Jaga Diri Kita

Hi! Assalamua’laikum. Aku ni bukan nak confess pun, tapi lebih kepada nak membebel atau berpesan, atau boleh kata saling mengingati sebabnya yang aku perasan, pembaca IIUM Confession ni banyaknya dari golongan kaum wanita.

Tak ada niat tak baik, hanya ingin kita sama-sama jaga diri. Oh ye. Ayat aku mungkin akan berterabur sikit tau sebab aku kalau bercakap pun semua-semua ayat nak keluar dalam satu masa jadi boleh bayangkan tak kalau menulis macam mana.

Bukan apa, aku perasan banyaknya orang perempuan bila dah kahwin, dia mula hilang identiti. Hilang identiti kat sini maksud aku, dah mula pakai selekeh, tak jaga penampilan diri. Ini aku tak maksud semua tau tapi kebanyakkan kawan-kawan aku macam tu. Sedih aku tengokkan.

Sebab diorang sebelum kahwin, lawa. Kerja bagus masing-masing, doktor, cikgu tapi muka pucat lesi, pakai tudung pun asal boleh. Kalau pergi kedai runcit ke pergi pasar ke aku boleh terima lagi. Ini kau pergi wedding kawan pun kau pakai asal boleh, mengucap panjang aku.

Aku bukan expect pakai baju liplap liplap, kepok-kepok, tapi cukup dengan kemas, iron. Ini kedut, baju corak padankan denhan tudung bunga-bunga, asal boleh je aduii. Sedangkan sebelum kahwin, helok, pandai je padan-padankan baju dengan tudung.

Kalau kawan rapat atau kawan baik, aku memang cakap elok-elok nasihat suruh jaga diri, jaga penampilan. Tapi ni kawan biasa, nanti orang ingat aku menyibuk ke apa pulakkan. Penerimaan orang ni berbeza-beza dan benda ni sensitif. Tak semua orang boleh terima kita tegur penampilan diri.

Aku bukan nak kata apa, tapi tolonglah jaga diri walaupun lepas kahwin. Baru ni, aku jumpa satu video ada satu sis ni dia cakap lepas dia kahwin, bekas suami dia tak bagi dia pakai lawa-lawa, cream muka ke make up semua tak boleh. Bekas suami dia terima dia seadanya.

Sekali, kantoi curang dengan orang yang lebih segak dari isteri dia. Haaaa.

Ye, curang ni pilihan. Kau cantiklah macam mana pun, kau layanlah suami kau baik macam mana sekalipun, dia kalau nak curang, dia curang juga. Kan. Tapi still, tolonglah jaga diri, penampilan diri. Bukan sebab kau nak ‘ikat’ suami kau, tapi untuk diri kau sendiri.

Faham tak? Supaya apa? Supaya if suami kau tinggalkan kau (naudzubillah min zalik) dia tak ada point pun nak cakap kau ni selekeh, balik kerja kau still bau bawang, muka menggerutu, tiak hangit. Makan, pakai, tempat tidur memang kena jagalah kan.

Aku faham je kadang tak sempat tau nak bersiap-siap. Tambah ada anak-anak. Aku faham. Tapi kau kena juga cari masa untuk kau ‘siap’, depan suami kau. Dia macam bila kau tahu suami kau dah otw nak balik, kau cepat-cepat pergi tukar baju ke, spray sikit minyak wangi ke.

Bila kau keluar rumah pun sama. Secara tak langsung, kau pun jaga air muka suami kau. “Pandai dak Seman tu jaga bini dia eh, anak dah 4 pun macam tu juga, lawa”.

Aku pernah tau dengar perbualan ni. Tapi kalau kau selekeh bukan nama suami je busuk, nama kau orang sebut dulu ” apa selekeh nau dak Maimon tu, dah macam orang tua berzaman aku tengok”. Haa tu yang tak nak tu

Perbualan macam ni masih wujud ye walaupun dah tahun 2022. Aku ni duduk kampung, jadi memang biasa orang cakap-cakap macam ni.

Jadi tolonglah, aku mohon, tolonglah jaga penampilan diri, jaga diri. Kau jangan dengau cakap suami kau yang kata tak payah cantik-cantik, dia terima kau seadanya. Bak kata Awie, “itu semua poyo”. Fitrah manusia tu suka pada benda-benda yang cantik, wangi.

Dan ingat, kau bukan nak cantik untuk suami kau semata (niat nak cantik untuk suami dapat pahala kata ustazah, sebab tu aku cakap ‘semata’) tapi cantik untuk diri kau sendiri.

Kita ni perempuan, bila kita rasa kita cantik, kita auto akan rasa confident. Haa. Confident bila bercakap dengan orang, confident nak buat kerja.

Hari tu aku ada baca satu quote Inggeris ni, aku translate siap-siap ek. Dia tulis “tak ada orang yang tak cantik, yang ada cuma malas”. Zasss! Haa jadi. Kau jangan cakap kau tak ada masa, tak sempat. Nak tak nak kau kena adakan masa, kena sempat kan diri tau.

Nak cantik ni memang kena letak effort sikit, terutama yang macam aku nilah, yang bukan effortlessly beautiful, yang tak ada kacuk Arab ke Turki ke, tak ada. Jadi memang aku cari masa untuk aku apply skincare, apply scrub muka dan badan. Makan buah / minum jus.

Tak mesti kena pakai high end product untuk cantik. Cukup sekadar product yang selamat dan sesuai dengan kulit muka. Jangan pakai product-product yang ada bahan-bahan terlarang tau. Kesan memang instant tapi faham jele bila instant ni, instant mati. Haa. Ibaratnye gitulah.

Jadi, kena bijak pilih product, jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan. Diorang nak lakukan product memang le dia akan cakap product dia yang terpaling bagus. Nak lebih yakin, beli product yang jual kat drug store haa situ okay.

Sebab product yang nak masuk drug store, diorang tapis dengan penapis yang paling halus punya. Kena faham betul ya sebabnya aku pernah jumpa video sorang founder ni kata product dia masuk farmasi. Haihh farmasi mana laaaa yang benarkan masuk, buat busuk nama farmasi ja.

Masa berpantang, berpantang betul-betul. Jangan ikutkan sangat gaya mat salleh. Mat salleh tu diorang memang tak pantang tapi diorang minum red wine untuk panas badan. Biarlah macam kampung-kampung, old school tapi jaga betul-betul masa pantang.

Kita pun boleh nampak kan mak-mak kita, nenek-nenek kita, walaupun usia dah banyak tapi sihat lagi, kuat lagi, boleh menyapu dalam rumah, tepi rumah, laman rumah. Kau jangan pula cakap nenek tu ada membela. Itu kes lain.

Kesan tak jaga pantang dengan betul ni bukan nampak sekarang, tapi bila usia kau dah 50tahun ke atas nanti (ini nenek dan mak aku cakaplah, dan aku percaya). Tapi ada juga yang aku nampak kesan instant.

Ada beberapa kawan aku yang dia tak jaga makan masa berpantang, tak jaga betul time berpantang, muka pucat lesi, lemah je aku tengok dia.

Macam tak bermaya. Tu yang tak mau tu. Ambillah petua-petua yang logik dan baik, supaya muka kau merah-merah. Jangan ambil petua-petua mengarut pula tau.

Kalau badan naik lepas kahwin, cepat-cepat bersenam, kawal makan, jaga waktu tidur.

Oh satu lagi. Jangan penat-penat sangat ye. Baik yang bekerja maupun yang dirumah (suri rumahtangga). Ingat, badan kita ni nak pakai lama. Buat kerja yang mana mampu, penat rehat. Jangan paksa diri.

Sayang diri kau tau. Ingat, tak ada orang lain akan sayang diri kau kalau kau sendiri tak sayang diri sendiri. Kau jangan yakin sangat suami kau sayang kau, terima kau seadanya. Boleh yakin tapi dalam 70% dah. Okay?

Jaga diri tau semua! Jangan selekeh-selekeh, tiak haing ni semua tak mau eh. Tapi kau jangan seksi-seksi pula. Aku jentik kau nanti. Kan aku cakap sayang diri, sayang diri sendiri untuk dunia dan akhirat. Haaa. Paham kan maksud aku tu.

Okay bye bye sayang sayang semua. Sayangilah dirimu kerana dirimu begitu berharga aa gituu!

Aku akhiri bebelan aku dengan wassalam dan diiringi dengan background music

“Nona nona zaman sekarang, bukanlah calang-calang orang” gituu. Okay bye! Wassalam.

– NonaManis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *