Jaga Diri Hiasi Peribadi

Assalamualikum. Hai. Kenalkan aku Rose. Umurku tak muda sangat tak tua sangat, pertengahan. Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak yang comel macam mak dia (puji la diri sendiri siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri). Hukhuk!

Aku sekarang dah bekerja dan boleh dikatakan stabil. Alhamdulillah. Ujian penceraian tak mematahkan semangat aku untuk berjaya dan bahagia bersama dengan anak aku, dengan cara aku sendiri yang penting kena ikut landasan yang baik, yang Allah redha.

Yelah, sejak dulu lagi status J/Ibu tunggal ini akan di pandang serong oleh sesetengah masyarakat. Tak dinafikan, adakalanya aku rasa kurang berkeyakinan dengan status baru aku ini walhal aku bahagia je selepas penceraian.

Mana taknya, sepanjang perkahwinan aku, aku ditorture dengan fizikal dan mental dan inilah sebab kenapa aku memilih untuk berpisah walaupun masa itu kami da ada anak satu.

Kalau ikutkan, bekas suami tidak mahu bercerai tapi akhirnya ianya berlaku dan aku pasti ada hikmah disebaliknya.

Dalam proses nak berpisah aku tetap minta petunjuk Allah kalau benar penceraian ini terbaik untuk kami termasuk anak aku biarlah Allah mudahkan.

Alhamdulillah kami berpisah cara baik dan dalam tempoh iddah pun bekas suami aku ajak rujuk tapi berkat petunjuk dan perbincangan aku tetap memilih untuk tidak kembali kepadanya semula. Kenapa? Ya memang ada sebab yang kuat kenapa aku taknak rujuk.

Aku yang tidur sebantal dengan dia, aku yang bersama dia sepanjang perkahwinan dan aku da ‘masak’ sangat dengan perangai dia. Ada pepatah mengatakan ibu lelaki pun takkan tahu perangai sebenar anak dia kecuali isteri yang lebih tahu.

Anak lelaki boleh la berdrama depan keluarga dia, tapi hakikatnya yang tahu perangai wangi & busuk suami adalah isteri juga. Macam mana kami kenal adalah, memang kami tak kenal each other pun tapi ada orang yang kenalkan. Kami tunang sekejap then terus kahwin.

Siapa nak berkahwin untuk bercerai? Tiada seorang pun yang ingin perkara ini berlaku. Semua orang nak happy ending dalam perkahwinan termasuklah aku.

Tapi aku percaya Allah da susun baik-baik takdir aku dan anak aku. Sebagai seorang Muslim, aku wajib beriman dengan rukun iman yakni beriman pada Qada’ dan Qadar Allah.

Bohonglah aku tak sedih dengan penceraian tersebut kerana aku menginginkan sebuah rumahtangga yang kukuh dengan mewujudkan suasana Sakinah, Mawaddah, Warrahmah.

Tapi telah Allah takdirkan bahawa pada tarikh sekian, tahun sekian, aku berpisah dengan bekas suami dan alhamdulillah hak penjagaan anak dapat pada aku.

Hari-hari dalam doa aku, aku minta Allah bahagiakan anak aku agar dia tidak lalui seperti ibu dia lalui.

Well, bila dah jadi ibu, kasih sayang pada anak itu sangat luar biasa. Sampai satu tahap aku jadi paranoid dengan apa yang berlaku pada kanak-kanak di luar sana. Macam-macam kes terjadi.

Aku juga simpati kepada anak-anak yang tidak dapat tinggal bersama ibu mereka setelah berpisah dengan ayah mereka. Bila ego kuasai diri, ayah sanggup pisahkan anak dengan ibunya. Allahurabbi aku sangat terkesan dengan ujian-ujian ibu tunggal di luar sana.

Bab anak, aku sangat sensetif. Aku tak boleh lihat anak hidup dalam kesedihan dan emosi yang tidak baik untuk dirinya dan hal inilah kenapa aku nekad memilih jalan penceraian kerana aku ingin besarkan anak aku dalam suasana harmoni dan kasih sayang.

Aku tidak mahu anak aku melihat ibu ayah dia sering bergaduh, aku juga sering di torture dengan emosi, cuba korang bayangkan kalau aku sering ditorture begitu pasti aku akan d3pr3ss dan meroyan last-last anak aku jadi mangsa, aku tidak mahu jadi begitu.

Lebih baik aku selamatkan emosi, jiwa dan fizikal aku dan anak aku. Lepas bercerai aku tidak menghalang ayah dia untuk melawat anak kami.

Kalaulah anak aku tahu apa yang ayah dia pernah buat pada ibunya selama ini pasti anak aku kecewa.

Tapi aku akan cuba untuk tidak memburukkan ayahnya kerana dalam keburukan dia ada lagi kebaikan dia yang aku ingat. Aku berharap tiada mana-mana lelaki berani menyakiti anak aku. Aamiin.

Bila Allah uji rumahtangga aku, aku jadi makin tabah, makin kuat. Dalam fikiran aku, aku sering fikir sebenarnya tiada apa pun yang jadi milik aku hatta anak sekalipun. Anytime Allah akan ambil semula.

Semua dalam dunia ini ada expired date sama ada bercerai atau m4ti yang memisahkan setiap orang. Kalau ada rezeki dapatlah bertemu di Syurga kembali.

Sebagai ibu tunggal, pastilah ada pandangan serong dari sesetengah masyarakat tapi sebagai ibu tunggal kita kena ubah mindset mereka dengan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.

Anda kena tahu jadi J atau ibu tunggal perlu menjaga maruah sebaiknya agar tidak dipandang hina dan tidak dikecam. Lagipun status ini, kebanyakan para Isteri akan takut kalau golongan ini mengganggu rumahtangga mereka.

Tapi bagi ibu tunggal seperti aku jujur aku katakan aku sangat tidak berminat dengan suami orang dan aku harap Allah tidak uji aku dengan ujian itu.

Tetapi bagi golongan suami yang nak berpoligami itu tidak salah asalkan isteri mereka redha, asalkan suami boleh jadi pemimpin yang adil, saksama dan pandai jaga emosi para isteri.

Kalau tak, macam mana nak masuk Syurga sama-sama kalau suami pun tak reti didik isteri kepada kebaikan.

Tapi tak dinafikan ada saja isteri pertama yang ikhlas izinkan suami tambah isteri kerana isteri tersebut percaya pada kualiti pemimpin yang ada pada suaminya. Isteri pertama yang sudi bermadu adalah satu dalam sejuta. Aku sangat tabik spring kepada mereka.

Memang betul poligami tak salah, yang salah itu pada si suami yang tidak pandai handle rumahtgga terutama emosi isteri, anak, dan kewangan, jenis tak tahu apa matlamat perkahwinan.

Walaupun aku ibu tunggal dan bahagia dengan penceraian tersebut, ada masa aku down juga dengan status itu bila aku fikirkan “Ada ke mak mertua nak bermenantukan ibu tunggal?” “Ada ke lelaki bujang nak ibu tunggal ?”

Selepas penceraian aku trauma juga untuk mengenali mana-mana lelaki cuma secara jujurnya aku ada meminati seseorang, dia lelaki bujang dan kawan baik aku zaman SMK.

Bagaimana kami boleh jadi kawan baik adalah dia pernah jadi ex bf aku tapi kami bercinta tak lama pun then declare jadi kawan baik.

Selepas habis sekolah, kami sambung belajar berlainan universiti. Sepanjang kami menjadi kawan baik dia tak pernah miss untuk wish birthday aku cuma kami memang jarang berwhatsapp. Hanya contact untuk tanya khabar saja.

Tapi ada satu pertanyaan yang bermain di fikiran ku adakah dia masih single atau dah berpunya yang pasti dia belum berkahwin. Selepas penceraian aku ada berhubung dengannya. Dah beberapa tahun kami tak berhubung tiba-tiba aku muncul kembali dan contact dia.

Mujurlah nombor contact dia aku masih simpan dalam nota catatan aku jadi aku cuba contact dia dan bingo! Dia masih guna nombor telefon yang sama dari sejak zaman sekolah lagi.

Dia memang terkejut juga tiba-tiba aku muncul setelah bertahun tak berhubung dan dia tanya aku “Bila nak kahwin?” Dia beritahu aku dia tengah mencari calon isteri.

Lepas itu dalam conversation kami dia macam cuba nak mengayat aku dalam masa yang sama macam tarik tali.

Aduh. Benda ini yang buat aku tak nak berharap lebih-lebih. Takut kecewa pulok.

Dia sebenarnya tak pernah tahu status aku yang telah berkahwin dan bercerai kerana masa aku berkahwin aku tak jemput pun dia sebab kononnya aku nak jaga hati dia walaupun aku tak tahu perasaan dia pada aku masa itu. Hahaha. Adei.

Pada mula aku start berhubung dia tu, dia siap cakap yang dia masih ingat birthday aku walaupun kami dah lama tak contact. Of course la hati aku jadi berbunga-bunga masa itu cuma aku tak pasti dia ada ke perasaan pada aku sebab aku taknak lah letak harapan tinggi.

Lagipun aku sedar diri aku ini ibu tunggal, dia pulak single man. Huhuhu. Oh ya, lagi satu aku belum cerita hal sebenar tentang kisah aku dan status aku pada dia sebab aku belum cukup yakin nak beritahu.

Aku fikir biarlah aku beritahu selepas aku tahu perasaan dia pada aku dan selepas aku tahu dia dah berpunya or belum.

Kalau aku tahu dia dah berpunya mungkin aku takkan cerita hal aku sebab untuk apa aku cerita sedangkan dia dah ada orang lain.

Macam tak best pulak nak rosakkan relationship orang walaupun dia kawan baik aku. Tapi sampai sekarang aku tak confess lagi perasaan aku pada dia sebab aku malu.

Memang sejak dari sekolah kami masing-masing jaga diri masing-masing. Tak pernah bersentuhan dan tak pernah dia ambil kesempatan pada aku. Hormat each other tu dah jadi sebahagian antara kami sebab itu aku still malu-malu dengan dia padahal dah berbelas tahun kami kenal.

Jadi macam mana ek aku nak selesaikan persoalan aku ni? Memandangkan otak aku pun da tepu tak tahu nak mula dari mana. Hahaha.

Aku just fikir ada jodoh aku dengan dia, ada la.. Sekarang aku just go with the flow. Kalau tak ada pun tak mengapa. Allah knows best.

Aku tidaklah terlalu desperated sangat nak berkahwin lagi tapi aku yakin rata-rata yang single mesti nak cari peganti yang lebih baik. Nak ada pelangi selepas hujan gitew.

Lagipun bawa status ibu tunggal itu berat dan sangat struggle untuk membesarkan anak tapi aku tetap happy dan bahagia sekarang.

Alhamdulillah. Jadi ibu tunggal atau tak sebagai wanita wajib jaga maruah kerana fitnah besar bagi lelaki adalah wanita dan sebaik-sebaik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

So ya, aku sekarang cuba untuk bawa imej yang baik memandangkan aku ibu tunggal mestilah aku kena jadi contoh yang baik untuk anak aku kalau aku nak anak aku jadi solehah.

Lagi pun akhir zaman ni fitnahnya sangat besar dan menakutkan lagi-lagi bagi golongan wanita. Dari hari ke hari aku baiki diri aku kerana itu saja terapi yang paling best untuk dapat yang best dalam hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

So ya, itu saja luahan aku. Terima kasih sudi baca. Peace! Jaga diri hiasi peribadi.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *