Jahatkah Aku

Aku merupakan sulung perempuan daripada lima adik beradik yang lain semua lelaki.

Biasalah bila seorang perempuan, ibu mesti meletakkan semua tanggungjawab dekat aku. Sedikit pun aku tak mengeluh, penat macam mana pun aku paksa diri untuk ikhlaskan hati.

Pada tahun 2019, segalanya berubah. Aku dapat tawaran untuk sambung di IPTA.

Sejujurnya bila dapat keputusan UPU, perasaan aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Bercampur aduk. Ada rasa gembira, sedih, takut, semuanya perasaanlah.

Aku sebenarnya berminat untuk bekerja berbanding sambung belajar tapi aku kuatkan hati untuk pergi juga.

Dalam kepala aku masa tu, “Kalau bukan aku, bila lagi mak aku nak merasa bangga anak belajar tinggi tinggi” .

Semua keputusan dalam hidup akan aku utamakan ibu aku tapi aku tak tahu ibu aku hargai ataupun tidak. Aku faham nak sambung belajar memang banyak guna duit tapi aku cuba berdikari.

Tak sampai setahun (2020) , PKP berlaku. Masa itu, kehidupan aku mula berubah. Aku banyak duduk bilik berkurung disebabkan kelas kelas online.

Ditambah lagi, assignment berlambak, Assessment lagi, Project lagi. Masa itu memang tak menang tangan. Mak aku ini jenis cakap lepas, aku faham sangat perangai dia.

Ada ketika kami berperang mulut berpuncakan pinggan di singki tidak dibasuh.

Jujurku katakan, sememangnya aku gemar makan di waktu malam tapi setiap kali aku guna pinggan atau sudu garfu, memang aku basuh. 

Satu perangai aku, aku ini jenis manusia yang aku guna aku basuh, kau guna kau basuh.

Tapi sebelum tidur aku tetap rajinkan diri bersihkan apa yang ada dalam singki.

Namun pada waktu itu, kepala aku sungguh sakit berdenyut-denyut dan seluruh badan aku sakit.

Kali terakhir aku demam semasa berumur 12 tahun. Selepas 7 tahun, aku demam. Aku membuat pilihan untuk makan meggi lalu masuk bilik untuk makan panadol sebelum menyambung menyiapkan assignment.

Tiba tiba, bunyi bising di dapur. Bilik aku pula di sebelah dapur, segalanya bunyi memang jelas didengari. Bunyi hentakkan pinggan, sudu garfu, dan cawan. 

Ditambah pula, ibu membebel kuat “Kau ni kaka memang tak pandai basuh pinggan ke, pemalas. Kau tu tahu menyusahkan aku je”. 

Sebenarnya, aku boleh agak siapa puncanya tapi aku tetap tidak berpuas hati sebab bukan aku yang sepahkan dapur. Kenapa aku pula yang perlu disalahkan.

Masa itu, aku tahu siapa yang buat. Siapa? Anak kesayangan dialah.

Aku pun keluar dan pergi ke sebelah mak aku yang sedia ada di depan singki lalu aku cakap,

“Bukan kaka yang buat, orang lain yang buat. Kaka makan megi cup dan mangkuknya pun buang dah. Ini pun pergi makan panadol kejap. Kalau taknak basuh, biar je la. Kejap lagi kaka buat”. 

Mak aku naik suara lalu menolak aku dengan kuat “Tak payah, kau tu menyusahkan je”.

Entah setan mana merasuki aku masa tu, aku melawan.

“Kaka kata kejap lagi kaka buatlah, kaka dah cakap kaka pergi makan panadol kejap. Lagipun pinggan tu bukan kaka yang buat, anak kesayangan ibu yang buat.

Bila dia sakit bukan main lagi bawa pergi klinik apa semua, kaka ni mati pun agaknya berbulan baru sedar jadi bangkai”.

Apa yang jadi selepas itu aku tak tahu, aku terus masuk ke bilik dan menangis. Pelakunya lihat semua drama itu namun sedikit pun tidak meminta maaf. Pergaduhan kami ni bukan perkara baharu pun sebenarnya.

Pernah pada umur 15 tahun, ibu aku langsung tak bercakap dengan aku untuk berbulan-bulan dan jijik melihat aku. Kalau aku makan di meja, dia langsung tak nak makan. Kalau dia ada di meja, aku tak nak makan.

Berpuncakan batu api daripada nenek aku. Namun setiap pergaduhan tetap aku tergores hati. Aku tak cakap keluarga aku ni toxic, sebab ada baiknya juga mereka.

Satu je la masalah yang mereka sendiri sedar. Mulut bila bercakap langsung tidak berlapis dengan niat bergurau katanya tapi kenyataannya orang di sekeliling tergores hati. Ditambah pula, body dan face-shaming.

Lama kelamaan aku semakin tawar hati dengan keluarga ini. Aku ni dikira berbadan besar daripada ahli keluarga aku yang lain. Mereka gemar kata aku ini gemok, hitam, besar.

Pada awalnya aku okaykan je la, penghujungnya sikit sikit kata kata itu makan jiwa aku. Aku mula ada bipolar dan perlu berjumpa pakar.

Sepanjang proses, tidak pernah sekali pun aku minta tolong ahli keluarga aku sama ada segi kewangan mahupun kenderaan. Kesemuanya aku usaha sendiri.

Pernah sekali ibu aku keluarkan sebaris kata kata yang sehingga saat ini aku tak lupakan dan masih menggores hati aku. 

“Kau nak depressed apa, orang depress badan kurus. Kau elok je gemuk. Kalau macam itu ibu pun dikira depressed la”. 

Kata kata itu buat aku sedar kenapa aku tidak pernah berkongsi masalah atau luahkan perasaan dekat sesiapa pun.

Kami juga pernah bergaduh sedangkan aku hanya bertanya soalan untuk memeriahkan perbualan dengan nenek aku. 

Aku bertanya “Angah tak keluar ke? Katanya nak keluar harini. Itu kaka minta tolong kawan hantar pergi hospital tadi”. 

Secara tiba tiba ibu aku naik suara “Kau nak keluar ke tak sudah, menyusahkan orang”. 

Aku terkejut dan menjawab “Kaka saja je tanya, ibu marah kenapa?”. 

Lalu pergaduhan besar berlaku lagi, apa yang menggores hati aku, aku sedang makan tiba tiba dimarah sebegitu rupa. Aku angkat pinggan masuk bilik, sambung makan sambil menangis.

Sakitnya hati aku masa itu. Ibu aku sambung jerit daripada luar bilik aku, 

“Anak tak tahu kenang budi, kurang ajar, tahu menyusahkan aku je”. 

Sejak itu, aku tanam dalam hati tak mahu tinggal di rumah ini lagi.

Aku bekerja keras mencari tempat intern di Kuala Lumpur dan terus menetap di sini. Sesungguhnya aku gembira duduk berjauhan di sini. Bukan aku tak tahu, mereka sindir aku budak bandar.

Namun aku bahagia di sini, keadaan emosi dan mental aku boleh dikawal berbanding dahulu.

– Kaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *