Jaga Solat

Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi tentang usaha memperbaiki solat. Semakin lama kita semua semakin berusia kan. Kalau ikut umur Nabi, 63.

Cuba kalian kira, 63 tolak umur kalian. Itulah kemungkinan umur yang direzekikan untuk kalian, yang kita semua sepatutnya beringat. Sebagai peringatan tambahan, ajal kita tak tahu bila. Mungkin esok, lusa, 90 tahun lagi, atau seminit dua lagi.

Jadi, dengan saki baki umur yang ada, rasa seram pula kan mengenangkan dosa-dosa tinggalkan solat, lalai ketika bersolat. Sempat ke ye nak ganti solat. Kalau tua-tua nanti larat ke tak nak jaga solat dengan sempurna.

Nak ajar diri istiqamah dalam solat lagi.

Lagi pulak kalau kita perempuan, tak cukup ilmu fardhu ain nak kira bila waktu ganti solat dalam keadaan-keadaan hadas besar dan darurat. Contohnya, ketika haid dan hampir bersalin.

Mungkin untuk yang membesar dalam keluarga penuh dengan nilai Islam, takde masalah. Kita yang biasa-biasa ni, Allahu berat juga nak practice punctual solat dan ganti solat ni. Ilmu pun sikit. Huhu.

Selain itu juga, fikirkan orang yang kerja kat site, berniaga buka gerai, bahagian kesihatan, kalau tak kuat jiwa raga tu mahu saja tinggalkan solat. Huhu.

Mohon sesiapa yang bekerja dalam bidang-bidang berkenaan boleh la juga share kan bagaimana kalian menjaga solat dengan tanggungjawab kalian.

Sejujurnya, orang biasa-biasa macam saya ni, kadang berjalan ke mall pun kadang malas nak cari surau untuk solat. Terasa leceh.

Tapi saya jadi tersentak bila Tuhan bagi saya rezeki untuk ke luar negara. Time tu rasa nikmat solat terlalu mahal sangat. Alhamdulillah negara yang saya pergi tu sediakan surau juga.

Tapi tiada tempat wuduk, open space tanpa aurat boundaries lelaki dan perempuan, dan boleh pula dengan semeriah-meriah speaker dengan lagu I Like to Move It Move It dipasang. Time tu, saya fikir panjang sangat walaupun enjoy berjalan di luar negara.

Apa aku buat ni ya Allah, jalan-jalan sekejap kat mall pun berkira nak spend time solat, malas cari surau, malas cuci mekap. Kat sini Kau terus tarik nikmat solat yang tenang. Bersyukurlah kita dengan nikmat di Malaysia.

Saya juga pernah menonton sedikit sedutan ceramah Ustaz Hanafiah, yang pada ketika itu, dia menangis sebab dia tak dapat sujud, dia rasa nikmat dia telah ditarik.

Saya pun terfikir, oh so aku dapat sujud ni sebab rezeki Allah. Tak semua orang dapat sujud. Sihat lagi, kurus lagi. Saya jadi macam, oh kufur nikmat ni malas nak solat, struggle nak solat, solat laju-laju. Hewhew.

Sekarang ni, sejujurnya, nikmat mudah solat pun makin ditarik di Malaysia disebabkan Covid-19. Saya tak nak sembang pembukaan masjid sebab saya sejujurnya bukan dalam golongan itu. Saya kenal masjid ketika solat sunat hari raya saja.

Tapi untuk jaga solat 5 waktu yang tunggang terbalik ni, haruslah saya belajar surau hunting dekat R&R dan stesen pam minyak. Surau pun ada yang bukak dan tutup kan sekarang.

Tak macam zaman sebelum Cov1d. Itu yang saya kata nikmat ditarik. Dulu-dulu pun malas. Pinjam saja telekung surau. Takde maknanya saya nak bawa telekung ke hulur ke hilir. So bila musim Covid ni, terpaksa bawa telekung sendiri.

Dalam beg telekung tu, saya letak telekung travel, sejadah nipis, mekap, pantyliner (untuk jaga bahagian kebersihan alat sulit dan underwear untuk solat, tukar setiap kali nak solat), extra underwear saya rasa macam beratnya. Dengan handbag lagi.

Btw, beg telekung yang besar tu saya letak saja dalam kereta. Standby. Time tulah saya terfikir, oh patut la Allah suruh tutup aurat sepenuhnya. Mudah untuk solat.

Tapi sejujurnya saya out lagi bab jaga aurat dengan sempurna ni. Slow2. So sekarang dalam handbag saya sediakan clean handsocks, socks, underwear and pantyliners. So ringan la sikit.

Patutlah Mizz Nina dah tak mekap, tapi saya belum cukup kuat lagi nak tinggalkan mekap. Lagi best pakai telekung sebenarnya. Tapi kalau rasa berat nak bawa ke hulur ke hilir, tak muat handbag, at least kit tutup aurat ada, daripada tinggal terus kan.

Kadang, kita dah excited nak solat, tempat solat pulak tutup. Yelah musim Cov1d. Masa pula mengejar. Kita kerja atau banyak urusan, busy busy, solat pun dah hujung-hujung. Even worst time balik kerja, on the road pastu terkejar surau, surau tutup. Mesti rasa give up nak jaga solat.

Last-last solat ditinggalkan begitu sahaja. Jangan risau, Islam tu kan mudah. Saya pun belum la level berani main bentang sejadah tepi jalan orang tengok saya solat. Takut niat jadi terrr-riak pulak, sebab tu bukan budaya kita. Kalau negara Arab tu biasa.

Kalau dah keadaan mendesak sangat, boleh saja buat solat hormat waktu. Kata dalam jam teruk, takde tempat nak berhenti solat, tak sempat nak kejar surau seterusnya, buat saja solat hormat waktu time drive tu. Kalian boleh search kat Youtube macam mana nak buat.

Solat hormat waktu ni dibuat bila kita takde wuduk, tak tutup aurat dengan sempurna, takde tempat proper nak solat. Cuma balik rumah, still kena ganti. Ibaratnya macam, kita nak bagitahu Allah, bukan kita saje nak tinggalkan solat, tapi takde peluang, kita masih ingat Dia.

Paling best, kalau kita tutup aurat dengan sempurna, ada spray water bottle dalam kenderaan, boleh terus berwuduk dan niat solat dalam kenderaan terus. Saya rasa lelaki pun patut rajin-rajin bawa sejadah dengan water spray ni.

Ditegaskan balik, seeloknya carilah tempat berhenti. Tapi kalau kekangan masa, kekangan tempat berhenti, these are the intervention to be really mindful about our solat.

Untuk ganti solat dulu-dulu, banyak juga tau. Saya dah kira-kira dah plus minus berapa tahun saya solat main-main, tinggal solat lagi.

Until now, saya masih struggle. Saya fikir, silap hari bulan, weekend kena ada kat tikar sejadah saja sebab ganti solat. Hewhew. Betul lah, dunia ini tempat berpenat lelah.

Itu belum sembang saya telan air paip time puasa zaman remaja. Lambat mandi wajib lepas period. Ganti puasa pulak. Haha. Aduh rasa banyak hutang dengan Allah.

Macam mana lah orang kerja site, atau tempat panas-panas, semua tu time bulan puasa. Lah masuk bab puasa pulak.

Itu saja sedikit sebanyak perkongsian saya untuk cerita jaga solat. Kita semua belajar sikit-sikit la ye. Kalau ada yang boleh share cara kalian jaga solat dalam hidup seharian yang busy, ketika berekreasi hiking gunung, time marathon, anak kacau time solat, ok juga.

Banyak sebenarnya situasi yang kita boleh bincang dalam urusan jaga solat ni. Istiqamah tu berat, saya pun terbabas banyak lagi.

Saya rasa jiwa liar saya betul-betul struggle untuk buat benda simple yang Allah suruh. Kadang dah jaga solat, solat level takde jiwa mencintai solat pulak. Asal buat. Haih.

Btw, saya search saja cara ambil wuduk guna spray, cara solat dalam kenderaan. Harap Allah bagi ilmu yang benar. Saya bukan ustaz ustazah, kalau salah, tolong betulkan ye.

Untuk ibu-ibu mengandung, orang sakit, kalian juga boleh search artikel solat ketika hendak bersalin, solat orang sakit. Semoga Allah terima amalan kita yang tak seberapa ni dan permudahkan niat urusan kita untuk beribadah.

– Suri Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *