Salam semua, nama aku Shima. Aku ni single mother anak 2. Berumur 30an dan bekerja di salah sebuah agensi kerajaan kat KL.
Tujuan aku tulis luahan ni cuma nak melepaskan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Sebelum itu, minta maaf la ye sebab panjang aku membebel ni.
Aku berpisah dengan bekas suami sebab orang ketiga. Jujurnya, aku dah redha. Aku pun dah move on.
Lepas kami berpisah, aku decide untuk balik rumah family aku. Masa ini yang ada cuma ibu je. adik2 aku yang lagi 3 (Dila, Siti dengan Milah) semua bekerja di daerah lain.
Bukan aku tak nak sewa rumah lain, tapi jarak antara tempat kerja dengan rumah ibu lebih dekat. Masa ni jugak anak2 aku hantar ke rumah pengasuh yang terletak kat tingkat bawah rumah aku ni.
Atas dasar bertanggungjawab, semua bil2 rumah termasuk belanja dapur aku settlekan.
So, walaupun aku dengan anak2 kembali tinggal dengan ibu. Aktiviti seharian dan kos perbelanjaan ibu tak banyak berubah pun. Cuma lebih huru hara la, maklumla anak2 aku ni sorang darjah 2, sorang lagi taska. Haha.
Semasa covid melanda negara kita ni, ramai yang kena buang kerjakan. Termasuklah adik aku, Dila dengan Siti ni. Ibu aku minta semua balik tinggal dengan dia semula. Risau katanya.
Milah pun decide untuk berhenti. Tak kisahla kan, seronok juga dapat spend masa sama2. Masa ni anak2 pun tak pergi rumah pengasuh da.
Yang tak seronoknya, sejak adik2 aku ni balik semula kesini. Aku yang kena tanggung semuanya.
Kalau sebelum ni, aku boleh simpan 300 sebulan. Sekarang 50 pun susah. Simpanan aku habis digunakan masa musim covid haritu. Walaupun time PKP aku boleh kerja tapi cuma dapat gaji basic sahaja.
Dengan basic tak sampai 2000 tu la, aku bayar bil air, api, sewa rumah dan macam2 la. Masa ni memang aku rasa susah sangat tapi aku tanggung sorang2 je.
Ibu aku ni pesara guru. Dia memang ada pencen bulanan tapi aku tak pernah pun usik duit dia. Aku tahu dia nak simpan untuk tunaikan haji.
Adik2 aku pulak, tak tahu la sama ada diorang ada pampasan atau tak. Senyap je masing2. Aku pun malas nak tanya. Nak beli tuala wanita, kredit telefon. Macam2 la. Semua minta aku. Aku husnuzon jela.
Aku ada satu kereta tau, Waja tahun 2003. Kereta ni aku beli cash lepas bercerai haritu. Ye tahu kereta lama, tapi kereta aku tak penah menyusahkan aku. Kulu kilir aku bawak.
Adik2 aku sampai kutuk2 aku. Yela, masing2 ada kenderaan barukan. Dila ada myvi, Milah pula guna nvx. Sembang bukan main, Aku juga la tukang bayar masa dorang ‘tanam anggur’ tu.
Lepas lebih kurang setahun ‘menanam anggur’. Alhamdulillah, semua adik2 aku dapat kerja. Gaji pun boleh tahanla juga. Siti sampai keluar motor baru.
Bulan2 boleh dikatakan banyaklah ibu aku dapat. Lupa aku nak bagitahu, aku memang tak pernah bagi ibu cash kat tangan sebab aku settlekan semuakan. Aku ingat takda argue la bab tu kan.
Rupa-rupanya aku silap. Ibu aku mula perli2 aku pasal ni. Adik2 aku pun sama. Dorang cakap aku ni KEDEKUT!! Ibu aku sampai bercerita kat adik beradik dia yang selama aku balik semula ke sana tak bagi dia satu sen pun.
Anak2 aku pun menyusahkan dia sebab aku tak mampu nak bayar pengasuh dah. Padahal sebelum pergi kerja, A to Z aku siapkan. Masa aku tahu pasal benda ni, kecewa sangat2 aku rasa.
Aku ni sampai spender pun dah berlubang, pergi kerja belanja jimat2 nak cukupkan keperluan rumah. Tapi pasal tak bagi cash je dorang cakap aku macam2. Sumpah aku terasa.
Bekas suami aku bukan tak bagi nafkah. Bagi cuma ikut kemampuan dialah. Kadang2 300, kadang 500. Orang dah ada keluarga barula katakan. Duit tu memang aku guna untuk anak2 je.
Yuran taska adik dengan belanja keperluan sekolah abang. Kalau ada lebih, aku masukkan dalam saving masing2. Tu pun kadang2 10 ringgit je sebulan.
Last2 untuk 3 bulan ni aku da stop bayar semua bil. Aku bagi je kat ibu seribu. Aku settlekan semua keperluan aku dengan anak2 je. Anak2 pun aku da hantar balik ke rumah pengasuh lama. Pandai2 laa nak ibu rolling macam mana.
Petang tadi, aku tertengok bil2 bulan ni. Ambik kau, tunggakan bil api je da 900 lebih.
Owner rumah da whatsapp ibu dah pasal tunggakan rumah ni. Adik2 aku pun da memekak pasal bil unifi tak bayar lagi. Astro da kena potong.
Nasib anak2 jenis suka aktiviti outdoor dari tengok tv. Ayahnya pun da rajin da bawak balik dorang ke rumah baru. Aku buat pekak jela. Aku nak jadi KEDEKUT betul2.
So, soalan aku. JAHAT KE AKU?
– Shima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit