Jahat Hati Aku

Terima kasih kepada admin jika confession saya di approve. Nama saya Micha, saya berumur 21 tahun, saya memang natural seorang yang pendiam, tapi saya suka conversation yang dimana kami share pandangan, pendapat masing , yang berfakta logik, saya pun suka juga bercerita bende yang menghiburkan.

Saya tau saya ni memang seorang yang agak membosankan, nak buat lawak pun kadang tak menjadi dan kadang kadang agak susah saya nak tangkap lawak kawan saya. Bulan lepas saya berjaya bekerja di satu kedai jual baju winter di mall, disebabkan saya susah nak dapat kerja dalam bidang saya, saya buat keputusan untuk cari kerja di mall sementara mencari kerja lain juga.

Kebetulan kedai yang saya minta kerja tu pun perlukan staff segera disebab hanya tinggal 2 staff sahaja yang staff lagi satu sudah letak jawatan tanpa sebab, jadi rezeki saya, saya mula bekerja esok tanpa ada interview . On first day working, kak aisha (bukan nama sebenar) yang incharge buka cerita pasal staff lama buat hal, seperti bergossip, kutuk sana sini dan selalu bergaduh setiap hari sehinggakan kak aisha tak dapat nak tahan sebab setiap hari staff lama asyik bergaduh sahaja dan akhirnya staff lama tetiba tidak datang kerja lama dan quit bekerja macam tu saja. Saya pun agak terkejut kisah lepas staff buat perangai semua di ceritakan kat saya pada first day saya.

Agak culture shock tapi saya amik semua tu iktibar untuk buat macam begitu dan niat kak aisha begitu, dia pesan kalau micha rasa tak puas hati ke apa ke just tanya direct jangan disimpan. Agak terharu juga saya sebab last saya berhenti kerja pun sebabkan politik dalam office.

Macam saya sebut saya ni seorang yang memang natural pendiam jadi setiap kali saya dengan kak aisha waktu pagi kadang kadang rasa bersalah sebab saya tak banyak bercakap dengan dia. Mesti dia bosan kerja dengan Micha. Sebab saya pendiam. Kadang kadang saya cuba untuk bercerita dengan kak aisha juga la tapi selalu tak menjadi, buat malu je.

Tapi selepas sebulan kemudian kak aisha panggil kawan dia 2 orang tawar kerja disini, disebabkan kami kekurangan staff lagi selepas seorang lagi berhenti. Saya sangat happy sebab memikirkan kak aisha takde la sunyi dengan saya setiap pagi. Saya happy sangat dan kawan kak aishah pun jenis friendly. Dan 2 orang ini pun diterima kerja sini. Saya jenis tak kisah orang nak berborak panjang dengan saya atau luahkan rasa tidak puas hati ke. Tetapi selepas kawan kak aisha mula pada mulanya saya ok saja, yela dapat la rasakan seperti team boleh bekerja sama.

Tapi bila lama lama tu saya kerap asyik rasa dipinggirkan oleh semua orang, saya tak tau mungkin sebab saya tak pandai nak ajak berborak, bila kak aisha rehat jadi saya cuba ajak berborak tapi respond mereka seperti nak tak nak saja dengar, saya tak tau mungkin saya ni jenis tak pandai nak bercerita. Tapi bila kak aisha berborak mereka semua gelak sakan, lawak bodoh buatkan saya rasa terkilan sikit. Yang paling saya terasa sekali bila mereka semua berkumpul berborak di satu tempat saya cuba la join conversation mereka semua, bila saya masuk seperti saya tidak di endah, agak sangat terasa saya, jadi saya buat keputusan senyap sahaja.

Banyak kali bende macam ni terjadi, rasa sakit tu bila mereka buka topik pasal cerita hantu bila mereka bercerita masing masing bagi respond tapi bila saya cerita respond mereka “oh ok” camtu sahaja. Kak aisha pun kadang kadang juga tak layan percakapan saya. Kadang kadang mereka buat lawak terlalu bodoh sampaikan satu tahap tu saya rasakan saya langsung tak boleh nak masuk air langsung.

Mungkin saya seorang saja yang rasa jurang macam ni, tapi lama kelamaan bende macam ni buatkan saya mula berfikiran buruk pasal mereka semua. Saya rasa sangat hina bila fikirkan balik. Banyak saya bersangka buruk dan tersinggung . Saya tak tau mungkin saya ni overthinking sangat bende macam ni.

Saya banyak kali juga terasa macam bila kawan kak aisha atau kak aisha sendiri serve customer memang saya cuba tolong mereka semua la, lagi lagi kalau tak cukup tangan nak amik barang semua tu saya suka nak bantu. Tapi bila saya serve sorang takde seorang pun nak bantu saya lagi lagi bila saya jadi cashier saya tak cukup tangan bila saya nak minta tolong semua busy berborak sakan hujung kedai pula tu takkan saya nak menyalak depan cashier sana.

Saya senyap sahaja sebab sakit hati. Banyak kali macam tu. Haih, saya sangat betul betul banyak terasa sangat bende. Tapi bende macam banyak kali buatkan saya asyik terfikir kalau mereka semua tau apa saya fikirkan mesti semua menyampah dengan saya sebab sensitif over sangat.

Saya tak tau kenape saya berfikir macam tu saya rasa sangat malu pada diri sendiri. Seperti bodoh sangat. Banyak kali saya berdoa supaya elakkan diri saya bersangka buruk pada mereka semua tapi still saya asyik fikir macam tu. Hanya Tuhan saja yang tau hati saya bergolak balik macam mana.

Saya rasa banyak kali saya tewas kerana end up asyik sangka buruk, jarang sekali tu saya tak bersangka buruk pasal mereka semua. Setiap hari sebelum masuk kedai saya betulkan niat saya betul betul niat nak bekerja supaya saya dapat elakkan bende macam ni. Sebab saya tau lama kelamaan bende ni boleh jadi toxic.

Saya rasa itu saja confession saya, terima kasih sangat membaca, saya minta maaf semua salah silap saya sepanjang membaca. Thank you.

– Micha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *