Jaga Nama Baik Islam

Assalamualaikum, korang boleh panggil aku acik. Aku masih student dalam umur 20an dan tengah menunggu nak masuk degree untuk september ini. Baru-baru ini aku berjumpa dengan kawan lamaku yang berbangsa cina . Kami memang kenal dari kecil dan akan berjumpa setahun sekali. Sudah menjadi adat biasa setahun sekali kami berjumpa itu.

Setiap kali kami berjumpa, pasti akan timbul isu agama yang dia akan bincangkan bersamaku. Dan isu yang selalu ditimbulkan adalah isu arak dan kahwin campur antara islam dan bukan islam. Kalau korang la di tempat aku time tu, aku taktau nak cakap macam mana sbb aku bukan warak sangat dan cuba sedaya upaya jaga imej islam di hadapan non-muslim. Aku pernah menggunakan fakta di dalam Quran untuk jelaskan pada dia . Bab arak kami bincangkan haritu, walaupun aku sudah menggunakan fakta, dia jawab , You know for a muslim who are forbidden to drink alcohol, but why I see a lot of malays in the pub dancing and drink all kind of alcohol? Aku tersentak. Aku sendiri tak pernah masuk dalam tu macam mana aku nak tahu? Ya aku faham bab tu terpulang masing2 untuk menjaga keimanan terhadap Allah. Tapi aku tersentak manusia sekarang tidak malu untuk menayangkan dosa-dosa mereka di khalayak ramai. Aku pun ragu-ragu juga adakah orang yang dia nampak tu really are a muslim . Mungkin ada mat indon beragama kristian . Aku sangkal banyak kali pendapat aku sendiri. Tapi aku sedar dalam pub yang tengah bergembira loncat2 minum arak tu ada yang beragama Islam. Aku sendiri takleh nak sedapkan hati sendiri sbb kawan sekolah dia yg muslim sendiri pun ajak dia pergi minum.

Plus, kawan-kawan lelaki yang banyak aku kenali kini pun banyak pergi ke tempat2 macam ni lepas aku tengok insta story la gambar kat wechat la. Aku bukan kaki wechat sebenarnya, akaun wechat aku tu cuma nak tengok apa kawan2 aku buat belakang parents dia. Diorang berani post kat situ, tapi x berani nak post di fb. Sebab fb lebih digemari oleh orang macam aku dan orang2 yang lebih tua.

Ye, kahwin campur. Bagi aku yang kurang ilmu agama ni, kahwin campur memang rumit kepala aku nak fikir. Senang sebenarnya. Cuma aku tidak yakin aku boleh. aku bertanya pada diri sendiri apakah aku mampu untuk membimbing muslim baru jika aku di tempat bf dia (ya, he’s a muslim) . Tapi, Islam atas paper sahaja . Arak semua aku pernah nampak dia sentuh. My friend tanya, Can I not convert into Islam if I married a muslim? Aku tersentak sekali lagi but I try to cool off . Yang ni memang terang lagi bersuluh memang Islam tidak membenarkan. But dia still insist dia taknak masuk Islam which means dia jatuh hati for that guy but never for his religion. Aku try joke dgn dia bab kahwin2 ni sbb taknak nampak aku kesedihan kat situ dgn muslim yang dia nampak dgn mata dia.

Aku pun pernah tanya dia juga tapi tak pernah berkenaan dgn agama. My question was kenapa cina don’t married early? Jawapan yang dia bagi memang membuka mataku perbezaan mentaliti melayu dan cina. Dia kata we collect money first maa.. College time, my parents have spent a lot for me and my sibling to pursue further study. When u got married, it’s like you make a really big promises to the person u marry. So all the commitments goes to the partner and child that u will have. The money we make during single time and the money we earn now after married will mostly go to our children. Diorang dah siap-siap buat tabung masa depan dari zaman muda lagi. Mungkin ini yang parents aku nampak dari mentaliti orang cina. Patutla bila zaman aku nak belajar dulu and now , duit tak pernah jadi masalah bagi parents aku. Aku dan adik2 tak pernah menghadapi masalah kewangan bab2 yuran sekolah dan kolej. Apa yang elok kita pelajari, yang tak baik jangan diikuti.

Bagi muslim yang membaca confessionku ini, tolonglah jaga nama baik Islam. Aku harap mesej ini sampai kepada muslim yang menyentuh arak di luar sana. I love my friend, but I love Islam more. Disebabkan gaya hidup kita yang salahla jadi rujukan non muslim about Islam . Please , aku merayu sangat2 .

– Acik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit