Assalamualaikum semua. Ini adalah reply saya untuk posting menjadi lesbian bukan pilihan (https://iiumc.com/menjadi-lesbian-bukan-pilihan-aku/).
1. Aib jangan dicerita, jangan dijaja. Allah sudah jaga aib kita.
2. Tengok pada soalan no 3 tu nampak sis masih ingatkan pada Izzah. Niat sis untuk kahwin ni kerana apa? Adakah kerana mahu semata2 lupakan Izzah atau mahu merasa kan diri normal ataupun mahu Mencari keredhaan Allah?
Maaf saya cakap, sangat tidak adil untuk tunang sis sekiranya sis berkahwin untuk lupakan Izzah atau kerana mahu merasa diri sis normal. Bukan sahaja makin membebankan sis tapi juga memainkan perasaan tunang sis.
3. Kita tak boleh kawal dengan sape kita jatuh cinta tapi kita boleh kawal rasa cinta. Sis, saya yakin Izzah sayangkan sis, sebenarnya. Bila dia sedar berapa jauhnya korang tersasar dari redha Allah, dengan rasa sayang tu juga dia nak korang berubah.
Dia sayang dan cintakan sis kerana Allah. Tapi adakah sis juga sayang dan cinta kan dia kerana Allah? Sis patut sedar perkara ini bila dia cakap sis pndang dia dengan nafsu bukan sayang.
Saya bercakap dari pengalaman. Saya lesbian yang sedang berusaha untuk berubah. Jalan cerita sis sama dengan saya. Cuma bezanya saya dari kecik dah ada perasaan ini. Saya membesar dengan merasa kan diri saya tidak normal kerana sukakan perempuan bukan lelaki seperti remaja seusia saya.
Saya jatuh cinta pada kawan baik saya sendiri pada umur 14 tahun dan lepas 2 tahun pendam rasa, saya memiliki dia. 12 tahun kami bersama sampai la tahun lepas saya hadiri majlis perkahwinan dia sebagai bridesmaid without officially breakup pun sebenarnya. Dan lepas tu, kami masing2 mendiamkan diri.
Last dengar pasal dia dah nak menimang anak. Gembira, sedih semua ada sampai tak tau nak rasa mana satu masa menangis. Sakit memang sakit. She was my first love, my first everything. Tapi, saya pun tak mahu hidup dalam keadaan dilaknat Allah dan tidak diakui umat Nabi.
Pesan saya pada gay/lesbian Di luar sana.. Nak berubah jangan cari lelaki/perempuan semata2 nak rasa normal atau lupakan ex. Carilah cinta Allah dulu. Cinta DIA selalu ada, tak perlu ditagih pun walaupun betapa hinanya kita ni Di mata manusia lain.
Jangan penat untuk berubah kerana ingatlah malaikat pun tak pernah penat untuk menyeksa kita di alam sana atas dosa2 kita.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit