Jalan ke RM50,000 Pada Usia 24 Tahun

Assalamualaikum , terima kasih kalau confession saya ini disiarkan

Hajat saya menulis ini hanyalah untuk berkongsi pandangan, yang mana betui ambik, yg mana salah tegur2 lah ya. Saya tidak berasal dari keluarga yang kaya ,x juga miskin. Mak ayah pekerja kerajaan dgn gaji total mungkin dlm 5-6k. Saya nak berkongsi tentang beberapa tip yang boleh kita amalkan kalau target anda nak ada duit Rm 50 k selepas habis belajar. =)

1. Mak bapak. Pertamanya , kesedaran mengenai keewangan ni perlu ada kepada parent. Parent yg pandai menguruskan keewangan most likely akan keluarkan anak- anak yg turut cakna dengan keewangan. Kalau anda x kaya , jgn risau , sekurangnya pastikan anak anda tidak menerima nasib yg sama. Kita yang nak jadi ibu bapak ( chewah ) kena pastikan anak- anak lagi berjaya daripada kita lah. Banyak je orang yg kaya2 skrg sbnrya bapak datuk nenek dia dahulu dah kaya ataupun dah ada pengalaman dalam bidang yg diceburi. Contohnya Donald Trump tu ha. ( Bukan donald duck, tu itik ) .So nanti bukak lah akaun bank asing2 untuk anak2 ya, contohnya ASB untuk anak. Kita kena ada mindset ” kalau generasi aku tak kaya, at least anak-anak aku nanti kaya” . Lepas tu ajar anak2 jangan jadi boros. Ajar mcm mana nak uruskan keewangan. Duit raya tu simpan, duit orang bagi untuk anak2 pun simpan. Tngok2 dah habis belajar dapat duit terkumpul 10 k. Mane tak hepi , ye dok?

2. Ilmu. Ilmu tu penting sahabat handai semua. Nak berjaya kena ada ilmu. Nak pandai buat duit pun kena ada ilmu. Menurut kata Pakdi ( nanti korang boleh la follow dia ya ) , hidup ni ada cukai kebodohan dan yuran kepandaian. Penerangan mudah, nk masuk seminar keewangan , hartanah, saham atau bisnes selalunya kena bayar . Itulah cukai kepandaian. Dan duit yang kita rugi sebab tiada ilmu,tulah cukai kebodohan sebab tak nak pergi tuntut ilmu. Cari la yang murah2 kalau tak mampu ,ada je insyaAllah. Contoh korang pergi seminar saham bayar RM 100 , then korang apply ilmu2 tu , dapat Rm 3000. Dah berapa kali ganda tuu ROI (return of investment ) , duit pun dah multipy kan ?? Dan kadang2 tu, saya rasa sangat2 lah ,tidak berbaloii seminar2 ni dengan ilmu yang kita dapat. Harga tu ada yg Rm10 – Rm 100 je beb dan ada yang freee!!! Murah sangat tu kalau nak dicompare dengan ilmu yang kita dapat. Yang peliknya kalau nak ‘ buang ‘ duit dekat seminar2 ni punyalah ramai tak nak buat, tpi dtg je skim cepat kedana berkepuk2 duit pergi buang (barulah dengan erti kata buang yang sebenar )

3. Education is an investment. Belajar tu sendiri merupakan pelaburan adik kakak sekalian. Buat yang masih bersekolah , belajar la rajin2. Aim for scholarships. Dah dapat scholarships insyaAllah banyak benda jadi mudah. Lagi2 dapat bawah Bank Negara wohaaaa. Saya sendiri pun xdelah sampai dapat biasiswa BAnk Negara tp try lah aim for it. Senang nanti. Keluar alam kerja dah x perlu fikir banyak pasal nak bayar hutang. Yang ambik PTPTN pun boleh, tapi belajar la rajin2. Dapat score tinggi kan dapat free/ pengurangan. Yang jadi masalahnya kalau x belajar, lepas tu salahkan yahudi dgn china ( ehh ) , padahal kita yang malas belajo. Adeh… Buat yg dah habis belajar, tanam mindset anak2 untuk dapatkan biasiswa. InsyaAllah boleh. Nanti xdelah kena berharap dari ibu bapa lagi untuk belajar. Yang bestnya kalau dapat scholarships, maybe korang boleh buat ASB loan taw masa tengah belajar. Contohnya korang ambik Rm 50 hinggit je dgn komitmen 30 tahun, melayakkan korang untuk buat loan Rm 10000. Tup tap lepas habis belajar 4/5 tahun , stop dapatkan sijil dah dapat free2 RM 7000/8000 dgn cara goyang kaki oiii !!! Tp tu rough estimation saja la. Kalau nak detail korang boleh follow abang khairul ezuwan untuk ilmu yang lebih. Kiraan tu saya congak2 sahaja ya, kalau salah tu maaf ler. Tu pun dengan komitmen RM 50 sahajaaa.

4. Kawal perbelanjaan. Seriously. Sedih saya dengar berita ramai anak muda di malaysia muflis sbb gagal dalam pengurusan keewangan terutama kad kredit. Control perbelanjaan kite ya abang2 kakak2 semua. Boleh je buat, insyaAllah. Selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Contoh mudah kita limitkan dalam seminggu ni berapa duit yang kita boleh gunakan , withdraw banyak tu sahaja dan berdisiplin lah dalam pengurusan keewangan. Dah semalam makan KFC , esoknya control lah belanja tu . Makan roti / masak sendiri kenyang what?? Sedap pulak tu. Nak makan sedap sekali sekala tiada salahnya tapi balance kan balik la perbelanjaan tu kan. Saya sendiri pun ada peruntukkan wang untuk self satisfaction. Kena la ada jugak peruntukkan untuk gembirakan diri sendiri kan. Jgn la kedekut sangat. Contohnya, kalau anda berminat nak beli jam fossil harga Rm 450. Jgn main beli jer. Kumpul duit ,dah cukup baru beli. Contoh , kumpul RM 20 hinggit sebulan, 2 tahun dapat lah beli !! ( dah nak jam fossil sangat sape suruh ). Dah beli tu dapat rasa dua nikmat, 1. Nikmat jam 2. Nikmat berdisiplin. Haha.

5. Cari sumber wang lain. Yang ni banyak caranya abam2 , kakak2 sekalian. Contoh , berniaga online, buat part time kerja , berniaga biasa , buat tuisyen dan etcc. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya personally berniaga secara part time . Bisnes online ni mudah je tuan2. Kalau malu nk guna profile sendiri, buatla akaun instag produk / page facebook. Rasionalnya mcm ni, dalam hidup kita 24 jam ni , kerapla jugak kita akan on9 kan? Alang2 tu , buat la bisnes terus. Sambil2 online facebook je , sambil2 like gambar instag tu boleh buat duit. Lagi2 kalau buat secara dropship jer. Lagi la mudah. Tnggu bank in, daftar order dkt HQ, ” ching” duit masuk akaun free2 jer. Dapat Rm 20 – 50 sehari cukup la idok? Dah buat pun part time masa tngok2 facebook jer. Cukup lettew. Alhamdulillah, sy dpt around Rm 20k ++ jgk dgn buat part time ni. Cuba la , mane tahu ada rezeki jadi mcm budak yang belajar dkt UM tu yang tup tap jadi entrepreneur yg berjaya . InsyaAllah.

6. Kahwin . Kalau boleh jgn la buat personal loan untuk kahwin. Kahwin ikut kemampuan sahaja. Buat apa bayar duit banyak2 untuk kegembiraan sehari sahaja ? Hidup bersama lama lagi abang2 kakak2 semua. Kadang2 family seperti mak sedara pulak yg bising buat2 murah. Rasionalkan fikiran, kebarangkalian mak sedara yang bising tu nak bayar hutang untuk kita amatlah rendah sy rasa. Jangan diikutkan sangat mulut orang ni. Kalau nk jugak buat besar , suruh diorang sponsor lah. Kalau tak nak dok diam. Dah yg nk duduk bersama 30 – 40 tahun lagi tu kita ,bukannya mak cik kita kan. Mulut orang kita tak boleh nak jaga. Tapi kena ingatlah , takutnya yang senangnya dia, yang susahnya kita. Dah door gift pun mahal, persalinan pun 5 6 helai mana x mahalnya kos. Lahai…

7. Jangan kena tipu. Orang sekarang guna perkataan “tersontot” tapi macam x sopan pulak bunyinya. Kalau hampa dengar ada pelaburan pelik2 yang boleh menjamin ROI lebih dari 20% tu hati2 lah ya. Check dlu. Hadam betul2. Tabayyun berita2 tu. Mungkin penipu lah tu. Huhu. Takutnya kena skim cepat kedana je. Hati2 lah ya. Kalau dengar bulan2 dapat duit ape semua tu, takutnya dia rollingkan duit je. Dah sampai masa dia cabut, hanguslah duit semua. Jadikan iktibar dan ambil pengajaran mereka yang dah kena tipu dgn skim emas , skim highway , skim mecca fund , pre order iphone etc2. Jgn dikecam pula mereka. Jadikan pengajaran dah la. Kenapala percaya sangat bagi orang pegang duit kita huhu. Jgn percaya waima sedara sendiri , serius. Sbb ada dua possibility.
1. Dia mmg nak tipu kau
2. Dia pun kena tipu. Eheh.

Baik, itulah sahaja ya sekadar berkongsi pengalaman hidup. Yang mana baik tu boleh amalkan , yang mana silap tu boleh tegur dekat comment. Semoga kita semua jadi orang yang cakna tentang ekonomi . Maaf kalau ada silap dan salah.

– Abam sederhana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit