Jahat Ke Aku?

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya memilih untuk menyiarkan pengakuan aku ni. Aku harap ada yang dapat membantu apa harus aku buat atau dapat beri kata-kata semangat untuk aku.

Aku masih belum berkahwin. Ada abang, kakak dan adik. Abang dah berkahwin.

Kakak aku dah bercerai dengan suami dia. Sekarang dia hanya tinggal dengan anak perempuan dia. Rumah dia dan rumah mak ayah aku tak jauh. Masih dalam daerah yang sama.

Adik aku belum kahwin buat keputusan untuk tinggal di rumah sewa. Walaupun tempat kerja tidak jauh dari rumah mak ayah aku. Katanya bila balik lewat malam, tak adalah ayah dan mak bising. HUHH!

Aku pula tinggal dengan mak ayah aku. Sebelum ni aku tinggal di rumah sewa kerana jarak tempat kerja yang jauh.

Tetapi apabila kakak dan adik aku buat keputusan untuk tinggal berasingan, aku mula buat keputusan untuk tinggal dengan mak dan ayah aku.

Faktor utama sebab mak ayah aku semakin tidak larat dan mereka sunyi.

Kakak dan anak dia akan balik rumah mak ayah aku setiap minggu. Kadang-kadang kami akan keluar makan bersama-sama. Berjalan.

Setiap kali itu aku perasan aku akan keluarkan duit lebih dari kakak aku. Mula-mula aku okey. Lama-lama aku tak selesa.

Sebenarnya aku nekad untuk bahagiakan dan ikut kemahuan mak ayah aku sementara mereka masih sihat untuk berjalan.

Tapi setiap kali nak bawa mak aku keluar mesti kakak dan anak dia akan ikut. Samada mak aku ajak atau mereka sendiri yang nak ikut.

Aku tak sampai hati nak bagitau aku nak bawa mak ayah aku sahaja. Bukan bersama kakak dan anak dia. Argghhhh.. Aku bukanlah bergaji banyak.

Aku pernah nampak dia mintak ayah aku duit untuk bayar makanan. Aku terus hulurkan duit aku. Walaupun time tu aku agak kurang duit.

Aku beranggapan dia tidak malu minta duit dari ayah aku sebab ayah aku pernah cakap kalau tak cukup duit untuk anak dia bagitau ayah aku.

Untuk pengetahuan korang, bekas suami kakak aku tidak bagi nafkah untuk anak dia.

Ini pun berpunca dari perangai kakak aku sendiri yang tidak pernah mengendahkan suami dia sepanjang mereka berkahwin dulu.

Dari dulu lagi kakak aku banyak habiskan duit dengan hiburan. Sering bertukar hp dan sanggup berhutang. Malah aku boleh katakan separuh dari gaji dia habis untuk bayar hiburan.

Kadang-kadang aku rasa aku terlalu berkira dengan kakak sendiri. Tapi melihat keadaan dia, aku sakit hati. Dia seperti takda perasaan.

Aku pulak berat mulut nak bersuara. Akhirnya aku yang makan hati seorang diri.

Ayah dan mak akan minta bawa mereka berjalan-jalan sebab mereka bosan sentiasa terperap di rumah.

Aku banyak plan nak bawa mak ayah berjalan tapi aku tau kakak aku tak kan ada duit untuk berkongsi dan sudahnya aku yang akan belanja dia dan anak dia. Ataupun dia akan minta duit dari ayah aku.

Harap korang boleh tolong apa perlu aku buat.

– Merpati Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *