Assalamualaikum & Salam sejahtera. Saya Tika. Sebenarnya saya menulis ni untuk meminta nasihat dan panduan daripada sesiapa yang sedang membaca.
Sebenarnya saya benar-benar buntu dengan apa yang perlu saya lakukan terutamanya sampai sekarang saya rasa macam tak senang duduk dengan perkara yang sedang saya alami sekarang. Saya tak pasti sama ada saya memang stress ataupun mainan perasaan sahaja.
Saya start bekerja di GP (bukan nama sebentar) sejak 3 tahun yang lepas dan saya saya baru berhenti 2 bulan yang lepas. Sebelum ni, saya pernah bekerja sambil belajar di Perak selama 4 tahun lebih sebelum berhenti untuk pulang ke JB.
Berhenti di tempat kerja lama merupakan satu kehilangan besar sebab susah nak dapat bos yang baik, rakan sekerja yang sporting dan gaji saya pun masyuk. Saya pernah tak balik selama 1 tahun lebih sebab penting kan kerja dan enjoy hidup.
Tetapi perkara tu membuatkan nenek belah ibu saya kecik hati sebab saya tak balik & rindukan saya. Nenek juga meninggal & saya tak ada di sisinya. Sejak tu saya menyesal sangat. Wang boleh di cari tetapi keluarga tak boleh diganti.
Jadi saya berhenti untuk dekat dengan keluarga terutama nenek belah ayah pun dah sakit2 semenjak 3 tahun lepas. Jadi saya menerima bekerja di syarikat GP selepas 2 bulan menganggur.
Saya dapat jawatan sebagai Supervisor Warehouse memandang kan saya pernah menjadi assistant manager di syarikat lama. Nak dijadikan cerita saya masuk sahaja, pangkat saya dah tinggi, gaji pun orang kata okay.
Di department saya ada 6 orang termasuk saya, 3 orang clerk (2 perempuan 1 Lelaki) dan 2 orang pekerja am di warehouse. Masalah yang saya hadapi ni berkaitan dengan Kak Mai (bukan nama sebentar), salah seorang clerk di situ.
Kalau ikut kan umurnya takdelah lanjut sangat, dalam akhir 30an sahaja. Di situlah bermulanya mimpi ngeri bagi saya. (dramatic benor)
Awal2 masuk, pekerja yang lain perkenalkan diri masing2, cuma Kak Mai saja tak. Dengan nada sindir, dia kata yang muda yang kena perkenalkan diri dulu.
Saya masa tu tak fikir apa2, terus perkenalkan diri saya. Time tu saya nampak clerk yang lain Ita dan Radi pandang saya dengan muka tak selesa.
Lama kelamaan saya nampak cara kerja dorang. Sikap saya dari dulu kalau nak bertanya, saya akan tunggu seseorang tu selesai kan kerja dia dulu, baru saya tanya.
Kalau Ita & Rosli, saya rajin bertanya dan diorang pun senang nak jawab. Tapi kalau Kak Mai, dia terus jeling dan selalu ulang dia sibuk tanya orang lain yang tak banyak kerja.
Selalunya pada waktu rehat saya & Ita akan keluar makan bersama tetapi Kak Mai selalu tolak sebab dia kata nak makan kat rumah saja (rumah dekat). Tetapi lain pula kata orang, bila tak sampai 3 bulan kerja, Hr dah panggil tanya kenapa saya boikot Kak Mai.
Saya cuba bantah tapi dia kata kalau lunch selalu saya tak ajak Kak Mai. Terdiam saya. Saya tanya siapa yang buat cerita walaupun saya tahu siapa tapi Hr just nasihat kan JAGA HATI Kak Mai.
Sejak tu saya try layan Kak Mai dengan baik, try ajak dia makan sama. Selalu jawapan nya, ‘Akak ada suami dengan anak kat rumah nak makan, lainla korang tak kawen lagi. Boleh joli’ terdiam lagi saya. Tapi just selalu sedap kan hati sendiri.
Tetapi sejak tu saya sedar ada saja yang tak kena dengan kerja saya. Selalunya untuk tunggu kontena pindah masuk ke warehouse, borang kena ada sign persetujuan dari supervisor iaitu saya.
Tapi Kak Mai selalu suruh pihak store masukkan saja nanti saya jawab di meeting, maknanya dia langsung tak jumpa saya untuk minta sign.
Tiap2 kali perkara ni berlaku saya kena jawab kat meeting dan jawapan dari pihak management sama bila saya inform saya takde dapat surat dari Kak Mai.
Diorang nasihat JAGA HATI Kak Mai.
Sampai lah satu masa Ita beritahu sebenarnya Kak Mai ada 5 anak, 1 meninggal sebab lemas & selang 2 bulan, hilang anak lagi sorang sebab kemalangan. Saya bersimpati dan sejak itu saya tak pernah bantah walaupun saya jadi mangsa keadaan.
Tetapi ada saja yang tak kena, saya tak sign borang OT la, saya tak contact supplier la…. macam2 dari Kak Mai. Saya mengadu pada management tapi apa yang saya dapat?
JAGA HATI Kak Mai.
Bila bulan ke-6 yang pencetus segala galanya. Rosli nak berhenti dengan alasan dapat kerja lain, gaji lagi tinggi tapi bila saya & Ita bawa dia keluar untuk sambut perpisahan di luar waktu kerja,
Dia mengadu sebenarnya dia tak tahan dengan Kak Mai. Suka cari silap orang & sebenarnya Kak Mai cuba nak api2 kan diorang berdua dengan saya. Kenapa?
Sebabnya Kak Mai tak puas hati saya jadi supervisor. Saya pun tanya lah kalau dia nak jawatan tu, minta jelah kat Hr. Hr kan kawan dia. Apa jawapan diorang? Kak Mai stress selepas anak2 dia meninggal, jadi dia taknak stress buat kerja.
Kesimpulannya bila ada masalah bahagian warehouse, kami bertiga yang selesai kan. Kak Mai lepas tangan suruh kami jawab sendiri.
Rosli dan Ita sebenarnya dah bekerja lagi lama dari Kak Mai. Rupa2nya Kak Mai start kerja 9 bulan saja sebelum saya masuk. Laaaa ingatkan dah lama…
Selepas Rosli berhenti, kami ada ambil orang baru, Mira tapi tahan 1 bulan saja sebab asyik kena sindir dengan Kak Mai.
Budak tu puasa isnin sampai khamis pun Kak Mai pertikaikan sebab Kak Mai selalu puasa isnin dan khamis sahaja. Siap sindir “Dari mana mazhab budak mira ni belajar. Tok guru dia ngajar celah kubur agaknya.”
Sungguh saya yang dengar pun malu, dahlah depan orang ramai dia cakap camtu. Dan kalau Mira terlupa atau tak faham tentang shipment, even baru 2 minggu dia masuk, Kak Mai kata belajar tinggi2 pun bodoh.
Last2 dia nangis call kata dia tak mau masuk kerja, then terus tak datang esoknya. Bila saya inform Hr, apa diorang jawab?
JAGA HATI Kak Mai…
Lepas tu Ita pula jadi sasaran, dia dah kumpul duit nak beli kereta dan baru nak dapat kereta. Kak Mai pertikaikan muda2 patut cari rumah bukan kereta. Ni duit membazir beli keta, rumah sewa macam rumah setinggan. Adui mulut dia.
Bila ita punya Pinjaman diluluskan (sebab bank call Hr untuk confirm kan), Kak Mai lagi sakit hati. Rupa-rupanya Kak Mai pun minta Pinjaman Bank untuk belikan kereta untuk anak dia, tapi kena blacklist. Kena rayu lagi.
Jadi dia cakap yang Ita ni privilege banyak, mak bapak kayalah, mengampu orang Bank la. Amboiii…
Dan peristiwa paling hitam pun berlaku, puncanya sebab waktu OT, office start 8am tapi Kak Mai selalu datang awal dalam pukul 7am walaupun Hr kata tak boleh. Balik jam 6pm tapi dia selalu balik jam 8pm camtu.
Untuk siapkan kerja yang memang tak siap2. Ita siapkan report tak sampai jam 4pm pun. Saya kena marah dengan Hr juga sebab bagi Kak Mai ot. Jadi saya info Kak Mai lepas ni masuk jam 8am macam biasa.
Dia jawab, ‘Kau jangan memandai-mandai. Dulu aku OK saja ot awal waktu. Lainlah kau gaji tinggi tak payah OT bagai. Tanggungjawab kau pun takde lagi. Untung la duduk dengan mak bapak. Kau aja yang tak reti nak cakap pada Hr.’
Dia cakap aje macam tu, saya minta Hr masuk pejabat saya atau saya mengamuk kat situ. Muka Kak Mai dah start mengelabah. Pada awalnya, Hr taknak masuk, tapi saya time tu macam dah hilang sabar. Siap ugut kalau kau tak ke sini sorang-sorang aku bunuh.
Mencirit Hr lari ke office saya.
Saya dah cakap kalau esok saya tak ditukarkan department, saya berambus. Saya dah beritahu Kak Mai tapi Kak Mai tak hormat saya sebagai supervisor. Bantah macam kilang ni dia punya. Jaga hati Kak Mai dah lapuk.
Kak Mai kata dia tak cakap pun apa-apa. Saya sendiri marah-marah. Saya cakap no problem. Esok saya nak surat tukar department, biar Kak Mai dengan ita sendiri jaga store.
Hr cuba pujuk saya sabar tapi memang tak tahan la. Time tu juga Kak Mai kata saya suka mengungkit. Dulu takde pun isu. Dengan dia saja saya tak puas hati.
Saya pun cakap OK saya suka mengungkit, time tu supervisor department lain dah masuk ke office saya sebab kecoh dah department saya.
Management dengan Hr pernah marah saya banyak kali time meeting, dan selalunya diorang akan whatsapp saya untuk dapatkan surat tunjuk sebab saya tunjuk kat diorang.
Semua silap dia. Kalau kata Kak Mai orang baru, tapi saya lagi baru. Kalau hebat sangat, saya nak Kak Mai jadi supervisor. Esok saya jadi operator saja. Setel!
– Tika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit