Jagalah Mak

Assalamualaikum semua. Aku Kopi, umur 32 dan masih belum berkahwin. Percaya tidak kalau aku cakap aku mula bekerja tetap umur 29?

Mak aku sakit, kena stroke 2 bulan selepas aku habis belajar (masa ini aku belum konvo) dan aku putuskan untuk tangguh dahulu niat untuk berkerja.

Aku jaga mak dari mak tidak boleh jalan sehingga boleh uruskan diri. Lama juga, adalah dalam 2 tahun setengah sambil-sambil tu, aku berniaga online untuk bayar itu dan ini.

Berapa tahun selepas itu, aku mendapat kerja sebagai kerani di pekan dan sempat bekerja selama sebulan sahaja sebab mak aku disahkan menghidap kanser. Disebabkan mak aku antara golongan khas (warga emas & berkerusi roda), urusan pembedahan mak memang cepat.

Aku pun terkejut. Selepas selesai urusan check-up, x-tray, momogram dan lain-lain procedure, doktor terus beri tarikh pembedahan. Aku terus resign on the spot masa itu dan menganggur lagi.

Disebabkan aku bayar ptptn dengan jumlah yang tidak tetap dan padan muka aku sebab tidak buat permohonan perlarasan. Aku ada hutang ptptn tertunggak hampir RM5 ribu. Untuk aku yang tiada pendapatan tetap, aku rasa memang banyak.

Entahlah, aku rasa doa mak aku kot sebab aku tidak pernah bagitahu sesiapa tentang hutang ptptn ini walaupun mak dan mungkin juga berkat jaga mak,

Aku berjaya bayar hutang ptptn tertunggak tu dari rezeki yang tak disangka-sangka dalam tempoh yang ditetapkan dan tahun lepas, alhamdulillah aku dah habis pun bayar ptptn.

Alhamdulillah. Sebenarnya banyak benda yang kadangkala aku terpikir, “bestnya ada benda ini” atau “bestnya, harap suatu hari aku pun sama” contoh terdekat macam aku berharap suatu hari dapat settlekan ptptn aku inilah.

Aku pun tidak boleh nak terangkan macammana dengan keadaan kewangan & diri aku, aku rasa itu mustahil.

Sejujurnya dalam tempoh aku jaga mak, tipulah kalau aku cakap semua manis belaka terutamanya aku yang berdarah muda tapi aku selalu minta maaf apabila aku rasa aku ada membuat salah.

Menganggur untuk tempoh bertahun-bertahun sambil melihat kawan-kawan kau sibuk bekerja dan gembira melancong ke sini sana manakala kau duduk dirumah bukan suatu yang mudah. Memang bukan mudah dari segi mental dan emosi.

Mengurus dan menjaga orang sakit pun bukan suatu yang mudah. kalau pikir balik, semua itu kenangan yang berharga yang banyak ajar aku bersabar dan macam tidak percaya pulak aku boleh melepasi masa itu.

Satu yang aku cuba jaga masa aku duduk rumah adalah hutang. Aku bukan amanah sangat pun tapi selalu mencuba untuk menjadi amanah.

Aku pegang duit belanja rumah untuk beli barang dapur dan bayar api air semua. Selain record dalam excel, kalau aku terguna duit belanja walaupun RM1.00, aku mesti akan ganti semula. Aku rasa itu adalah amalan kecil yang baik dan ALLAH suka.

Aku rasa dengan niat dan usaha kecil itu, banyak yang ALLAH mudahkan dalam urusan hidup ini.

Sekarang, aku tengah dalam usaha untuk mencari dan mendapatkan kerja yang lebih baik dan lebih dekat dengan rumah, tidak larat lagi nak drive 1 jam ke tempat kerja.

Aku masih tinggal dengan mak dan ayah aku pun baru meninggal dunia awal tahun ini. Doakan aku ya, mana tahu ada doa kalian yang diterima ALLAH. Alang-alang itu doakan sekali aku bertemu jodoh, seorang seperti dalam doa aku.

Sebenarnya, aku ok sahaja single tapi gelabah jugalah apabila kereta rosak ditengah highway hari itu. Kalau dah kahwin boleh juga mengadu “abang, kereta rosak ini nak buat apa lepas ini? You datang ya! ”. Erk, tiber.

Aku minta maaf andai confession ini boring, merapu dan tidak bermanfaat.

– Kopi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *