Jaga Aib Atau Subahat

Hi semua. Disini aku ingin ceritakan kisah seorang yang aku kenal bernama X.

Aku kenal X tahun lepas. Tempat kerja yang sama. Aku ambil dia berkerja sebab desperate nak dapatkan pekerja.

First few weeks dah banyak red flag. Dengan keluarga mentua nya melepak dekat tempat kerja sampai semak kepala aku tengok hari-hari.

Aku pernah bagitau dia aku tak suka tengok. Tempat kerja bukan tempat keluarga atau kawan-kawan lepak.

Tapi hubungan X dengan bapak mertua dia ni pelik. Sampai staff-staff baru aku yang lain pun approach aku secara personal cakap diorang rasa ada benda pelik antara X dengan bapak mertua dia.

Aku pesan, tak baik fikir bukan-bukan. Sebab dalam kepala otak aku cuma satu; hubungan menantu dengan mertua takkan putus walaupun dah bercerai. Sampai mati tetap tak batal air sembahyang. Jadi aku husnudzon. Mungkin itu sebab mereka akrab.

Staff-staff lain mulai rasa curiga sampai mereka cakap mertua si X ni berkelakuan macam dia suami si X. Padahal X ni dah lama bercerai dengan anak dia.

Lagi pula, anak kandung mertua X kerja berdekatan, kenapa tak bertenggek di sana saja? Terpaling sayang menantu kata mereka. Sampai tahap mereka semua bergaduh dekat tempat kerja.

Mulut X ni kurang elok bagi aku. Suka memaki orang. Status whatsapp tak lepas dari memaki semua orang yang ada masalah dengan dia. Selamba buat status ditujukan kepada rakan sekerja dengan panggilan “anjing”. Aku ada tegur dia, tapi tetap dia menegakkan benang yang basah.

Fast forward, beberapa bulan lepas tu dia mintak cuti. Aku tak approve sebab understaffed. Dan dia masih dalam probation period. Kemudian dia menangis cakap dia keguguran.

Aku terkejut besar lah sebab dia kan janda, tak ada suami. Lagi aku terkejut bila dia cakap tu anak mertua dia. Lagi lagi terkejut bila aku dapat tahu dia sengaja gugurkan. Siap tunjuk janin yang dah besar tapak tangan tu dekat aku. Aku nak muntah.

Dia cakap 2 bulan. Aku cuba tanya kepada kawan aku yang kerja di hospital berdekatan. Kawan aku cakap besar tapak tangan dan cukup sifat tu dalam 20 minggu dah. Dalam 5 bulan. Dengan cukup sifat nya. Maksudnya sebelum dia kerja dengan aku dia dah mengandung.

Katanya dirogol. Tapi nampak betapa manja dan gedik nya dia dengan bapak mertua dia tu, tak nampak macam dirogol bagi aku. Staff-staff pun tak mampu husnudzon tengok cara diorang berdua.

Dia kata bapak mertua dia nak kahwin dengan dia. Mendidih darah aku. Terus aku explain dekat dia HARAM menikah mertua dengan menantu. Walaupun dah bercerai. Walaupun kau nak nikah dekat negara lain. Dalam Islam masih HARAM.

Aku husnudzhon lagi. Aku memilih untuk percaya yang dia dirogol. Walaupun cerita dia langsung tak logik. Sebab aku jijik untuk fikir kalau dia yang relakan.

Dalam sebulan lepas tu dia tayang bf baru. “Tunang” katanya. Tak malu tak segan guna ayat ringan-ringan. L*ve b*te semua tu.

Aku malas nak ambil tahu. Aku cuma pesan, jangan sampai membawa kepada zina. Dia janji dia dah menyesal dengan apa yang berlaku dan takkan buat lagi.

Aku selalu lah tengok dia video call dengan lelaki. Aku assume tu “tunang” dia. Kalau betul dia dah jumpa orang yang baik yang nak kahwin dengan dia, alhamdulillah lah.

Tapi lepas tu aku dengar cerita kurang enak dari staff baru aku. Staff aku cakap si X ni masuk lori vendor roti sampai sejam baru keluar, dengan berpeluh-peluh nya. Siang hari ya. Tak malu, tak segan.

Nak husnudzon lagi? Buat apa masuk bahagian belakang lori tu dengan tutup semua, lelaki dan perempuan?

Aku sabar lagi.

Sabar aku hilang masa X bercuti, ada seorang akak datang dekat tempat kerja aku cari X cakap X ni dah berzina dengan suami dia berkali-kali. Pengakuan suami dia sendiri.

Aku memilih untuk cerita dekat akak tu benda-benda yang X dah buat sebelum ni dan aku merayu dekat akak tu untuk pergi hospital untuk cek STD.

Aku terpaksa cerita untuk yakinkan akak tu pergi cek sebab X ni bagi aku dah terlalu banyak pasangan dalam beberapa bulan sahaja.

Aku dah tak mampu husnudzhon. Aku tak ada niat nak buka aib dia dekat akak tu. Tapi aku dah tak mampu subahat lagi.

Cukup la dengan rasa bersalah aku sebab simpan “aib” dia bunuh kandungan dia, dan aku tak tahu dia buang janin tu dekat mana. Berdosa kalau dia tak kebumikan cara yang betul. Sebab janin tu dah cukup sifat.

Aku tahu aku buka aib dia sebab cerita pada akak tu. Tapi aku nak akak tu buat ujian STD. Cukup lah X tu dah hancurkan rumah tangga akak tu dengan berzina dengan suami dia. Jangan tambah bala dengan penyakit.

Tapi aku dah tak sanggup lagi bersubahat. Biar aku tanggung dosa buka aib ni. Tapi kalau berkerja dengan aku jadi asbab dia gunakan customer2 macam katalog untuk dia goda lelaki, aku dah tak mampu sabar.

Buat X, maki lah aku semahunya. Aku tak kisah. Cerita lah buruk-buruk pasal aku. Fitnah lah aku merata. Aku tak kisah. Asalkan kau dah tak ada dalam circle aku lagi.

Pertama kali, ya aku boleh tutup aib kau. Tapi kalau berulang kali, itu dah mengajak aku bersubahat. Aku tak boleh ambil risiko kalau kau mengandung dan gugurkan kandungan lagi. Jaga aib dan subahat tu beda tipis saja.

Buat kaum-kaum aku, tolong lah jaga kemaluan. Jangan murahkan harga diri dengan serah tubuh badan sewenang-wenangnya.

Tak apa kalau orang cop kita ni tak laku. Tak kurang nilai kita yang jaga harga diri di sisi Tuhan. Mungkin kau rasa hot dikelilingi lelaki dengan serahkan tubuh badan. Tapi ingat, lalat ni suka hurung najis.

– Madam J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Since masih dalam probation, sis berhentikan je, jangan teruskan kontrak. Sebab kalau kerja lama2 nanti dia kacau staff lain pulak. Pengajaran, tapis habis-habisan staff baru lepas ni

  2. Erm ada jgk dgr kes pmpn naik lori mcm ni, pagi lori lain ptg lori lain.. Mmg kene cek std

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *