Assalamualaikum, nama aku Teja umur 22 tahun . Confession yang akan aku kongsikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dari pihak umum. Harap beri kerjasama dan komen yang baik-baik aja gitu . Hehe Maaf jika ada kesalahan tatabahasa atau susunan ayat.
Amaran: Confession ini panjang. Agak melalut.
Aku dah habis belajar diploma di salah satu universiti awam di Malaysia. Course yang aku ambil pada mulanya memang aku minat tapi lama-lama senak perut berendam air mata jugak la nak habiskan diploma pun. Alhamdulillah aku grad on time walaupun aku bukan dalam lingkungan 3 pointer . Bukan aku tak usaha. Dah habis usaha, tapi mungkin masih tidak mencukupi. Habis diploma. Barulah aku rasa betapa peritnya hidup dalam erti kata dunia sebenar. “Real Life” perit. Amat perit. Cari kerja ni la yang peritnya betapa serabutnya bila tk bekerja. Mak abah aku kalau boleh saja nak biar aku duduk saja kat rumah dulu baru kerja tapi aku ni sejenis manusia degil .rasa sangat-sangat serabut bila tak dak duit. Maaf bukan jenis meminta kalau nak apa-apa dari mak abah. Keluarga bukan kaya bukan juga miskin tapi sederhana. Alhamdulillah, tak pernah berlapar, meriah saja menu mak aku masak hari-hari. Lepas habis diploma dalam sebulan lebih aku duduk saja, lepas rasa serabut dok bangun tido makan , rasa tak berkembang, yang kembangnya badan aku ja aku minta kerja area daerah aku. Merata aku minta dan Alhamdulillah dapat kat satu kedai buku ni. Seronok kerja situ dpat skill susun buku,fotostat, communication skill dan lain-lain, akan tetapi yang tak seronoknya bila suasana kerja kurang seronok. Biasala tempat kerja banyak bos ni susah sikit mana satu kita nk dengar pun tak pasti. Balik-balik aku yang jadi orang tengah sana kata sana sini kata sini aku angguk dengar sajala. Nak cakap lebih aku pekerja ja wei. Maka tak berapa ckup sebulan aku berhenti(tapi dapat gaji). Dan aku menganggur dua minggu. Dalam duduk saja dua minggu tu Aku rasa stress yang teramat. Bukan stress sebab keluarga ka apa tapi stress sebab duduk saja. Tolong mak abah tak payah mention lah. Walaupun aku bukan species baik pijak semut tak mati sopan santun tapi ada la aku tolong tapi xkan nk listkan noh. Benda simple (Tanggungjawab) . Tapi ada banyak ja tanggungjawab yang aku tak buat hee.Tapi aku mengaku la aku ni pemalas tahap ya tak mau kawin sebab aku takut nanti menyesal anak orang huhu. Biarlah nanti ada satu tahap dan ketika bila dah sampai seru dia memang boleh dah diketogorikan layak berkahwin. Sebab aku tengok orang yang sampai seru kahwin ni memang ada aura matang dia memang cara dan segala lah memang layak untuk kahwin. Aku baru belajar sikit-sikit. Aku tak layak lagi.
Lepas aku stress sebab mengganggur aku pun mula cari kerja merata lagi sekali tapi kalini skop pencarian lebih besar. Sana sini gi interview akhirnya aku merempit naik moto ke daerah sebelah aku mengambil masa sejam perjalanan . Aku dapat kerja area situ. Niat utama aku adalah cari pengalaman.
Aku sewa bilik, dan mak abah aku haruslah tak bagi, tapi aku ni memang jenis tak dengar kata. Aku kerja. Jangan risau mak abah aku elok ja redo dengan pilihan anak perempuan dia yang kedua ni. Kerja situ sangat lah seronok sebab hari-hari aku belajar benda baru, bekerja berkaitan alam flora ni seronok.Para pekerja dan boss yang baik. Aku kena jaga jualan, berkomunikasi dengan pembeli. Macam-macam jenis manusia wujud kat dunia ni tau dak. Tak kira la hang pangkat tinggi tak tinggi . Mak cik Pakcik Muda Tua Ustaz ustazah, bila mai satu perkara memang nampaklah perangai depa-depa ni. Dalam seronok kerja ada jugak tak seronoknya. Kerja kat sini bukan mental saja aku kena guna fizikal apatah lagi. Sebulan pertama kerja aku dalam nak balik rumah tu hari-hari menangis . Masuk bilik teriak sembahyang teriak. Stress bukan datang dari kerja teruk yang mcam orang luar tanya ( ada ja customer tanya aku ni orang mana) haha yalah, aku ni tahap hitam dah hitam dah tambah dengan berjemur lagi la. Tak payah harap orang nak tackle hang haahah. Aku Stress dengan pengurusan. Malas nak cerita lebih-lebih. Lepas sebulan tu aku dah tak rasa apa dah kena marah ka kena perli ka, aku buat macam hati batu ja , buat-buat bahagia haha. Masa kerja tu aku memang lifeless gila. Cuti sehari itupun rehat saja. Kalau tak pun naik motor teroka apa yang ada dekat daerah tu tak pun duduk rumah kemas bilik basuh baju. Rutin harian aku pergi kerja pagi balik pkul 7 mandi basuh baju yang berselut-selut tu solat tido. Betapa rasa masa belajar dulu banyaknya masa aku .
Cukup 3 bulan kerja aku dapat tawaran sambung degree mulanya aku ingat tak mahu sambung tapi aku pikir betapa peritnya hidup aku dengan pointer ala kadar, nak cari kerja apa? Dengan fikir sampai bila aku nak duduk kerja macam pekerja asing kat sini. Aku boleh jadi lebih baik aku pikir, dan beberapa faktor lain . Aku pilih sambung degree. Ambil masa jugak nak pulih burn kt muka dan tangan aku ni, masuk degree dengan muka macam tu la huhu. Niat dah betul, maka belajarlah aku dan ternyata degree sangatlah susah. Aku pulun sehabis baik aku. Cara belajar degree tak sama dengan diploma. Tambah pulak bila aku ni jenis slow learner. Fokus kena lebih walaupun kawan hang yang dok kata mengantuk-mengantuk bila lecturer tanya boleh ingat aku yang fokus katanya tak boleh ingat apa yang lecturer tu cakap. Inilah masalah utama aku. Aku sangatlah mudah lupa. Kismis telan selalu hehe. Aku belajar dan belajar. Susah bila hang ni jenis lambat pick up, buat group duscussion pun hang tak boleh ‘memberi’ rasa bodoh dan tak berguna sangatlah wei. Dan baru-baruni result keluar dan aku target nk dean yala gila apa dah la diploma pun ptptn. Inikan pula degree total mau 32k.
Aku selalu follow cerita kt iium confession ni pasal depression dan memang tanda-tanda yang dikongsikan ada juga pada aku. Maaf aku tak percaya boleh luah kat kawan-kawan sebab banyak kali aku cuba tapi aku rasa aku ni jadi bahan tambah kekurangan aku. Aku sedar benda ni masa zaman diploma lagi .atau lebih tepat form 4&5 . Aku bukan tak bergaul dengan orang aku bergaul saja, aku fikir mungkin aku kena keluar dengan kawan-kawan ka apa. Aku keluar gelak-gelak besar tapi at the end of that laugh aku rasa hmm kosong . Aku solat baca Alquran selalu lepas maghrib. Doa agar tenang dipermudahkan urusan aku. Tenang tapi sekejap. Mungkin belum cukup.
Berbalik pada aku dapat result untuk semester pertama. Pang! Aku tak dean pun ptptn bila kita dean every semester kita tak payah bayar balik, aku harap tu tapi tak dean cukup 3 something saja pointer aku. Bukan tak bersyukur tapi aku rasa, Aku tak cukup pandai . Takat itu saja kebolehan otak aku untuk belajar. Sekarang adalah kemuncaknya bila aku terlalu fikir benda ni . Sebab aku rasa macam terbeban dengan belajar kalau result aku mcam ni saja. Memang aku nak ilmu tapi macam mana aku nak survive bila keluar nanti kena hadap 32k hutang kena bayar balik. Baik aku kerja apa saja, dah dapat tiap-tiap bulan bagi kt mak abah aku seratus tiap sorang macam masa aku kerja dulu . Ada saving untuk masa depan . Ni kalau aku belajar lagi tentu tak ada saving. Mulanya aku ingat sambil belajar nak kerja. Tapi memandangkan result pun macamtu bila tak kerja pun inikan pula kerja ada banyak komitmen result aku nak jadi apa. ? Sedih juga aku bila fikir tak cukup kah diploma . Yaa aku memang tak mengharapkan kerja kerajaan kalau ada rezeki Alhamdulillah sangat-sangat. Aku masih job hunting. Nak berbisnes rangka dah ada walaupun tak tentu jadi. Tapi modal yillek. Aku ingat nak kerja dulu apa saja cari modal dan baru bukak bisnes slow-slow kalau tunggu lepas degree hmm rasa macam buang masa jugak. Aku ada jadi dropship ya, tak jalan. Sehabis baik dah aku cuba. Aku bukan apa , family walaupun sederhana tapi kami bukanlah berduit sangat, tak punya kereta nak kemana-mana, mak abah teringin nak berjalan-jalan pergi kenduri jauh kami sewa kereta sehari. Mak abah aku tak rasa senang lagi dari dulu sampai sekarang aku nak la bahagiakan depa. Aku ada duit nak belanja depa nak bawak pergi jalan-jalan mana pun nak bawak pergi haji. Sedih wei bila tengok mak abah hang tengok cerita haji umrah ni nak2 lani nak dekat musim haji. Nak jugak biar depa rasa seronok. Adik-adik ada yang belajar lagi ada yang akan sambung belajar, kak aku baru bekerja , dia ada degree walau pun mulanya kerja nak dapat pun susah tapi Alhamdulillah rezeki Allah kt mana-mana dia banyak dah berkorban dah senangkan sikit dah kami sekeluarga dan dia pun akan kahwin nanti dan haruslah dia punya komitmen lebih dan seterusnya aku anak ketiga. Aku rasa macam aku tak boleh harapkan dia saja dia akan ada banyak tanggungjawab. Aku rasa aku kena ambik alih tanggungjawab jaga keluarga pulak. Atau aku sabar belajar dulu terkedek-kedek lepas belajar baru mula semua Aku takut aku tak sempat buat depa bahagia dan senang . Tak depa pi dulu takut aku yang pi dulu. Aku bukan nak bagi orang berbalah pasal belajar ada degree diploma tak belajar ka apa kerja elok saja ka apa. Sebab aku percaya rezeki Allah, ada sebab Allah letak seseorang tu dekat tempat macamtu, masing2 ada kebolehan sendiri sebab aku percaya Rezeki Allah letak seseorang manusia itu pada keadaan itu , hanya Allah saja tahu kenapa. Aku cuma nak rakan-rakan yang boleh bantu aku apa yang terbaik untuk aku . Biasala aku kalau bagi nasihat dekat orang pun elok saja bila kena batang hidung sendiri memang aku lost. Aku sangat perlukan pandangan orang lain
Konklusinya adakah aku patut berhenti belajar sekarang dan bekerja atau terus sambung belajar, dengan keadaan ekonomi negara sekarang ni? Aku buntu . Tolong aku maaf melalut awalnya bukan apa aku teringin nak bercerita tapi tak dak sapa ikhlas nak dengar kecuali Allah. Jadi aku share cerita aku kat pembaca iium semua agar ada yang ikhlas bagi pandangan kat aku. Maaf dari aku yang serba kekurangan.
– Tun Teja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit