tak selalunya cerah..setiap perempuan yang bergelar isteri pasti akan berdepan dengan konflik rumahtangga..Kalau korang gagal handle memang risiko untuk diceraikan amat tinggi.

Ok back to the topic, saya bukan niat nak membebel atau hentam sesiapa tapi point saya adalah supaya semua perempuan buka mata supaya tak terlalu mengharapkan suami dalam semua perkara. Korang kena berusaha untuk tambah saving atau pendapatan sendiri. Bagi yang bekerjaya tolonglah simpan at least 10% dari gaji korang setiap bulan. Lagi bagus 30% sebagai tabung kecemasan. Bagi suri rumah usaha nak cari side income dengan buat online bisness . Jangan bagi alasan tak ada masa. Ramai je isteri kat luar sana sambil jaga anak sambil berbisnes. Sekarang bersepah-sepah Kedai Online kat Fb & Instagram yang perlukan dropshipper yang ramai untuk lariskan produk diorang.So grab peluang ni sebaik mungkin. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ok. Dah dapat income lebih tu jangan pulak mengada-ngada nak berbelanja sakan untuk benda yang tak perlu seperti make up mahal ,baju branded atau kasut mahal. Hello gurlz..nak melawa depan suami pun banyak cara. Produk atau pakaian murah lagi bagus tau dari yang branded. So jimat-jimat lah. Kena pandai pilih mana kehendak atau mana keperluan. Lebihkan keperluan dalam apa-apa pun especially bila dah ada anak.

Lagi satu, korang kena berusaha bina aset sendiri untuk masa depan korang dan anak-anak. Untuk beli rumah, saya nak ingatkan jangan sesekali ‘combine loan’ dengan suami..make sure rumah tu atas nama korang sendiri. Beli rumah murah-murah pun ok dah janji rumah tu atas nama korang SENDIRI. Kalau suami suruh buat personal loan tapi korang bayar jangan layan. Sebab nanti merana korang di kemudian hari. Bukan kerana pentingkan diri sendiri tapi korang kena ingat..duit korang adalah sebagai back up plan kalau jadi apa-apa di depan hari. Memang isteri kena bantu suami tapi suami yang baik tak kan suruh isterinya berhutang untuk jaga kepentingan sendiri. Ada duit lebih korang bantu la, kalau tak ada jangan paksa diri buat loan mengarut.

Persiapan yang saya cakap ni bukan nak doa korang bercerai tapi kita sebagai perempuan kena selalu berwaspada sebab kalau tengok stastik penceraian adalah tertinggi di Malaysia. Beratus-ratus pasangan muslim bercerai setiap hari di Malaysia saja tau. Mungkin sekarang korang rasa bahagia & kehidupan acah-acah sweet macam drama Suri Hati Mr Pilot atau sewaktu dengannya. Korang akan rasa kononnya walau apa pun yang jadi korang akan tetap setia..cewahh sedap bunyi tapi realitinya korang tak tahu. Tapi ingat Allah boleh bolak balik hati suami sekelip mata saja lebih-lebih lagi sekarang perempuan lebih ramai dari lelaki. Pemburu suami orang pun makin meningkat saban hari. So ada tendency untuk suami korang curang & berpaling hati. Lagi satu Jodoh tu rahsia Allah..kadang-kadang kita ada jodoh tapi tak panjang. Yang belum jumpa jodoh pun boleh amalkan tips kat atas. Sebab korang kena beringat sebelum kena. Kalau tak bersedia dari awal, kalau ditakdirkan korang berhadapan dengan situasi macam tu memang menangis air mata darah pun tak guna.
.
Maaf kalau agak terkasar bahasa. Saya cerita dari pengalaman sendiri. Saya sendiri pun tak pernah sangka akan diceraikan gara-gara orang ke-tiga. Padahal dulu saya bersusah payah struggle dengan bekas suami yang masa tu tak ada apa-apa hingga dia berjaya seperti sekarang ni. Tapi nasib saya baik kerana masa saya diceraikan saya ada kerjaya yang agak bagus dan dah ada aset-aset atas nama sendiri untuk saya dan anak-anak. Saving & gaji saya pun cukup untuk tampung kehidupan diorang hingga anak-anak dewasa. Kehidupan saya pun lebih bahagia sekarang dengan anak-anak. Tak payah lagi nak berduka lara fikir kecurangan suami dengan perempuan lain. Alhamdulillah sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Anak-anak la harta paling bernilai tapi jangan lupa tabung pendidikan dan saving masa depan diorang wajib ada supaya diorang tak susah di kemudian hari.

So gurlz..lagi sekali saya nak advise beringatlah sebelum kena..jadilah perempuan yang bijak kewangan dan indipendent bukan perempuan yang mendambakan duit lelaki semata-mata ok!

– Miss Dahlia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit