Jaga Waktu Tidur Anak

Assalamualaikum pembaca IIUM Confessions. Nama aku Ecah. Aku rasa perlu untuk aku tegur sedikit mengenai jadual waktu tidur kanak-kanak di Malaysia.

Banyak rungutan yang aku dengar daripada ibu bapa moden tentang anak-anak mereka yang tidak cukup tidur.

Aku bukanlah doktor atau pakar kanak-kanak. Apa yang hendak aku sampaikan ini hanyalah sedikit tips untuk kita sebagai ibu bapa bersama-sama mencari solusi untuk masalah anak-anak tidak cukup tidur.

Pertama, pastikan pukul 10 malam anak-anak berada di atas katil. Gunakanlah segala kaedah untuk menjayakannya.

Bukannya pukul 10 malam masih lagi merayap satu keluarga tengok air pancut di Pavilion atau KLCC pada hari persekolahan.

Kedua, pastikan waktu makan malam sentiasa on time. Jangan nak ubah waktu makan malam dan kemudiannya terpaksa membenarkan anak-anak mengambil junk food.

Macam manalah anak-anak hendak tidur awal jika disuapnya makanan merapu entah apa-apa. Pukul 9 malam sepatutnya berhenti makan dan fokus ready untuk tidurkan mereka.

Ketiga, elakkan main phone berdekatan anak-anak masa anak-anak tidur.

Tak tahulah habit ibu bapa sekarang. Anak tidur pun sibuk nak merekod video mereka tidur. Boleh nampak dalam video tersebut anak-anak tidak selesa dan terganggu dengan flash camera tersebut masa tidur.

Keempat, jaga anak yang terjaga daripada tidur pada tengah malam supaya tidak kacau anak-anak yang lain.

Kesian aku tengok makpak sibuk rekod upload di instagram adik kacau abang masa tidur kononnya bonding time. Abang itu pula seorang yang susah nak dapatkan deep sleep dan esoknya cranky di sekolah.

Bercakap mengenai anak-anak cranky dan buat perangai di sekolah seperti menggigit dan memukul rakan-rakan, salah satu sebabnya ialah tidak cukup tidur.

Kita yang dewasa pun kalau tidak cukup tidur rasa nak marah orang kalau diganggu apatah lagi kanak-kanak.

Kelima, create routine yang sama setiap hari. Kalau boleh jangan ubah sebarang routine secara mendadak.

Contohnya, melakukan sesuatu perkara yang luar kebiasaan. Anak-anak yang biasanya dikejutkan dengan bapa tetiba dikejutkan oleh ibu pun boleh jadi masalah.

Ambil masa untuk biasakan routine baru tersebut dan jangan paksa dan marah anak-anak. Begitu juga perubahan waktu kejut anak-anak bangun tidur.

Dalam hal kejut dan bangunkan anak-anak daripada tidur, perhatikan juga situasi yang anak-anak selesa untuk bangun.

Kita sebagai ibu bapa patut tahu cara terbaik untuk kejut anak-anak. Tak semua kaedah kejut anak-anak sama.

Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang boleh terima keadaaan lampu terang benderang semasa bangun tidur manakala ada kanak-kanak yang lebih selesa dengan sentuhan lembut dan bisikan lembut di telinga.

Keenam, pastikan persekitaran tempat tidur anak-anak bersih dan selesa. Ajar anak-anak untuk tepuk tilam dan bantal dan sebelum tidur.

Tujuannya untuk hilangkan habuk dan hilangkan segala binatang-binatang kecil yang mungkin menyorok di celah katil.

Kibaskan juga selimut untuk memastikan tiada barang mainan yang disorokkan oleh anak-anak untuk tujuan bermain semasa terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam.

Yang terakhir, jangan biarkan anak-anak tidur dengan gadget. Tak mustahil terbangun tengah malam, anak-anak sambung main game dan layan youtube. Sorokkan segala gadget semasa mereka tidur.

Seperti aku nyatakan di atas, ini hanyalah tips dari aku sebagai ibu dan bukan pakar dalam mana-mana bidang.

Jika ada ada tips di atas yang mungkin tidak betul, feel free bagi komen untuk betulkan. Sama-sama kita belajar demi anak-anak.

– Ecah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *