Jaga Mulut Dalam Beripar-Duai

Assalamualaikum semua. Saya Johana, 30 an, ibu pada dua orang anak. Saya terpanggil nak tulis cerita yang berlaku dalam keluarga saya. Moga jadi iktibar. Suami saya, seorang Jurutera, ada 5 beradik perempuan yang belum berkahwin dan seorang abang dan kakak ipar.

Umur adik adik suami saya lebih kurang saya. Kakak ipar isteri kepada abang ipar saya umur 40 an dan suri rumah. Tapi dia sebenarnya berpendidikan tinggi dan online seller. Awal perkahwinan saya tidak nampak apa sebenarnya berlaku, apabila saya perhatikan riak air muka kakak ipar saya dan abang ipar seakan akan tidak suka bertembung dengan ipar duai perempuan. Mulanya saya anggap keduanya sombong dan ada kelas sendiri. Nak pula kakak ipar saya ini jarang hendak duduk berhimpun dalam keluarga. Kalau ada pun sekejap waktu raya kemudian sehari dua dia akan balik.

Lama ke lamaan baru saya dapat tahu yang kakak ipar saya ini ada makan hati dengan mulut mulut ipar duai perempuan kami dah lama. Perkara jadi sama pada saya waktu saya bersalin dan tidak berkerja kerana tumpuan pada anak. Bukan main galak ipar duai perempuan tunjuk lagak. Rupanya kakak ipar saya telah melalui apa yang saya rasa terlebih dahulu. Ikut pada kata suami saya, kakak ipar saya seorang yang bertanggungjawap dan tidak lokek memberi duit. Mungkin sebab tak tahan mulut adik beradik perempuan suami akhirnya kakak ipar saya buat macam dunia dia sendiri.

Sejak akhir akhir ini, saya nampak kakak ipar saya lebih mendiam. Dalam whatsapp family pun dia silent jer dah bertahun rasanya. Saya dapat tahu dari suami, kakak ipar dah lama balik rumah mertua kami dan anak anak nya juga tak dibenarkan berhubung dengan keluarga mertua saya. Mak mertua saya pula, sejak akhir akhir ini seolah olah makan rasa, banyak bersedih. Rupanya mak mertua saya rasa sedih teramat sebab dah lama dia tak dapat jumpa anak anak kakak ipar saya. Abang ipar saya pula jenis lembut. Tak memaksa.

Mungkin masing masing ada alasan tersendiri ambil mana yang lebih mudarat. Tapi abang ipar saya masih bertanggungjawap pada mertua saya dan menanggung keperluannya. Suatu hari saya sempat bersembang dengan kakak ipar saya di rumahnya. Terkeluar dari mulutnya lama juga dia terfikir nak buka cerita bila saya menanya kenapa kakak macam tak mesra dengan ipar duai.

‘Mana tahan Hana, kita bagi apa pun tak pernah dia orang berterima kasih. Nampak buruk kita jer’. Mak pula, mana boleh dicuit tegur perangai anak anak perempuan dia. Alamak masamlah muka pada kita menantu’. Jadi baik kita diam jer lah. Apa apa pun kita nih orang luar. Itu anak anak diam Cakap banyak kan. Kesianlah pula abang kau. Malas akak”

Betul juga. Rupanya kakak ipar diam sebab dia tak nak keruhkan keadaan keluarga mertua dengan suaminya. Tapi serius saya cukup kesian pada dia. Makan hati sungguh. Emm.. mertua saya jenis pantang kalau ada orang sentuh bab anak anak dia. Betul ke salah. Jangan sekali. Jadi benda gini makin susah bagi saya dan kakak ipar orang luar nak bercakap apa apa walaupun sebagai stand ahli keluarga.

Saya sebagai orang luar faham apa kakak ipar saya rasa. Dan saya juga rasa cukup kesian pada mak mertua saya yang keadaan sedih. Mak mertua saya macam biasa tak kan tegur salah anak anak dia jadi dia hanya diam makan hati. Kedua duanya jadi mangsa akibat anak anak perempuan andartu yang tidak ada sensitiviti kehidupan orang dah berkahwin. Sebenarnya hal ini kalau semua panjang akal boleh fikir yang mak kita nak anak menantu berbaik. Tapi yang jadi punca binasa hubungan pula kita adik beradik perempuan.

Dalam keluarga saya amat menjaga perkara ini. Ibubapa saya jenis tidak akan bela anak depan menantu kerana dia tak nak menantu terasa seolah olah anak anak di protect. Dah besar panjang pandai pandailah harungi rumah tangga. Itulah biasa mak ayah saya pesan. Dia takkan campur urusan anak beranak dah kahwin. Manakala anak anak perempuan dalam keluarga kami diberi amaran dan dikunci mulut jangan ulas atau tunjuk apa apa reaksi jika tak berkenan dengan ipar duai. Kami sangat berhati hati kerana tahu mangsanya ibu sendiri, si nenek yang akan sentiasa rindu pada cucu. Jadi kita janganlah selfish tak pikir perasaan orang tua semata ikut kepala otak kita jer yang masih muda.

Apa yang saya nak sebut disini, pengajaran kita jika ada ipar duai kalau kena pula dalam kalangan adik beradik kita yang geng jangan simply buat orang luar(ipar) macam tersisih. Tahulah kita sama keluarga kita, tapi orang dari keluarga lain. Tentu budaya keluarga mereka tak sama. Cuba bayangkan kalau adik/abang kita yang berkahwin masuk family orang dapat cara macam kita buat. Tentu kita marah. Samalah ipar orang lain pun, ada mak ayah family dia orang pun akan marah kalau orang treat ahli keluarga lebih kurang.

Benda macam ni tak patut wujud dalam satu keluarga. Berkahwin ni macam bertambah keluarga. Bukannya istilah ‘keluarga keluarga kita jer’. Mata belajarlah jangan suka melihat keburukan orang kerana kita sendiri pun banyak mata mata boleh menilai kelemahan kita. Nak tak nak jer orang bercakap.

– Kamariah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *