Jaga Adab Anak

Assalamu’alaykum

Selamat Hari Raya semua. Saja nak confess kat sini sebab nak bagi nasihat sekali kat semua2 makpak supaya kita sama2 iktibar.

Aku Tisya, 32 tahun, dah 5 tahun kahwin, anak sorang.

Sepanjang 5 tahun aku kahwin, aku ni boleh dikatakan makcik paling feveret anak2 buah aku (belah suami). Mungkin sebab aku sabar itangnya layankan je karenah anak2 ni. Dorang panggil aku Cikca, short form dr makcik tisya. Sepanjang tempoh aku beraya dgn suami aku kat kampung ni, aku paling tak berkenan betul dgn anak2 buah yg suka masuk bilik org ni especially bilik aku lah.

Aku tak paham betul lah kenapa budak2 ni suka sgt lepak bilik aku. Bukan aku je, bilik atok nenek dorang sekali. Bukan setakat lepak tapi mengecah dan usik barang2 yg tak sepatutnya. Ini adab ok. Kita sebagai makpak budak2 ni lah yg kene ajar.

Mula2 kahwin, aku okay lagi. Tapi sampai aku dah beranak dan anak aku dah besar (hampir berumur 2 tahun), kenapa lah masih anak2 tu berperangai begitu? Mana makpak kamu semua? Kenapa tak dibendung?

Yer aku rimas. Kadang2 aku tengah susukan anak aku, slumber je dorang masuk bawak ipad bawak toys bawak segala benda bergelumang atas katil aku. Kadang2 nak bersiap nak solat macam2 lah, duduk dorang merata dalam bilik tu. jenuh la aku nak ckp banyak kali. “Cikca nak solat ni. Keluar dulu ya.” Keluar sekejap, kemudian masuk lagi. “Cikca nak mandi nak siap2 ni, keluar dulu ya.” Aku letih la weyh anak2.

Aku sejenis yg tak suka marah orang lebih2 lagi budak2. Tapi budak2 ni secara psikologi boleh dicakap banyak2 kali secara baik dan berhemah sampai mereka paham. Mcm tu lah juga ajaran aku pd anak aku. Pantang aku tengok anak aku rampas barang orang, masuk bilik orang terutama bilik atok nenek nya. Alhamdulillah aku tengok dia makin paham. Bilik tu kan privasi, please lah jage adab anak2, please lah ajar the do’s and dont’s.

Kadang2 suami aku tegur juga aku. Katanya biar jelah si anak main di bilik atuk neneknya. Tapi aku dgn tegas ckp jangan. Dah besar nanti jadi terbiasa. Kadang2 aku tengok mertua aku sampai kunci pintu nak solat nak rehat baring punya taknak cucu nya masuk kacau. Ya Allah, mengerti lah anak2. Sebab ada di kalangan mereka dah besar. Paling tua darjah 5. Yg kecil2 setakat 2-3 tahun tu ya aku paham masih belum paham, tapi kalau abang kakak nya buat begitu, memang dorang akan ikut lah kan? Jadi salah siapa? Kita sebagai makpak lah kene ajar mereka.

Nak kata busy di dapur lah ape lah, dorang punya org gaji yg dibawa pulang kampung bersama. Jadi mane peranan kita sebagai makpak?

Kelmarin aku baru pulang dari kampung aku, aku balik2 tengok bilik aku sangat bersepah. Mainan anak aku habis semua terburai. Yg tercabut batteri pun ada, terus dah tak berfungsi.

Aku penat, dalam hati bercakap, “memang makpak korang ni tak ajar adab ke camne?”. Aku cuba ckp dgn suami tapi suami aku cakap benda tu biasa lah budak2.

Mak ayah aku tak ajar camtu. Kitorang adik beradik sgt takut nak masuk bilik irang apetah lagi nak melompat atas katil baling2 bantal bagai. Dibuatnya org tengah salin baju ke apa? Bila dikunci pintu, digendang2 mcm nak roboh pintu tu. aku tak suka nak marah, aku taknak jejaskan hubungan baik aku dgn ipar dan mertua kat sini. selama ni aku ckp je kat anak2 buah aku ni baik2. Aku sabar kan aje. Risau satu hari aku meletop, taktau lah apa jadi.

So makpak, please jaga semua ni. Banyak lagi kalau diikutkan tapi hal masuk bilik org tanpa kebenaran ni boleh buat gaduh maaa. Behave lah anak2. Dah besar kan… Cikca sayang korang.

– Tisya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit