Jaga Segala Komen Kita Di Media Sosial

Hi semua. Nama saya Sha dan saya cuma silent reader di iium confessions ini. Berumur 29 tahun dan tinggal di utara tanah air. Baru 3 bulan follow dan saya suka baca post2 di sini yang sedikit sebanyak mengajar saya mengenai liku liku kehidupan yang kita tempuhi setiap hari. Setiap malam bila main fb, memang saya akan buka page ni- saya baca post yg banyak like dan juga post yang “eh macam sama lah dengan masalah aku”… Dan biasalah, habis membaca saya baca pula komen2 pembaca.

Bahagian paling best pastinya bila ada pembaca yang akan memberi nasihat dan kata2 semangat untuk setiap masalah yang adu di page ini. Cuma kali ni saya agak tersentak bila membaca post berkaitan ‘ibu ayah melahirkan tuan’ yang tiba2 saja banyak di page ini…

Dua post berturut- turut iaitu,

‘Kakak Cinderella’ (https://iiumc.com/kakak-cinderella/),  dan

‘Anak perempuan yang terbuang’ (https://iiumc.com/anak-perempuan-yang-terbuang/),

yang mana kedua dua confessors bercerita bagaimana anak perempuan itu adalah hamba manakala anak lelaki itu ditatang bagai raja. Untuk post ini, agak jelas di mana kedua ibu bapa yang mencorakkan hal ini sehingga terjadi. Ibu dan ayah sudah tersalah mendidik anak (maaf kalau agak kasar bunyinya). Walhal anak perempuan itu perlu dilindungi. Tanggungjawab ke atas ibu ayah adalah kepada anak lelaki. Tetapi mengapa bak kata seorang pembaca ‘zaman sekarang ramai anak perempuan yg kena survive untuk mak ayah..’

Eh saya bukan nak kupas isu itu, cuma saya agak terganggu dengan beberapa komen dari pembaca yang turut sama bersedih- “we are in the same shoes”… ada komen seperti “sabarlah confessor, saya pun dilayan seperti hamba juga dalam keluarga”…. “ Same goes to my family… lelaki bagi aku menyusahkan… dari bapak sampai le ke adik lelaki aku”… “in my family too, parent langsung tak support kami perempuan, abang adik lelaki dorang ok pulak.”…

MasyaAllah. Astagfirullah…… Dengan mengggunakan Facebook sendiri dengan nama dan photo sendiri, mana mungkin kita gamak ‘meluahkan’ ayat2 seperti itu… akan ada orang yang mengenali kita dan keluarga kita akan membaca komen kita itu, pasti mereka akan berfikir tidak elok pasal kita atau keluarga kita. Apatah lagi apabila perkataan ‘keluarga’ turut sama dijaja. Buruk sangatkah keluarga kita sampai kita tak malu komen sebegitu. Mungkin ibu ayah kita ‘busuk perangai’, tapi janganlah sesekali kita canang keburukan mereka di media sosial sebegini.

Keluarga saya sendiri ada masalah kami sendiri. Orang lain ada yang tahu, ada yang tidak tahu… tapi cukuplah setakat itu.. Saya nak habaq yang nobody perfect. Bagi yang Islam, berdoalah kepada Allah. Dia Maha Mengetahui. Memang lelah bagi yang mengalami. Terkadang terbit rasa “kenapa aku ya Allah?…astagfirullah.

Sebagai Islam kita diajar mengadulah kepada Allah akan setiap masalah yang dihadapi. Tapi sebagai insan yang lemah, kadang2 mengadu di page2 seperti ini banyak membantu. Menaip masalah itu seolah kita sedang mengadu masalah kita kepada rakan. “Aku ada masalah nak habaq kat hang nih, jangan habaq kat orang noh”… itulah hangpa pembaca IIUM confession sekalian. Cukup penulisan kita di post. Ada orang komen kata2 semangat pulak, lagilah kita rasa we are not alone. Dan2 lagu Kelly Clarkson -What doesn’t kill you makes you stronger bergegar di setiap cell dalam tubuh kecuali cell lemak yang semakin menggemuk… ehhh.

Tapi bila hangpa pakat komen, “all men are trash, mine also same”…..”abang aku pun sama wei, bukan boleh pakai”…. gitu semua pakat dok tambah perencah.. kita semua tak dapat apa2… Confessor yang dok baca komen, lahai berendam ayaq mata. Hangpa ingat dia lagi feeling better ka hangpa dok tulis yang hangpa pun ada masalah sama? Dak wei, dalam fikiran dia, dia dok ingat lagu ni ja….“ramai ja orang sama macam aku, awat la kami ni malang sangat. Dunia nih memang lagu ni kot”. …Ya, inilah dunia yang kita hadapi sekarang, tapi biarlah kita manusia terakhir yang terpaksa hadapi. Cukup kita, jangan orang lain pun kena sama. Kita kena bangkit…. banyakkan beri kata2 nasihat, semangat… Nasihat dan semangat tu tak akan menyelesaikan masalah, tapi it makes our minds feel better.

Saya cakap sebab bila saya ngadu masalah kat orang, saya cukup meluat bila depa reply.. “sama la wei, awatla kita jadi lagu ni”… dia punya rasa (feeling omputih sebut) tuh… wei hang dengaq masalah aku dah la, hang toksah la sebok nak berkolaborasi buat rancangan Bersamamu dakpun Dilema Wanita dengan aku…

Sorry kalau saya melalut. Saya nak habaq dua point ja:

1. Allah dah tutup aib kita, awat kita sendiri pi jaja kat orang?

2. Bila orang ada masalah, hang bagi kata2 semangat dah lah, bukan hang pun pi tambah masalah lagi. Maka akhirnya kita semua pun berhuhuhulah sampai ke sudah.

Maaf andai ada yang terasa…..

– Sha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *