Assalamualaikum w.b.t
Sebelum aku memulakan luahan hati ni… Aku ambil kesempatan ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
Mungkin ape yang aku luahkan ini ada yang terasa atau mungkin ada yang sedang mengalaminya.
:: SITUASI 1 ::
Datang bertandang rumah sanak saudara, ada dikalangan sepupu rapat yang berbadan besar.
“Pergi amin aunty embam tu…”
Dan tuan punya badan senyum kelat…
:: SITUASI 2 ::
Balik rumah mak beraya… Anak-anak terlebih hyper bila jumpa sepupu sepapat. Hendak menegur, tapi guna cara amaran…
“Duduk diam-diam kalau tak abah panggil Ayah Ngah Mok nanti…”
Anak-anak pun diam menikus bila ditunjuk pada tuan punya badan.
:: SITUASI 3 ::
Pergi rumah kawan, masa bersalam anak tegur…
“Ei.. Gemuknye aunty ni… Macam gajah.”
Si emak ketawa kecil sambil cakap ..
“Biasa la budak-budak….”
Berkata-kata seperti si anak tak buat salah.
:: SITUASI 4 ::
Seorang ibu datang mengadu tentang anaknya dibuli oleh si anak. Bukan saja dibuli, dikutuk malah pernah ditumbuk atau dicubit.
Si emak cuma berkata …
“Alah… Biasalah budak-budak bergaduh. Nanti esok lusa elok la tu…”
:: SITUASI 5 ::
balik dari sekolah si anak mengadu cikgu disekolah mendenda cuci tandas. Tanpa usul periksa, terus memaki hamun cikgu di whatsapp…
Bila cikgu menerangkan anak didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan melawan cikgu… Terus selamba berkata…
“Saya hantar anak ke sekolah bukan untuk jadi tukang cuci. Biasa la budak-budak tak buat kerja sekolah dan melawan sikit. Macam cikgu tak pernah jadi budak dulu…”
Nampak tak perbezaan situasi diatas?
Aku bukan hendak mengata, tapi inilah yang terjadi dikalangan masyarakat kita. Semuanya bermula dengan hasil didikan mak ayah yang memanjakan anak-anak membabi buta.
Kita sendiri dikejutkan dengan 2 kes buli semasa bulan puasa yang lepas. Kedua2nya berpunca dari sikap acuh tak acuh orang tua dlm mendidik anak-anak.
Bila hal dah jadi besar baru nak menangis.. Baru nak marah… Tak sedar dulu semasa kecil anak diagung-agungkan. Anak dialah yang terbaik. Anak dialah yang bijak pandai baik budi pekerti. Berkata-kata seperti anak dialah yang maksum.
Sejujurnya.. Aku jelik dengan pemikiran ibu bapa sekarang. Dari kecil anak dibiarkan membuli tanpa sedar. Anak dibiarkan bertempiaran seperti kambing terlepas kandang. Anak dibiarkan mencaci mengeji mengejek sewenang-wenangnya.
Tolonglah… Ubah cara mendidik anak. Sedangkan nabi sendiri berkata… Anak kecil sebelum baligh dilayan seperti raja.. Setelah baligh tegas dlm mendidik, tangankan apabila perlu. Setelah meningkat remaja layanlah seperti kawan.
Tapi.. Ibu bapa sekarang… Anak2 dimanjakan dirajakan sehingga tak boleh diusik ditegur dijentik.
Buka mata kalian, jangan bila nasi dah jadi bubur baru nak menyesal, baru hendak menangis. Ambil iktibar kes Zulfarhan. Lihat betapa hancur hati mak ayah suspek apabila anak2 yang ditatang dipercayai menjadi suspek utama kes berat seperti itu. Aku tak kesian pada mak ayah mereka, aku padankan muka. Sebab anak mereka yang sekarang ini hasil didikan mereka. Tapi aku kesiankan anak-anak itu yang dapat mak ayah yang tak bertanggungjawap.
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit