Jalan Buntu

Salam, hi semua. Disini saya mahu menceritakan sedikit luahan hidup saya.

Hidup saya bahagia bersama suami. Kerana kami sering bertolak ansur dalam segala hal. Incase hal kecil pon kami akan bincang sebelum buat keputusan.

Cuma kesilapan besar saya adalah membawa masuk ibu mertua kedalam rumah kami.

Mulanya, saya memang kasihan kan ibu mentua saya. Kerana dia tinggal berdua saja dengan cucunya yang berumur 2 tahun.

Biasalah budak lelaki umur 2 tahun semestinya dalam tempoh tantrum dan lasak. Kena pula dia jenis yang suka menangis.

Pada ramadhan yang lepas, ibu mertua saya sakit kaki sehingga kan tidak dapat berjalan dengan betul. Dia terpaksa menolak bakul baju untuk dia bergerak.

Hati manusia mana yang tak kesian kan keadaan itu kan. Saya mudah sangat kesian kan orang. Tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri.

Mula dari tu saya pujuk suami untuk bawa ibu mertua beserta anak buah saya tu tinggal bersama saya. Kerana saya kasihankan ibu mentua saya tu.

Tapi makin lama makin hidup saya yang tak selesa.

Selama ni kalau suami tiada dirumah. Saya akan berdua sahaja dengan anak kami. Saya bekerja shift.

So bila balik kerja malam. Memang saya da biasa urus anak saya dari berpantang sampai la saya mula bekerja.

Saya berpantang pon berpantang sendiri walaupun ini anak pertama kami.

Anak saya memang active, saya sangat bersyukur anak saya active.

Umur anak saya sekarang sudah setahun. Dan dia memang akan explore kemana saja dia nak.

Saya memang akan pastikan di rumah tak ada benda yang berbahaya. Dan saya biar je dia pergi kemana saja. Sekarang tidak lagi.

Sejak ibu mertua duduk dirumah saya. Setiap kali anak saya masuk ke bilik dia. Atau mengganggu anak buah saya yang di dalam buai.

Buai tu ada di ruang tamu kami. Dia akan bagi anak saya kepada saya.

Kalau contoh saya kerja malam. Saya akan kurung anak saya bersama saya dalam bilik. Sebab saya tidak mahu anak saya ganggu mereka.

Pernah saya tidur di dalam bilik. Saya terbangun dan tengok anak saya bersama saya dan pintu bilik di tutup. Saya rasa terkilan. Biar la anak saya nak teroka.

Lagi pon saya akan terbangun kalau anak saya menangis. Saya pon tidur sekadar 2 jam dan bangun untuk masak makanan anak saya. Saya urus anak saya seperti biasa.

Saya tak mengharapkan ibu mertua untuk berbuat apa2 pon untuk saya. Cukuplah dia buat hal dia saya buat hal saya.

Bagi saya, kenapa tak buai cucu didalam bilik dan tutup pintu bilik kalau tak mahu diganggu.

Kadang anak saya menangis ketika saya mandi or masak. Ibu mertua leka bermain hp.

Saya ada memberitahu suami “Kenapa ye mak tidak mahu ambil peduli pada anak kami”. Sesekali je dia akan layan.

Rupanya, suami saya pun sama mengalami perkara yang sama ketika turn dia menjaga anak.

Dia kata memang begitu. Mak akan fokus pada perkara yang dia buat sahaja.

Ada satu hari tu, kami membawa ibu mertua untuk makan luar. Bersempena hari jadinya.

Selepas itu, kami pergi ke pasaraya untuk beli lauk sekadar berharga RM120. Kerana ketika itu sudah penghujung bulan. Jadi kami akan beli yang perlu sahaja.

Asalnya kami berdua sahaja yang ingin turun kerana dalam list kami cuma susu anak, ikan dan sayur sahaja. Tetapi mak mertua saya pun ikut sama masuk.

Okay lah, dalam fikiran saya dia mahu ikut sahaja.

Malangnya dia telah mengambil barang di luar list kami sehingga kan suami terpaksa bayar sehingga RM260.

Suami saya jenis suka asing2 kan duit. Duit belanja kerja dia lain. Duit dapur lain. Duit dapur memang tinggal RM120 sahaja.

Ya, saya faham dia tak tahu situasi suami saya yang tidak berduit ketika itu. Tetapi bagi saya kalau dia inginkan sesuatu. Bayar sendiri.

Jangan harapkan suami sahaja. Seolah2 mengambil kesempatan. Sedangkan dia mempunyai duit sendiri.

Jika suami saya serba mampu. Untuk apa saya yang sepatutnya dinafkahi suami sepenuhnya pergi bekerja. Baik saya duduk dirumah sahaja kan.

Selepas itu, suami saya terus bermasam muka kerana baki dalam dompet dia tinggal RM40 sahaja.

Hmm mana isteri yang suka tengok suami dalam kesusahan. Nasib dia bawa duit extra ketika itu.

Ada perkara yang saya turut kecewa, suami membelikan saya iron steam. Masa saya excited membuka iron steam. Ibu mertua saya cakap. Iron ni banyak tau pakai elektrik.

Dalam hati saya, ya Allah apa salahnya saya mahu pakai iron steam ini. Suami saya telah pon hadiahkan dia basikal elektrik berharga RM3200 beserta handphone baharu berharga RM1500. Apa kurangnya lagi.

Bagi saya, masing2 sudah dapat bahagian masing2. Tak perlu la pertikai lagi apa yang suami beri pada saya.

Lagi pon bil elektrik kami sebelum ni RM30-50 paling tinggi. Sekarang hampir mencecah RM100. So disitu dah nampak siapa sumbang lebih banyak pakai elektrik kan.

Saya tak kisah pon asal suami saya okay saya pon turut okay. Sebab semua perbelanjaan dia yang tanggung. Saya sekadar membayar kereta milik saya sahaja.

Okay pasal cucu dia pula, setelah saya bincang dengan suami. Saya beri pandangan supaya siang dihantar pengasuh. Sabtu ahad dan malam sahaja ibu mentua akan jaga.

Tapi itu pon masih mengeluh dan kadang2 membentak cucu dia jika tidak mahu mandi or makan.

Ibu mertua saya selalu mengeluh dengan kami kata stress jaga cucunya tu. Tetapi tidak berterus terang dengan anak dia yang dia tidak mahu jaga cucunya itu.

Pernah sekali dia berkurung bersama cucunya didalam bilik dari pagi sampai 12 tengahari. Saya sekarang malas mahu masuk campur urusan dia. Kerana hal anak saya pon dia tidak ambil peduli.

So saya pon malas mahu tolong dia urus cucu dia. Cukup la saya sudah bagi jalan untuk kurangkan stress dia menjaga cucu dia.

Anak dia pon kalau pulang ke rumah kami, tidak mahu mengurus anak dia. Macam sudah lepas tangan. Membuat ibunya seperti hamba.

Walaupun saya ni mungkin bukan menantu yang baik. Saya tidak sampai hati la nak menghambakan ibu bapa.

Disini saya mahu pendapat dan nasihat yang baik2 untuk saya meneruskan hidup dengan lebih bahagia. Kalau mahu diceritakan. Banyak lagi hal2 lain yang meruntum jiwa.

Saya sekadar ingin meluah dan ingin pendapat dan nasihat yang membina. Mungkin banyak juga khilaf dari saya.

Saya cuma mahu bahagiakan orang lain. Tetapi saya yang derita atau mungkin saya yang tidak ikhlas.

Sekian.

Cancer fighter,

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *