Jaga Jodoh Orang

Bila cerita pasal kejahatan lelaki, majoriti akan kata ‘lelaki semua sama’. Ye memang tak dapat dinafikan kejahatan lelaki macam curang, lupa pengorbanan isteri tu semua kesilapan yang sama kami semua buat. Tapi kakak kakak adik adik tak tahu, bila lelaki dah menyesal dan ingin berubah, mereka akan menjadi manusia yang sangat berbeza. Berbeza beza macam mana cara mereka berubah.

Kenalkan, diri aku Syah. Asal Melaka tapi kerja dekat KL. Umur 27 dan masih single. Dan tengah menyesal. Haih ! Kepada readers, ambil lah iktibar dari cerita aku ni. Jangan menyesal di kemudian hari. Tak ada guna beb.

Dua tahun lepas, aku ada kenal dengan seorang pempuan ni. Dia ni dulu junior course aku. Aku dah habis belajar dah dia masih di tahun kedua. Ada rupa yang elok (jika nak dibandingkan dengan aku), baik, soft spoken, dengar kata, setia. Aku start berkawan dengan dia dari aku tak ada apa apa. Aku baru habis praktikal dan tengah tunggu konvo. Mula mula aku cuma niat nak berkawan je tapi satu hari tu dia kata, ‘kalau betul nak berkawan, jumpa la mak abah’. Dannnn segalanya bermula. Aku pun kata dalam hati ‘why not aku serius dengan dia ni. Pakej semua ada. Cantik paling penting.’ So, aku pun berkawan dengan niat at the ending of our relationship, aku nak jadikan dia bini aku.

Siapa sangka, bila aku dah ada niat untuk berkahwin, rezeki aku mencurah. Dengan tak ada kelayakan degree lagi (sebab belum official konvo), aku dah dapat kerja tetap dengan gaji rm3000. Pada aku nilai tu dah cukup okay untuk orang macam aku ni yang sijil degree yang rasmi pun tak ada lagi. Hahaha. Hubungan aku dengan dia pun berjalan dengan indah seperti orang orang lain juga. Bila mula
mula bercinta ni, semua pun manis. Alahai. Mula mula niat kitorang nak rahsiakan hubungan kitorang tapi bila tengok kawan kawan lain selamba post pasal pakwe makwe dorang, syaitan pun menghasut dan pufff !! Kecoh seantero kawan kawan kitorang pasal hubungan kitorang. Sampai ada la kawan kawan yang meluat tengok kitorang dekat media sosial ni. Aku tau wehhh cuma saje buat tak tahu. Kahkahhh. Al maklum la tengah awal awal bercinta, terasa diri ni kebal sangat. Bagai donia ini ana yang ponyaaa.

Kitorang berkawan atau lebih dikenali dengan bahasa laghanya sebagai couple sudah hampir setengah tahun. Dari aku tak ada lesen motor kereta pada usia 25 tahun, aku jadi bersemangat nak buat lesen lesen tu. Sebab apa ? Sebab alasan aku, nanti senang nak jumpa dia yang jauhhhh nun di Terengganu tengah belajar, sedangkan aku dekat kl bekerja. Walaupun hakikatnya pada masa tu, aku tak ada kereta pun. Ada motor je. Macam mana la aku nak bawa motor ke Ganu tu dari kl. Adoi la. Macam orang gila bila fikir fikir balik apa yang aku janji pada dia. Dia pun sokong je la apa aku nak buat. Lagipun dia kata memudahkan aku nak bergerak dekat kl tu. Plus, dia kesian dekat aku selalu nak keluar pun takut takut kalau ada roadblock. Yela, tak ada lesen kan. Kahkahh. Tapi masa aku nak ambil lesen tu, memang liat sungguh la nak pergi. Aku dah biasa bila hujung minggu cuti mesti lepak duduk rumah. But this time, aku kena bangun awal pergi belajar lesen dengan budak budak. Jatuh saham abang dik dah brother brother baru terkial nak ambil lesen. Sokongan padu si dia buat aku kuat dan bersemangat, aku gagahkan diri juga pergi kelas tu.

Sepanjang aku tak ada kereta ni, kalau dating mesti naik public transport. Kalau tak naik lrt, naik ktm, naik uber. Apa je public transport yang kitorang tak pernah naik dekat kl ni, semua pernah. Si dia gigih datang dari Terengganu sebab nak jumpa aku bila dia cuti sem atau cuti apa apa je la. Aku bawa dia pusing kl jalan kaki je. Perempuan kan, tipu la kalau tak merengek kata panas, penat. Alahai sayang, abang rindu rengekan tu ! Tapi aku tau, walaupun dia mengadu macam macam tapi jauh di sudut hati dia, dia rela. Rela berpanas berpeluh berpenat dengan aku. And at last, aku pun dapat lesen lesen aku. Tanpa berlengah, aku terus pergi bank nak buat loan. Loan nak beli kereta. Aku minta pendapat si dia nak beli kereta apa. Dia nasihat aku, beli kereta tempatan je. Murah dan mampu milik setanding dengan gaji aku yang ciput tu. Kalau dapat beli yang secondhand, lagi jimat. Lagipun nak buat loan lain, banyak duit nak guna buat beli rumah lepas kawin. Tapi masa tu aku degil, aku nak beli kereta mewah juga. Alasan aku, Melaka dengan Terengganu tu jauh. Kalau beli kereta second nanti tak mampu nak bawa drive jauh. Membazir duit asyik nak servis je. Lepas kawin nanti nak balik kampung susah. Katakuuuuu. Lagipun masa tu aku fikir, aku kerja bagus, kerja dekat bandar metropolitan kl, ada degree tak kan nak naik kereta Malaysia apatah lagi kereta secondhand. Malu la abang dik nak balik kampung bawa balik kereta lama. Bodohnya rasa bila seorang Syah boleh fikir macam tu dulu. Haihh ! Tapi dia ikut je keputusan aku since aku pun memang jenis degil. Susah nak ikut pendapat orang. Semasa proses loan tu, macammacam orang bank aku hadap sampai tahap nak give up. Tapi macam biasa la, si dia tak pernah henti bagi semangat. Sejuk hati abang dik dengar kata kata semangat dia. Huhu. Dan akhirnya, keluarlah sebiji toyota almera. Bangga woi masa tu.

Bila aku dah start aku kereta, kawan kawan perempuan ofis aku yang dulu tengok aku dengan ekor mata, sekarang terus sanggup nak tenung aku yang buruk ni. Yang nak tumpang balik kerja lain, yang nak ajak lepak lain, yang ajak join kelab kelab kereta lain. Ahh macam
macam la. Sampai satu tahap, aku dah angkut sorang awek lain naik kereta baru aku sedangkan aku dah janji aku akan bawa si dia perempuan pertama selepas mak aku untuk merasakan kelembutan sofa kereta aku. Maafkan abang, sayang. Start dari tu awek tu ajak aku join satu kelab cycling since dia memang aktif dekat kelab tu. Bila dah join kelab tu, aku pun jadi makin rapat dengan dia. Sampai sanggup berabis duit beli basikal, setting itu ini semata mata untuk join event.

Pejam celik hubungan aku dengan si dia dah masuk setahun setengah, hampir dua tahun. Aku dapat rasa hubungan kitorang semakin hambar. Dia dah mula meroyan cari aku. Cari perhatian aku sampai aku naik rimas, bosan dan meluat. Aku sibuk dengan kelab basikal aku tu. Bila dia ajak jumpa nak datang kl, aku selalu bagi alasan. Aku kata tak ada duit, aku busy kerja. Memang aku tak ada duit sebab duit aku habis dekat setting basikal and join event event yang ada. Sampai satu tahap dia kata aku tak ada duit nak jumpa dia, tak ada masa untuk dia tapi pergi event sama sini ada pula duit, ada pula masa. Tapi masa tu hidup aku dah di kelilingi dengan macam macam orang, macam macam kawan dari kelab basikal tu. Perempuan pun ramai so, aku dah tak heran kalau tak ada awek. Aku boleh habiskan masa dengan aktiviti aktiviti aku dari aku habiskan masa dengan awek. Sekali lagi haihhh sebab bodoh sangat.

Tapi apa yang aku perasan, tiap kali aku buat jahat dekat dia, mesti ada benda tak baik jadi dekat aku. Pernah aku abaikan dia hampir dua minggu, senyap tanpa berita sebab aku bosan dengan dia. Biasalah lelaki kan mudah bosan. Dalam masa dua minggu tu, aku accident naik motor terlanggar anjing. Mujur aku tak teruk. Luka luka sikit je. Tapi masa tu dia tak tahu sebab aku senyapkan dia dua minggu kan. Dan pernah sekali kitorang gaduh dan aku tetiba meluat dengan perangai dia, aku contact dan cuba untuk curang dengan dia, kereta baru aku accident langgar bontot kereta orang. Aku pernah abaikan dia pergi event basikal tak bagitahu dia, kereta aku buat hal sampai kena servis melayang rm1500 aku. Setiap kali kalau gaduh dengan dia sebab salah aku, mesti hidup aku ada je yang tak kena. Gaduh dengan officemate la, gaduh dengan bos la, duit hilang la. Mungkin sebab keberkatan doa dia untuk aku tak ada sebab hati dia tak ikhlas doakan aku semasa kitorang gaduh. Benda ni aku perasan bila aku dah putus dengan dia. Menyesal sangat sebab hilang satu doa dari insan yang sangat tulus doakan aku. Maafkan abang, sayang.

Sepatutnya aku janji dengan dia tahun ni aku nak datang merisik dia. Tapi janji tinggal janji. Aku abaikan dia. Aku rimas bila dia bercakap pasal kawin. Nak kata tak mampu, aku mampu dah kalau nak kawin. Nak kata aku tak sedia, aku rasa aku dah sampai tahap wajib kawin bila selalu sangat dah mimpi basah. Adoi. Tapi aku busy sangat dengan event kelab, busy dengan kawan kawan kelab, busy dengan perempuan perempuan kelab yang dambakan perhatian lelaki, sampai aku tak ada masa untuk dia, sampai tak ada saving untuk masa depan kami. Nasihat dia langsung aku tak dengar. Senyapkan dia tanpa khabar jangan cakap lah, memang selalu aku buat. Sebab aku tau, senyap macam mana pun aku, dia mesti akan setia dengan aku. Dia mesti akan tunggu aku. Tapi aku silap, rupanya dalam diam aku dah ajar dia untuk hidup tanpa aku. Aku ajar dia macam mana nak survive dan move on kalau aku dah tak ada. And yes, dengan senyap senyap hubungan kami makin lama makin sunyi. Kalau dulu, bila aku tak cari dia dalam seminggu mesti dia yang akan cari aku. Dia akan mesej tanpa henti, call tak kira masa. Tapi sejak haritu, tak ada lagi. Aku senyap. Dia senyap.

Tiba tiba, satu hari tu aku dapat mesej dia kata dia dah sampai kl nak jumpa aku. Mengejut. Terkejut abang, dik. Tak sempat nak buat apa. Habis kantoi segala isi mesej mesej aku dengan perempuan perempuan kelab basikal. Ada yang mesej manja manja minta perhatian, ada mesej luah perasaan sedih gaduh dengan pakwe. Macam macam. Aku tau hati dia luluh sangat sebab sebelum ni dia langsung tak pernah buat aku macamtu. Dia pun tak sangka aku boleh buat dia macamtu sebab dia kata dia percaya aku setia. Ahh sedih beb bila ingat balik pengorbanan dia.

Dia balik Terengganu dengan hati yang sangat kecewa. Masa tu dia dah habis belajar tapi dia memang asal Terangganu. Aku pujuk dia. Aku explain everything. Aku janji aku tak akan curang lagi. Dan macam biasa, dia baik sangat, dia maafkan aku. Hubungan kitorang elok balik. Tapi tak lama. Aku buat hal lagi, busy dan abaikan dia berminggu minggu. Bila dia tanya pasal plan merisik tu, aku tengking dia. Bila dia cerita pasal plan nak kawin, aku herdik dia. Sampai satu tahap, aku stress sangat aku maki dia. Hubungan makin hambar. Aku buat taktau je. Sebab aku tau mesti dia akan cari aku lagi. Dia sayang gila babeng kut dekat aku, tak kan dia nak tinggalkan aku. Mustahil. Setakat kena marah kena tengking, sebelum ni pun dia pernah kena dengan aku tapi last last dia cari lagi aku. Hahahah yakin betul aku masa tu. Tapi sangkaan aku meleset. Kali ni, aku pula terkena. Aku dapat mesej, dia minta maaf dan minta aku halalkan degala masa, tenaga dan duit aku yang aku dah spend dekat dia. Dia nak tunang dah. Peh !! Luluh hati abang dikkkk. Tapi sedih sedih pun, aku gigih melepak dengan kawan kawan aku. Aku hilang awek je kud, kawan kawan aku masih ada .

Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa prestasi kerja aku semakin teruk. Gaji kena potong. Life aku jadi haru biru. Aku hilang semangat. Bila aku muhasabah diri untuk cari dekat mana silap aku, baru aku jumpa. Mungkin salah satunya sebab aku hilang doa yang paling ikhlas dari insan yang sangat sayangkan aku. Kalau dulu, aku tertekan dengan kerja, dia la tempat aku mengadu selepas aku mengadu pada Pencipta dan keluarga. Dia la tempat aku nak luah segala penat lelah aku bila seharian mengadap masalah. Sekarang dah tak ada. Menyesal sungguh la aku boleh terlepas insan istimewa macam tu. Kalau la sailang tunang orang tu tak berdosa, dah lama aku ambil balik awek aku tu. Dia wanita paling istimewa. Paling tabah dan ikhlas terima aku seadanya. Ada kawan pun tak sama dengan ada dia. Kawan tu bila senang, ada la dorang. Kalau susah, lesap entah ke mana. Kalau dia, sentiasa ada je dengan aku. Abang menyesal betul dikkkkk lepaskan dia. Rasa macam nak menangis tapi segan la abang dik nak nangis. Huhu. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, memang aku jaga sungguh sungguh dia dulu. Aku sanggup berhenti dari join kelab kelab bodoh tu simpan duit untuk kitorang. Tapi apakan daya, benda dah jadi.

So kepada korang dekat luar sana, hargailah orang yang selalu ada masa susah senang dengan kita. Walaupun dia awek, kau berharap dan pasanglah niat untuk berkawin, untuk mengikut sunah Rasulullah, in shaa Allah rezeki Allah takkan putus untuk kau. Kau tengok la, aku yang baru kenal dan plan nak kawin pun Allah dah bagi rezeki tak disangka. Bayangkan kalau kau memang serius nak kawin ?? Pehh !! Mesti lagi luas rezeki Allah untuk kau. Ingat, jangan sekali kau ajar pasangan kau tu hidup tanpa kau. Sekali kau ‘ajar’ dia, bila dia dah terbiasa tiada kau, kau nak meninggal pun dia tak kisah dah. Dia dah boleh hidup tak ada kau.

Kepada tunang awek aku tu, sama sama. Aku tau mesti kau nak berterima kasih dan perli aku sebab aku dah jagakan jodoh kau kan ?? Tapi sorry bro, aku persiakan awek kau dulu. Aku dah hancurkan hati dia. Aku harap kau dapat jaga dia lagi baik dari aku jaga dia. Dia perempuan yang baik. Sepanjang aku kenal dia, boleh aku kata dia serba serbi elok. Tapi tu la, aku je bodoh, buta. Huhu

Okay la. Itu je luahan dan pembelajaran dari abang untuk adik kakak kalini. Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidup aku. Semoga kalian semua dapat pengajaran dan ikhtibar. Abang nak dengar lagu Aiman Tino sambil melayan perasaan pulak. Assalamualaikum

– Syah

– Syah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit