Jagalah Aib dan Maruah Pelajarmu

Assalamualaikum.Saya Jijah, ibu kepada anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah.

Tujuan saya menulis di sini untuk meluahkan perasaan dan pendapat secara peribadi.

Saya sebagai ibu yang ada anak-anak di sekolah rasa ada satu tanggungjawab untuk menegur cikgu-cikgu yang bergelar influencers secara general. Saya tidak tuju atau point out kepada mana-mana pihak.

Saya perhatikan ada beberapa komen yang kurang menyenangkan apabila cikgu-cikgu memuatnaikkan gambar pelajar-pelajar di sosial media masing-masing.

Komen-komen seperti meminta untuk review pelajar-pelajar perempuan dan minta untuk berkenalan dengan mereka.

Saya minta cikgu-cikgu pantau komen-komen seperti ini di sosial media masing-masing memandangkan pelajar-pelajar perempuan ini masih di bawah umur dan bukan barang dagangan.

Saya faham ada yang di antara kita sendiri menganggap komen seperti itu sebagai bahan lawak dan gurauan.

Sebagai seorang ibu apabila terbaca komen sebegitu, saya lebih memikirkan maruah mereka sebagai seorang perempuan terutamanya apabila terjumpa komen yang reject pelajar tersebut disebabkan muka kusam dan berjerawat, warna kulit dan personaliti pelajar tersebut.

Itu berkenaan di sosial media. Di sekolah pula,saya harap cikgu-cikgu sentiasa jaga batas antara pelajar dan cikgu. Kena sentiasa beringat, pelajar zaman sekarang akil baligh awal.

Cikgu pun seorang ibu,ada masanya terbawa perwatakkan seorang ibu. Marah-marah berleter kemudian peluk pelajar sambil memberi nasihat.

Cara tersebut memang bagus tetapi tak bagusnya bila masuk part batas aurat terutamanya.

Semasa bergambar dan merekod video dengan pelajar, harap ada sedikit jarak. Jangan terlalu dekat dan ada jarak skin to skin.

Tak mahulah timbul isu cikgu cuba cabul atau pegang private part. Sekarang zaman viral, silap pose, boleh undang kecaman.

Masa majlis perpisahan dan graduasi Tahun 6, jika boleh elakkan adegan sesi peluk-memeluk dan bercium antara cikgu dan pelajar berlainan jantina.

Saya faham ada antara pelajar tersebut yang sudah cikgu anggap seperti anak-anak sendiri. Mengajar mereka sejak Tahun 3 lagi, naluri seorang ibu susah untuk melepaskan pelajar-pelajar yang diajar dan diasuh selama 4 tahun.

Hari-hari berjumpa dengan mereka. Tertumpah kasih sayang kepada mereka tetapi diingatkan sekali lagi, masuk Tahun 6, ada diantara mereka sudah menjadi anak bujang, anak dara yang bergelar remaja.

Saya harap cikgu-cikgu faham maksud saya. Jagalah batas pergaulan cikgu-cikgu dengan mereka.

Menyentuh mengenai akil baligh, harapnya parents yang berkemampuan belilah singlet, kain dalam dan seluar dalam dan ajar anak-anak untuk sentiasa memakainya.

Saya tidak mahu memberi saranan yang memaksa dan mewajibkan pemakaian singlet, kain dalam dan seluar dalam di sekolah.

Saya tahu ada yang bergilir pakai seluar dalam sesama siblings disebabkan tidak berkemampuan.

Yang ini saya tidak mahu menyentuh biarlah pihak berkenaan seperti NGO memikirkan cara untuk membantu mereka.

Ini luar bidang tugas cikgu. Jadinya kita sebagai ibu bapa kena ambil tahu mengenai hygiene dan masalah tumbesaran anak-anak.

Kalau dada anak-anak sudah membengkak dan ada benjolan, carilah bra untuk remaja dan ajar mereka pakai walaupun baru berumur 10 tahun. Ajar daripada awal sebelum benjolan timbul.

Ajar mereka juga untuk memakai kain dalam supaya naik sekolah menengah tidak kekok. Ada sesetengah sekolah menengah di Malaysia yang mewajibkan pemakaian kain dalam.

Ini cuma saranan. Tak usah malu bertanyakan tips dan pendapat dengan pakar kanak-kanak dan ustaz ustazah berkenaan dengan tumbesaran anak-anak. Ada banyak kelas dan kem cuti sekolah yang berkaitan dengan akil baligh dan remaja.

Sekarang musim-musim politik, minta tolong cikgu-cikgu kurangkan berpolitik di dalam kawasan sekolah.

Mohon tunjuk ajar daripada cikgu bahasa dan ustaz ustazah untuk terangkan maksud “KAFIR” secara jelas.

Berikan contoh yang terang dan nyata tanpa perlu mainkan sentimen agama dan perkauman. Faham sajalah budak sekolah punya kefahaman dan lurus bendul macam mana.

Bukan boleh salah cakap nanti diejeknya kaum-kaum lain seperti contoh Mu kafir. Mu tak pakai tudung orang kafir masuk neraka.

Harapnya apabila melibatkan agama dan kaum lain, istilah bahasa dan perkataan yang diajar itu sampai kepada pelajar dengan betulnya.

Mungkin apa yang saya luahkan ini bersifat emosi, jadinya saya harap diperbetulkan yang mana dirasakan penulisan saya salah. Tegurlah saya andai ada kesilapan di mana-mana.

– Jijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *