Jahatnya Manusia Kepada PLHIV

Terima kasih admin, sebab sudi share confession Akhi…

Akhi minta izin bahasakan diri “aku” saja dalam ni untuk memudahkan confession:

Berdasarkan tajuk JAHATNYA MANUSIA KEPADA PLHIV (people living with HIV).

Serious, ini apa yang kawan aku cerita kisah seorang pemuda PLHIV, impak mulut jahat hasad dengki di pejabat dia, hidup dia teraniaya sampai sudah… besarnya dosa menyebarkan aib dan menganiaya orang macamtu, dosa berangkaitu.

Ni aku nak cerita kejahatan manusia kepada PLHIV, serious weh, satu pejabat yang sebabkan brother tu menderita memang tanggung beban dosa selagi brother tu teraniaya. Nanti aku detailkan. How cruel people shall become.

Kisahnya macam ni, (macam style pakcik bawang je aku start cerita), kawan kepada kawan aku di KL ceritakan yang a guy yang rapat dengan dia kena buli dan aniaya oleh officemates dia hanya kerana dia PLHIV, this guy is among top young managers in Malaysia (engineer) dalam syarikat oil and gas…

Kerja dia travel for work, outstation sana-sini. Suatu masatu dia jatuh sakit teruk,then kena warded, bila doktor buat blood test, dia dapat tahu ada HIV, since dia warded, pasti banyak ubat dia diberi dan sebabkan dia ting tong sikit. Suatu masatu officemate dia datang lawat.

Bila puak2 officemates ni datang, dia tanpa sedar, yelaa dalam pengaruh ubat, tercerita yang dia kena HIV, sebab tu warded, kebetulan, dalam kalangan tongkang busuk yang datangtu, ada puaka yang memang hasad dengki dengan dia, terus sebarkan ke seluruh syarikat dia, bila dia dah sihat dan start masuk kerja, dia kena terminate dari syarikat tu.

Mula-mula bab kena terminate tu dia taklaa down sangat, sebab dia dah pasrah, dah redha, tapi bila dia dapat kerja dekat syarikat lain, kawan2 officemates lama dia pergi sebarkan kepada syarikat baru yang dia ada HIV, Astaghfirullah, then lepastu this pity guy kena terminate lagi.

Korang bayangkan apa perasaan dia bila rezeki dia dirosakkan? Periuk nasi kau di curah pasir. Masa ni dia down sangat, nasib baik ada kawan yang bagi moral support, now that guy kerja di bahagian kitchen sebuah fastfood, bayangkan…

Bayangkan a guy yang sebelum ni berkelulusan engineering dan among top young managers in Malaysia, tetiba end up as pembantu dapur di sebabkan hasad dengki manusia yang merosakkan karier dia hanya kerana dia ada HIV.

Aku tak boleh nak hadam, macam mana orang yang menganiaya orang lain ni boleh hidup tenang, sebab setahu aku, dari hari pertama that guy menderita disebabkan kejahatan orang lain, tabungan dosa si penganiaya tak pernah putus dengan catatan dosa sebab that guy terus menderita. Dosa berangkaitu.

Namun bila aku sendiri pernah kena aniaya, malah pernah hampir rosak karier aku dek mulut seekor makhluk ni, aku faham, malah aku pernah kena santau dan sihir ikat nafsu agar hidup aku porak peranda, then aku lagi faham, manusia ni boleh jadi sejahat2 makhluk boleh jadi sebaik2 makhluk.

Bila kita di dunia ini, kita yang mencorakkan hidup kita, ada seorang ustaz telah mewake up call kan aku, semua yang ada, karier, ibubapa, isteri, partner, adik beradik, malah rumah, kereta, bangunan malah semuanya isi dunia serta semua dramanta hanya perhiasan dalam kita membawa diri kita.

Perhiasan dalam kita berjuang meningkatkan amal kebaikan dan darjat kita di sisi Allah S.W.T. sebelum kita sampai ke destinasi terakhir kita iaitu akhirat, dunia ini hanya persinggahan untuk kita kumpulkan bekalan untuk kita gunakan di alam akhirat.

Cumanya ada antara kita yang istimewa dan ada yang berjuang sendirian, pada aku PLHIV istimewa sebab dia dapat direct monitoring dari Allah S.W.T., umpama HIV ini adalah kiriman Allah S.W.T. untuk insan yang Allah S.W.T. lebih sayang untuk tujuan direct control dan awasi amalan dia.

Umpama seorang emak yang terlalu sayangkan anaknya, dia tak percaya anak dia boleh survive sendirian tanpa guide atau sesuatu dari dia bila diperantauan, so si emak beri sesuatu kepada si anak agar anak tak lalai dan sentiasa ingat dia. Begitulah bagi aku apa HIV ini kepada PLHIV.

Kita tahu kasih sayang Allah S.W.T. kepada hambanya 75 kali ganda lebih dari kasih sayang seorang ibu yang paling penyayang, di sini aku melihat HIV ialah bukti kasih sayang Allah S.W.T. kepada hambaNya yang Dia perlu awasi sokmo, agar orang yang ada HIV ini akan sentiasa ingat Allah S.W.T. bila nak buat sesuatu. Sebab Allah S.W.T. tahu yang hambanya yang seorang ni perlukan sesuatu yang boleh sentiasa buatkan dia ingatkan Allah S.W.T., kenapa macam ni?

Sebab kalau HIV itu hukuman atas dosa, takkan dikurniakan wujud HAART atau antiviral malah semestinya yang dapat HIV dimatikan terus bila terjangkit, tak sempat taubat. Plus symptom HIV ni sendiri dijadikan obvious dan jadi aib sampai orang tahu, NAMUN semua tu tak terjadi, dikurniakan HAART dan Antiviral, malah penghidap HIV sihat macam orang lain juga.

Cuma yang bezanya dia ada HIV dan org normal tak de, the best part is, bila dia berstatus undetected, dia adalah manusia normal macam orang tak de HIV, so pleaselah faham. The best part lagi, PLHIVs jika dia berjaya hadapi status dia as PLHIV, dia mendapat kekuatan hati, semangat yang kuat dan jati diri yang tinggi untuk menempuh hidup, dan yang paling utama sekali, kelebihan untuk bertaubat dengan bersungguh2nya, yang tak de HIV ada ke kelebihan ini?

Ramai yang lepas buat dosa ,mati dalam pelbagai cara, accident malah ada yang mati dalam aib, tak sempat taubat. Ramai yang tak de HIV mati lebih awal dari PLHIV, in fact kena ingat sesuatu, sekali kita stigma dan aniaya PLHIV hanya kerana dia ada HIV dan kita tiada.

Tak rasa ke kenormalan orang yang tak de HIV ni boleh menjadi ISTIDRAJ bila dia berstigma negatif, menganiaya dan menghina PLHIV hanya kerana HIV. Istidraj ini kelebihan yang dikurniakan untuk tujuan terus membinasakan dalam kelebihan itu?

Setiap kelebihan ada kekurangannya, setiap kekurangan ada kelebihannya, takkan kita lupa, even dalam syurga nanti dipenuhi pendosa yang bertaubat, malah dineraka pula ramai orang yang mengaku beriman tapi amalnya tak diterima kerana sikapnya di dunia, antaranya… bila kita berdosa sesama manusia, hanya manusia itu dapat ampunkan, bukan Allah S.W.T., hanya dosa kita kepada Allah S.W.T. saja yang Allah S.W.T. boleh ampunkan.

So bayangkan bila manusia yang kita aniaya itu mati tanpa sempat maafkan kita? Apa nasib dosa kita kepadanya?

Nasib dosa kita kepadanya, di akhirat nanti semua amalan kita tergantung dan dihitung, setiap dosa kita kepada makhluk lain termasuk manusia yang tak sempat diampunkan ketika manusia itu hidup akan diperhitung, dan akan dicharge ganti rugi kepada manusia yang kita buat dosa itu.

Ya, kita bayar dosa kita kepada seseorang yang kita buat salah dengannya dengan pahala kita, so sebab tu diceritakan seorang yang beriman sepanjang hidupnya boleh jadi kosong tabung pahalanya disebabkan transfer pahala sebagai ganti rugi dosa ini. Nak ke macam ni?

PLHIV jika dia ubah cara hidup dia, bertaubat atas apa saja dosa dia dan bina hidup baru, redha serta kuat dalam hadapi semua dugaan, jaga amalan dan cara hidup dengan mengikut suruhan Allah S.W.T., sepanjang masa dia akan dapat pahala atas redha dan ikhlas dia kepada Allah S.W.T.

Yang tak de HIV ni macam mana pula? fikirlah sendiri… berdasarkan confession ini di mana kita yang tak de HIV ini berada? Bukan melabelkan tapi di mana kesilapan amalan dan perbuatan kita dalam menilai manusia… itulah tempat di mana dosa kita menjadi punca.

Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah ujian dan cabaran untuk.setiap kita sama ada yang normal mahupun PLHIV, semua bergantung kepada diri kita utk menghadapinya, baik cara kita, baiklah penyudahnya, buruk cara kita, maka tunggulah khifarahnya.

Itu sahaja yang aku nak cakap, buat admin, keep up your good and excellent work.

– KAWAN KEPADA PLHIV (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *