Assalamualaikum. Akak luahkan confession ni dengan tujuan supaya orang-orang di luar sana lebih alert. Okay akak bekerja sebagai sales coordinator di salah satu drugstore yang famous kat Malaysia. So dekat store ni memang akan ada kosmetik dari pelbagai brand yang memang semua perempuan tahulah. Akak malas nak cakap drugstore mane, pandai-pandailah teka yer adik-adik semua.
Okay macam ni. Setiap hari akak memang jumpa pelbagai jenis ragam customer. Ada yang minta kite guide dia nak pilih mekap macam mana, foundation apa yang sesuai untuk jenis kulit dia, skincare apa yang bagus. Semua ilmu mekap/skincare tu memang kena ada dalam kalangan staff kat sini. Senang cakap wajib adalah. Akak memang suka layan customer sebab akak memang suka kerja ni, sambil-sambil tu bole tambah knowledge kita jugak.
Cumanya, akak tak bape berkenan dengan segelintir sikap customer. Sah-sahlah perempuan kan. Haishhh, yang masuk store akak ni memang dorang akan excited sebab banyak jenis mekap semua, tapi yang akak tak tahan dorang siap mencuri, itu masa customer ramai sampai tak terlayan semua orang. Mana akak nak perasan. Even pasang sensor pun dekat kosmetik tu, ada je tangan yang gatal pergi cabut selit celah2 syampu la, selagi boleh selit dorang selit. Dik, nak melawa tapi mencuri tak berkat tau.
Lepas tu, yang jenis jahanamkan barang tester. Dahlah brand yang mahal kau pergi jahanamkan. Orang lain nak test pun payah. Dah jadi tak best. Tester satu je untuk setiap produk. Kalau dah jahanam tu memang akan jejaskan sales untuk produk tu lah. Dahlah buat muka tak bersalah, terkekek-kekek gelak bila gincu tu patahlah, tak reti pusing ea gincu tu betul2 sebelum tutup pas tu rosaklah gincu tu kalau awak main tutup macam tu je. Sakit hati akak ni tengok barang tester jadi buruk dah. Lepas tu customer lain salahkan kita pulak barang tester jadi buruklah, patahlah. Ini semua common sense dik. Tester tu bukan disediakan untuk awak sorang je. Ada paham!
Kalau korang nak pakai barang mekap tester tu tepek kat muka korang punya pasallah. Tapi please jangan rosakkan. Bukan je barang tester dorang rosakkan. Barang yang patut dijual pun sukati je cabut plastik dia dengan alasan tak suka campur pakai dengan orang lain. Habis tu awak tinggalkan bekas2 awak tu elok ke perangai?! Kalau awak beli tak pe gak. Ni tak berkenan tinggal macam tu je. Mekap lawa macam mana pun perangai awak tetap buruk. Tak gunalah berbangga selfie tayang tangan bercalit tester pelbagai warna lipstick tapi awak rosakkan barang tu(kalau tak buat jangan terasa tau!) Yang tak boleh tahan, jenis main kesat je kat merata tempat. Selekeh nauzubillah tau tak! Lain kali dalam beg tu sediakan tisu. Kalau kitorang ‘baik’ memang kitaorg bagi tisu kat awak, sebab kesian pegi kesat dekat dinding store lah, kesat kat kaunter cashier lah.
Akak baru lepas susun barang mekap ni, sedih tengok barang dah jahanam. Tak guna muka cantik bermekap tapi perangai tak semenggah.
Sekian.
– Akak salesgirl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit