Untuk part I, (https://iiumc.com/jagalah-batasan/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih IIUM Confession kerana menyiarkan cerita saya sebelum ini.
Terima kasih atas titipan nasihat, kata-kata semangat yang dikongsikan. Sebak dan sayu saya membaca setiap bait yang dititipkan semua. Terima kasih sekali lagi.
Izinkan saya untuk menjawab beberapa persoalan yang diajukan dalam bahagian komen.
1. Ya, saya penjawat awam yang stabil. Alhamdullilah. Sah jawatan sebelum kahwin lagi.
2. Ya, saya pernah meninggalkan seseorang yang pernah bersama dengan saya kerana saya merasakan bahawa dia tak pernah berkeinginan untuk menghalalkan saya.
3 tahun saya bersama dia sebelum kahwin dengan suami. Mungkin ini sebahagian balasan untuk saya.
3. Tanggungjawab suami. Alhamdullilah dia tak culas dengan saya dan anak-anak. Makan, pakai semua cukup. Cuma perangai yang suka tengok benda bukan-bukan tu je masalah suami saya.
4. Reaksi suami pasal fasakh. Pastinya dia terkejut. Tak sangka isteri dia setegar itu untuk failkan penceraian.
5. Adakah saya teruskan dengan fasakh? Jawapannya belum sempurna lagi prosesnya.
Mohon tuan puan faham yang proses fasakh tidak semudah ABC. Saya hanya consult dengan kawan saya dahulu untuk mengetahui prosedur dan dokumentasi.
Saya perlu melengkapkan dua perkara menurut beliau. Pertama, penilaian psikologi saya jika perkara ini mengganggu saya. Jawapannya ya mengganggu dan masih tergantung sebab PKPB. Kaunselor tiada untuk masa sekarang.
Kedua, bukti -bukti menunjukkan kecurangan/salah laku suami. Semua saya simpan rapi untuk pembuktian kelak. *kalau jumpa benda yang mencurigakan, mohon ambil gambar dan simpan. Bukti tu sis.
6. Saya suka dengan komen Puan Norlaila Mohd Din. Memang fasakh hak isteri tapi sebelum laksanakan fasakh mungkin kita boleh memperhalusi beberapa perkara macam yang disarankan oleh beliau.
Lakukan aktiviti bersama, cuba ubah kecenderungan suami yang mana tak mudah pastinya. Alhamdullilah, sejak isu fasakh sampai ke pengetahuan suami, dia ada usaha untuk berubah.
Dia lebih telus dengan saya. Kadang-kadang curi tengok juga telefon dia ya. Hehe.
Susah nak ubah manusia dalam sekelip mata tapi perubahan tu ada. Dia lebih cakna tentang perasaan saya berbanding dulu. Dia lebih caring tentang anak-anak. Alhamdullilah.
Tapi tidak bermaksud saya mudah unruk melupakan apa yang terjadi. Dokumentasi fasakh akan saya lakukan juga. Kalau hal yang sama masih terjadi, maka button forward akan saya talakan untuk meneruskan tuntutan fasakh.
7. Mohon tuan/ puan perhalusi semula tajuk perkongsian saya iaitu Jagalah Batas. Bukan isu penceraian yang ingin saya ketengahkan tapi isu batasan pergaulan yang semakin dipinggirkan. Itu isu utamanya.
Macam saya cakap a simple hi can go beyond the limit kalau anda tidak mengawalnya.
Buat yang bujang di luar sana, inilah cabaran anda bila bekerja nanti. Buat yang berkahwin, inilah ujian kita apabila bekerja bersama anak-anak muda yang baharu.
8. Saya setuju setuju bahawa hidup ini pilihan. Saya memilih untuk memerhati terlebih dahulu sepanjang tempoh PKPB dahulu.
Sewaktu fasa saya patah hati, sempat saya berjumpa dengan seorang sahabat saya. Saya ceritakan masalah saya bersama solusi saya iaitu fasakh.
Dia tidak mengiyakan dan menidakkan hak saya. Cuma beberapa perkara yang beliau kongsikan untuk saya perhalusi semua.
Pertama kalau bercerai, siapa yang akan memberi figura kebapaan kepada anak-anak?
Kedua, pandang mata anak dan lihat betapa terkesannya mereka akan hal yang terjadi pada ibu bapa mereka.
Ketiga, perhalusi semula cara kita bersama pasangan. Bagaimana tempat tidurnya, makan dan pakainya. Mungkin ada sesuatu yang kita perlu perbaiki dalam ketiga-tiga hal tersebut.
9. Saya mengganggap ini teguran Allah untuk saya. Mungkin saya alpa kerana sibuk bekerja dan membesarkan anak-anak. Saya lupa pada Tuhan saya. Saya lupa untuk berdoa agar dipimpin hati suami saya ke jalan yang benar. Saya lupa.
Inilah dugaan fasa 30 ke 40 tahun saya. Saya terima tapi saya takkan lupa apa yang jadi. Bukan berdendam sekadar untuk berhati-hati di hari muka.
10. Isu saman suami saya tak pasti. Tapi kalau isu fasakh diteruskan pasti terlondeh segala sisi gelap semua pihak yang terlibat (suami, klien sexting, skandal curang dan sewaktu dengannya)
Maka, saya mohon kita berlapang dada membaca komen atau nasihat yang disampaikan. Jalan cerita semua orang tidak sama tapi pasti ada dugaannya.
Kita sebagai penggorak jalan cerita harus ampuh untuk kelangsungan masa hadapan terutamanya masa depan anak-anak.
Kalau ada kelapangan, nanti saya kongsikan bahana sosial media yang menjerat suami saya nanti. Mohon doakan yang baik-baik.
Salam sayang,
– A for Anggerik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit