Jaga Diri Girls

Assalamualaikum .
Aku gadis 20 tahun 25 FEB.
Ya jaga diri girls.
Rata2 harini banyak kes rogol yg brlaku dlm kalangan masyarakat kita . Disini aku cuma nak tekan kan Peranan setiap anggota dalam keluarga dan masyarakat.

Gadis, wanita , Perempuan
Jaga diri kalian .Pemangsa nya ada dimana2 .Jangan mudah percayakan siapa2 terutama LELAKI.

Bukan semua LELAKI jahat , buruk , Perangai x senonoh .Nope. Ini hanyalah Ku tuju pada segelintir lelaki yg perangai miang , gatal , ambil kesempatan supaya kaumku ( wanita) boleh berhati2.

Siapa LELAKI yg saya maksud kan ? 1) Ayah
Ya bapa ialah seseorang insan yg penting selepas Ibu .Tetapi jika anda lihat , kenal SIKAP bapa anda yg seperti semacam contoh sikap

A) miang ,
B) memerhatikan anda dengan pandangan lain ( bukan seperti bapa Perhatikan anak)
C) Sikap semacam bapa akan terserlah bila ada adengan tidak senonoh ( contoh waktu tngok TV ) dia jadi gelisah semacam. Even waktu tu ibu anda berada disebelahnya.
D) Sengaja menyentuh mana2 bahagiann private dengan tiba2 . bila Ibu atau ahli keluarga lain tiada dirumahh. Maka anda wajar berhati3 .Zaman sekarang Haruan makan haruan sering brlaku dlm insitusi kekeluargaan.

Jngn sesekali berada dirumahh berseorangan.Jika keseorangan kunci pintu bilik ,elakkan berada diruang tamu atau mana2 ruang yg buatkan anda berhadapan dengan bapa anda.kalau boleh jnganla dduk sorang2 dirumahh .Dudukla bersama manusia yg anda boleh percayai seperti Ibu , kakak , adik2 .

2) Datuk , Tok ,Pak Cik ,Abang kandung , Pak sedara , Pak ndak , Abang tiri , Pak menakan dan so on .
Well , mereka ialah ahli keluarga anda. Rapat mahupun jauh .Tetap ada pertalian. Tetapi apabila nafsu menguasai diri akal tiada fungsi lagi. Maka , jagalah diri anda wahai gegadis .
Jngn pakai Pakaian kurang sopan dihadapan mereka which is terdedah sana sini .ingat LELAKI tetap LELAKI.
Jngn buat Perbuatan tingkah laku manja , gedik berlebihan2 dihadapan mereka. Jaga maruah , harga diri anda.Jika anda mula memcurigai sikap sesiapa ( LELAKI ) yg kelihatan pelik beritahu pada anggota keluarga terdekat dan boleh dipercayai.

Ambil langkah awal jarakkan diri dari mereka . Jika ada apa2 Pergerakan , Pandangan , atau isyarat badan dari DIA ( Pemangsa ) Jerit kuat2 sambil cakap KENAPA BUAT MACAM TU. ( Well) Ahli keluarga lain pasti akan trtumpu pada anda.Sentiasa berkumpulan dengan ahli keluarga .Jangan duduk sorang2 .Pemangsa bijak ambil peluang .

3) Boyfriend , Pakwe , Abang angkat , Abang insta,Abng wechat ,Kawan2 Lelaki , Abng jiran sebelah , Abng kawan adikku .Cikgu tuisyen , and so on

Disini wahai gegadis ,
Tak kiralah mereka cinta , sayang anda bagaimana pun. Anda tetap perlu berhati2 .Jangan Ikut mereka ke destinasi yg anda tidak tahu .Atau anda tahu tempat tu tapi anda tak tahu siapa kawan2 nya.Ingat tersilap langkah buruk akibatnya .Jangan Ikut apa yg mereka suruh buat jika anda rasa tidak kena ( instinct perempuan ) atau rasa tidak senonoh .Tinggalkan tempat itu dengan segera.Jangan pergi minum sorang2 dengan mereka yg datang beramai2 .

4) The one who you truely LOVE , cinta , sayang sanggup redah lautan api sama2 .

Jangan percayakan mereka yg mnjanjikan kasih sayang ,kesetiaan , attention .You know girls nowadays that a tool to make u give ” virgin” .Jika mereka serius , mereka akan datang jumpa Mak ayah Keluarga kau masuk minang dan kahwin .Bukan janjiii itu dan ini.Bukan usung kau ke sana sini pegang sana sini dengan alasan “I love you so much baby ”

Jangan mudah percaya jika mereka ajak kemana2 berdua duan . Melainkan memang keluarga , kawan2 ( in group that more than 2 friends ,family member ) kau Ikut sekali contoh mcm picnic , BBQ , jungle tracking sama2.

Jangan maklumkan mereka 100% kegiatan , aktiviti harian anda .like ” tngh Mandi ” , perlu ke inform ? .You both not husband wife .

Kepada mereka yg ada adik2 perempuan , anak2 perempuan , Isteri dan so on .Jaga mereka .Don’t let people take advantage on them .Being a responsible HUMAN. Sebelum nasi jadi bubur cegah awal2 segala perkara yg datangkan keburukkan pada mereka .

To brother , father and family member .
Jangan SESEKALI trjebak , tertengok atau layan apa2 video PORNO , adengan2 tak senonoh , gambar pelik2 ( boys know this ) !!!! .Ingat Ada benda ada boleh kawal maka kawal lah. Malaikat kiri kanan ada .Mati bila2 masa.
Being a girl with high class level.
Jangan sampai adik beradik , kaum keluarga yg jadi mangsa.
Hukuman sebat dan penjara menanti anda jika anda PELAKU.

To girls , gegadis , wanita , perempuan .

Ada benda boleh simpan kau simpan .Ada benda kena cerita Wajib cerita .Kau cerita.Dont let anyone touch your private area , your body .You have right to scold them.Jangan jadi mangsa kerana kesannya seumur hidup .Maka ambil langkah2 awal. Love your self .Jangan buat2 x tahu bila kau nampak apa yg brlaku , Jangan sbb dia anak , bapak , adik kau masih Membela perbuatan keji dia. Jangan bersubahat sembunyikan hal sebenar , Jangan !!! Jangan biarkan hal2 sumbang brlaku dlm keluarga kau .Kesan Malu sekejap ja brbanding Kesan trauma yg belum tentu sembuh .

Perempuan .
Satu masa dulu kau Alami zaman kanak2 .Jadi sanggup kah kau lihat ada kanak2 yg tidak menjalani , melalui , merasai zaman kanak2 disebabkan rasa Takut , jijik , trauma , Malu ini ? Mereka masih kecil dan tidak mengerti tentang2 kekejaman ini.
Maybe itu ialah anak kau , anak jiran kau , kanak2 tadika tempat kau mngajar

Perempuan
Satu masa nanti kau bergelar remaja .Kau lalui zaman remaja kau .Maka sanggup kah kau lihat kawan2 remaja sebaya kau yg trauma yg takut yg malu untuk berhadapan dngn dunia luar disebabkan perbuatan jijik mereka yg x brtanggungjawab.

Perempuan
Satu masa nanti kau akan bergelar ibu. Lindungiii anak2 perempuan mu jagalah anak2 lelaki mu.Jangan biarkan sumbang mahram , Pedohilia brlaku dlm keluarga anda.Biarlah anda tidak mngaji tinggi Tetapi mmpunyai anak2 yg kuat pegangan agama.yg tahu batas2 pergaulan .

Kepada lelaki2 yg selalu pandang2 wanita , buat isyarat2 x elok. Atau sedang memerhatikan kaum wanita untuk dijadikan mangsa.
Ingat lah kifarah Allah .Setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada kifarah. Harini kau buat dekat wanita lain .Esok lusa 30 tahun lagi anak2 , kaum keluarga kau jadi mangsa.Jaga Mata jaga hati kalian.Jangan berkawan dengan kawan2 yg korang rasa tak elok .

Sampai disini saja coretan saya.
Aku jugak gegadis.

– Farah .

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit