Aku agak beruntung parent aku suka sangat berjalan. Sejak kecik ayah aku selalu bawak family aku jalan2. Tapi dalam Malaysia je la. Kalau luar Malaysia takat Hatyai tu je la. Since aku duduk utara, nak je Hatyai tu naik kereta kejap sangat. Tapi Hatyai ada apa je la kan. Nak pantai g Songkhla, boleh jumpa mermaid rentung.
Langkawi tu memang boleh kata setiap bulan pergi. Ada je ayah aku ajak jalan langkawi. Disebabkan aku kecik lagi, ajak je la gi mana pun. Memang aku and adik beradik happy sangat. Dapat mandi laut, main pasir. And start aku 12 tahun. Ekonomi family aku merudum sikit. So kami satu family stop berjalan2. Aku jejak balik langkawi masa aku diploma. Bayangkan lama mana. Punya la aku rindu langkawi sangat2, sampai aku rasa jejak je kaki kat jeti langkawi macam sampai negara eropah. Amek gambar hampir setiap sudut. Dan nak jadi cerita masa tahun 2014, kakak aku dapat kerja di Langkawi. Setiap minggu aku dan family gi Langkawi. Macam balik kampung je. Aku sampai hafal selok belok jalan kat Langkawi tu. Makanan langkawi, bagi aku masih asli. Sambal tak manis. Oh ye aku tak suka sambal nasik lemak yang manis. Ni aku la ye, korang tatau la. Sambal belacan kat langkawi sumpah da bomb! Sedap sungguh. Mostly kedai makan siang aku singgah memang sambal belacan semua sedap. Lauk pauk semua sedap. Bagi aku, sini masakan melayu asli. For those yang nak mai sini, sila la try nasik lemak kat sini, beli je area mana2. Kompem sedap tak tipu. Area pantai cenang je korang hati2. Mostly masakan thai sini mcm hampeh. Nak sedap keluar sikit dari cenang.
Antara tempat lain yang aku berulang pergi tapi tak bosan adalah Melaka. Melaka jugak salah 1 destinasi jalan2 yang ayah aku selalu bawak masa aku kecik2 dulu. Aku suka masuk muzium2 tu. Pusing tengok tempat bersejarah. Bangunan2 dia. Aku teramat suka dan aku membayangkan Melaka pada zaman dulu kala. The history behind tu buat aku suka sangat ke sana. Dulu masa bujang, aku and siblings selalu buat trip ke Melaka. Only us. Memang best. Kami ulang2 masuk muzium sebab seronok spend time sama2. Kat sini jugak aku sempat rasa makan ikan bakar dgn nasik lemak. Aku xpasti memang mcm tu ke makannya guys? Sebab masa kteorg ke sana, ada sorg my mom punya kawan bawakkan kami makan di area berhampiran Umbai, nasik lemak dan ikan bakar. Sumpah pelik. Sebab selalunya kami orang utara ni makan ikan bakar dgn nasik putih, accompanied with tomyam, telur dadar. Ya la thai food kan. Tapi bila kawan mak aku order ikan bakar je kami dah pelik. Sampai je ikan bakar, dia suruh makan ngan nasik lemak. Wah2 tak pernah try ni. Tapi sedappp. Umbai jangan cerita. Seafood sumpah sedap.
Another place dalam Malaysia ia terengganu dan kelantan. Ni kalau pergi memang dengan family. Jarang kami pergi siblings saja. Sebab jauh kot, parent tak berapa percaya kami pergi sendiri. Kalau makcik2 pergi sini, mesti cari kain, aku cari makanan je. Makanan kelantan/terengganu memang umpphh. Ya Allah kenapa sedap sangat makanan kat sini. I cant brain. Huarghhh! Typically, org kata makanan sini manis2. Ada yang manis memang ada. Tapi since adik aku duduk belajar kat sana, dia tau kedai mana manis, and kedai mana tak. And apparently, menurut adik aku, jarang dah jumpa kedai makan sana yang manis. Mungkin sebab adik aku duduk kawasan area Uni, so untuk sesuaikan rasa selera tekak macam2 anak Malaysia ni, dorang dah tak masak manis kot. I dont know. Tapi sumpah sedap. Nasik berlauk, nasik kerabu, and my fav nasik dagang dengan gulai kuning ikan tongkol tu. Lapaq pulak aku menaip ni. Aish. Nasik ala kak wok lagi. Aishh…….
Hatyai lagi satu tempat yang ayah aku selalu bawak pergi. Dari aku baby lagi. Mak aku pulak simpan je border pass kiteorg dari kecik2 sampai ke besar ni. Seronok je tengok muka masing2 masa kecik haha. Apa seronoknya hatyai? Entahlah. Aku tak pasti nak cakap. Tapi macam aku cakap, aku ada satu kenangan childhood yang aku tak boleh letgo kalau sampai sana. Sekarang kalau aku gi, macam satu tape tengah main depan mata aku yang buatkan aku teringat2 zaman aku kecik2 gi sana. Naik tuk tuk. Hatyai popular as tempat shopping la. Tapi tula now dah popular, kena ketuk harga la shopping sana. Tapi kena pandai tawar la. Ada yang memang murah. Ada yang suka2 baik harga. Mostly peniaga sana tau cakap melayu. Dont worry. Tawar la sampai jadi ye. Makanan sini jangan cerita, memang thorbaik. Makanan asli thai. Tomyam, kengsom semua sedap. Thailand dah pandai tambah places untuk tarik pelancong. Antara tempat best nak gi adalah Khlong Kae. Yang mana banyak peniaga berjualan atas sampan. Mostly makanan la. And dont worry, sini makanan semua halal sebab ada badan kebajikan agama islam yang jaga. Banyak lagi, Ice Dome la apa la. And aku dengar jugak inlaw aku bising2 makanan kat thailand ni tak halal. Jangan la korang masuk kedai ada tulisan cina. Aku bagi tips, nak cari kedai makan, cari yang ada lambang bulan bintang. Dulu aku pakai tips ni. Tapi sekarang kalau gi, ada tour guide. So dorang yang bawak makan. Wah. Dah selalu pergi pun ada tour guide? Aku kadang pergi ikut rombongan. So memang dh sedia tour guide. Kalau aku gi sendiri pun, ayah aku memamg dah ramai kawan sana. So tak susah cari kedai makanan halal. Tapi mostly area selatan thai ni memang kawasan yang ramai Islam. Jadi banyak je kedai makan halal.
Other places aku dalam Malaysia aku pergi jugak, cuma tak selalu. Yang aku cerita ni adalah yang aku selalu pergi. And now aku dah kahwin, ada anak. Aku masih rajin ke tenpat2 ni. Bukan apa. Ada macam 1 kenangan yang aku takleh lupa sebab aku dok pergi dari kecik2 membawak ke tua bangka ni. Family inlaw aku jadi menyampah bila dorg dengar aku and family aku nak g langkawi and hatyai. Bagi aku, yang penting, its with who you spend your holiday with, bukan tempat. Pergi la mna2 pun, kalau kau x enjoy dengan the group youre with, macam mana nak enjoy. Aku bukan taknak pergi perhentian, cherating smua tu. Belum berkesempatan. Insyaallah next time kot..
– Felis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit