Salam semua. Post ni bukan luahan, tapi aku nak dapatkan pendapat dan cadangan warganet pasal penjagaan ahli keluarga warga emas OKU.
Kisahnya, A seorang OKU sejak kecik dan warga emas. Selama ni okay je dia. Minimal care lah. Tapi recently tahap kesihatan dia makin teruk. Makin tua kan… Jadinya perlu penjagaan yang sangat kerap, appointment ulang alik.
Sebelum ni gilir2 penjagaan A ni. Adik beradik ambik turn jagalah.
Tapi sejak jadi teruk terpaksa tempatkan dia dekat rumah si B. Sebab dekat dengan hospital yang ada specialist specific untuk kes dia. Dan dia ada masa sebab dia self-employed. Yang lain2 semua luar kawasan.
Ulang alik sangat tak possible sebab yang hospital di ibu kota (4-5 jam perjalanan).
Also, A ni unstable sekarang dan tak kenal orang dah. Kadang kadang dia self harm, kadang2 dia main pampers dia.. macam tu lah.. korang imagine sendiri.
Masalah sekarang adalah role penjaga ni dah terlalu lama untuk B. Almost setahun. Sampai ahli keluarga B dah terlalu stress. Sampai diorang sakit, gaduh, nangis…. Tak ada freedom dah.
Aku tengok keadaan A pun aku dah sedih sebab terjaga tapi macam tak terjaga. Aku faham sangat penat diorang.
Tapi sekarang ni, hubungan sama sama keluarga dah berantakan semua yang B kata C, D, E tak nak tolong, tak hulur duit, atau hulur duit tak cukup dan seangkatan dengan tu lah. Gaduh sama sama diorang.
Aku sebagai part of extended family rasa nak bantu ringankan beban. Tapi tak make sense langsung aku tetiba nak masuk campur.
Jadi aku nak tanya ada tak rumah jagaan atau service carer warga emas with disability ni dekat Malaysia? Aku nak study untuk suggest possible solution untuk diorang guna pakai so that win-win semuanya.
A boleh dapat optimum care. B,C,D,E boleh jalani hidup macam biasa balik. Tak ada gaduh2. Boleh take turn jaga macam dulu. Semua mentally dan emotionally terjaga.
Bukan niat nak tinggalkan A dekat rumah orang tua atau apa. Tapi nak cari jalan untuk mudahkan urusan keluarga diorang ni.
Rasa macam isu penjagaan orang tua ni masih taboo sebab semua assume kalau hantar rumah orang tua ni sebab kena buang. Bukan.
Kita nak constant care untuk ahli keluarga yang sakit tapi tak boleh masuk hospital dan tanpa jeopardize hal lain macam kerja/ keluarga/ pasangan dsb.
Tolong bagi cadangan pusat jagaan, service carer, kos, pro and cons.
Thank you..
– Kopi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ada je rumah jagaan org tua, cuba google kat mne yg terdekat dgn tempat cik.. (yg oku kna tnya la), tp mngkin bole juga, sbb org2 tua ni pon mcm org krg upaya juga, yg penting org itu ada yg menjaganya.. tp klaw rumah penjagaan yg swasta tu, mhal ckit la kot.. adk beradik atau ank2 kenalah “chip in” sorang sikit utk kos penjagaan tersebut.., yela bkn sng nk jaga org tua yg sakit, oku pulak, kan..? Lg stu alternatif, cari n upah org utk jaga.. klaw ada maid indon or filipino yg khas utk jaga org tua shj, jgn nt sruh buat kerja2 lain, dia fokus utk jaga shj, xperlu memasak, mengemas dsb, klaw x dia plak yg ‘burn-out’ nt.. itu pon nk kna lalu mcm2 prosedur jugak.. ada juga nurse2 yg bertauliah n ambil upah jga org2 tua ni, kdg2 kna byr ikut jam.. tp ada jugak yg just bgi mkn n ubat kpd pesakit, tukar lampin n bersihkan pesakit tu t/jwb ahli kluarga or penjaga nya, sama mcm hospital, mknan pon kluarga yg sediakn, dia hanya pantau rawatan n perubatan org tu je.. dunia skrg ni semua perlukan kos.. klau nk jimat, ank2 bergilir lah jaga, tp msg2 sibuk kerja plak.. klau lah mrk tahu betapa besar n mulianya ganjaran kepada ank2 yg menjaga ibubapa dgn baik, mngkin semuanya akn berebut2 utk menjaga, walau pon susah.. wallahu a’lam
Keluarga boleh.rujuk dengan JKM untuk dapatkan senarai pusat jagaan oku yang berdaftar dengan JKM..atau mengambil caregiver yang boleh datang ke rumah..JKM juga ada menyediakan perkhidmatan jagaan untuk OKU