Assalamualaikum warga IIUM CONFESSIONS dan rakyat jelata yang setia membaca ruangan luahan hati disini..
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin, kerana sudi menyiarkan cerita saya ini.
Saya menulis bukan bertujuan memburuk-burukkan ibu muda yang mempunyai anak, tetapi lebih kepada untuk menasihati. Terutama sekali,perkara ini terjadi depan mata saya sendiri. Saya zakiah, umur meningkat ke 27, tapi masih lagi tidak berkahwin. Tapi saya mempunyai naluri keibuan yang sangat tinggi. Niat dihati ingin saja mengambil anak angkat, tapi disebabkan rutin seharian yang sibuk, saya risau tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak syurga ini.
Kisah yang saya ingin luahkan adalah berkaitan dengan kenalan rapat saya. Beliau saya gelarkan sebagai Piah. Piah adalah seorang ibu dan isteri yang muda. Piah berkahwin ketika umur nya 22 tahun. Setelah beberapa bulan selepas perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera yang sangat comel. Sekarang bayi tu berusia lebih kurang 10 bulan.
Ada satu sifat Piah ni yang tidak digemari oleh saya dan ahli keluarga nya. Iaitu, suka keluar berjalan sehingga lewat malam membawa anak kecik nya. Dia membawa anak nya yg belom sampai setahun tu, pergi uptown kota damansara, pergi downtown cheras, one utama dan lain-lain lagi. Walaupon mereka pergi suami isteri, tapi anak tu masih kecil. Dia tak mengerti apa-apa lagi. Kau bawak dia ke hulu hilir, dia tak tahu apa-apa pon, takada perasaan gembira melihat sesuatu tempat tu. Yang gembira nya adalah Piah dan laki nya.
Nak di jadikan cerita, akibat daripada tabiat suka keluar malam-malam ni, anak nya dijangkiti penyakit demam. Hampir seminggu demam nya tidam kebah. Masuk hospital, disuntik nya doktor di tangan comel nya itu jarum. Untuk antibodi, ya Allah sebak aku tengok. Tapi Piah mungkin suka rasa nya, sebab dapat pengalaman berada di hospital. Di ambilnya gambar setiap hari, post di instagram dan facebook. Dengan ucapan-ucapan yang meminta doa org ramai. Alahai Piah, doa hang tu dah cukup mustajab, seorang ibu mendoakan anak nya untuk sehat. Berdoa saja kepada Allah sahaja wahai Piah.
Selepas beberapa hari dihospital, anak nya dibenarkan keluar. Biasa orang kalau balik dari hospital, kau terus balik rumah kan. Tapi Piah tak, dia bawak anaknya berjalan di pusat membeli belah pula. Di muat naik gambar mereka di dalam instagram. Dengan ucapan yang seronok sekali. Alahai sekali lagi, Piah oiiii..anak kau baru je baik. Kau dedah kan dia lagi dengan virus, bacteria, fungi, protozoa yang berada di udara tu. Puas dah mulut saya, mak Piah dan ahli keluarga yang lain nasihat. Tapi Piah, tetap sama.
Kisah terbaru, Piah keluar bersama suami dan anak nya pergi berjalan, keluar selepas magrib. Pergi ke IOI Mall, kata nya nak menonton cerita terbaru di pawagam. Dengan membawa anak, kau nak tengok wayang. Haish,, Piah Piah. Dalam lebih kurang pukul 10 malam, Piah talifon mak nya, mengatakan yang dia dalam ambulan. Anak nya kena sawan tarik, Ya Allah. Anak kecil tu mungkin kesejukkan di dalam panggung wayang sehingga kan terjadi nya perkara seperti itu. Saya tak tahu apa yang dipikir kan oleh Piah ni. Adakah dia tidak serik lagi dengan apa yang telah berlaku?
Wahai ibu muda sekalian, jangan terlalu gairah dengan kehidupan yang bebas keluar waktu malam membawa anak kecil. Bayi ini belom matang tahap melawan penyakit. Pelbagai jenis penyakit boleh menyerangnya. Saya nasihat kan ibu-ibu muda ini, kalau tiada hal mustahak, duduk saja dirumah. Main dengan anak, masak, kemas rumah dan siram pokok bunga, lagi bermanfaat. Tunggu lah anak itu cukup besar dan boleh berfikir untuk bawa nya sehingga lewat malam.
Terima kasih
– Zakiah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit