Assalamualaikum. Thank you admin sebab approve confession ni. Aku terbaca haritu ada student postgrad buat confession pasal master and bila aku baca, aku rasa macam, damn mudah gila jalan dia. Aku kat sini separuh mati dah and baru habis first sem and nak masuk second sem ni. Boleh ke nak habiskan ni? Bagi aku, sambung master and phd ni ada pahit dan manis dia. Macam macam kes yang aku dah dengar and aku sendiri rasa. Kalau orang kata master dan phd ni jalannya mudah, fuh, memang aku nak berguru dengan orang tu.
Aku student master dekat universiti awam yang martabatkan Bahasa Malaysia (jeng jeng jenggg dah boleh teka ke belum?). Masuk ni, aku dah second sem. Masa first sem, aku buat master in research sebab aku bercita cita tinggi nak menyumbang untuk pendidikan negara, dengan harapan research aku tu dapat better teacher education so students dapat cikgu yang berkualiti tinggi nak mengajar English dekat sekolah. Masa sebelum nak sambung pun Tuhan dah uji. Ha, ini antara ujian dia.
1. Application was left unattended. Ye, kawan kawan. Aku sebenarnya bercadang nak sambung master dekat universiti yang aku buat degree sebab aku bercadang nak kerja dengan supervisor aku. Dia dah checkkan proposal aku, and everything dah siap dah. Application aku dah isi online semua, everything dah settle. Tinggal tunggu proposal tu masuk meeting and dapat approval untuk aku sambung master dekat situ je under mode research. Ha, tapi Tuhan uji. Staf yang in charge of proposal aku tu ditukarkan ke jabatan lain and takde orang pun yang attend that proposal. Aku hantar application aku in june 2016 and sampai november 2016 still tak dengar berita apa apa. So supervisor aku suggest aku apply buat master by research kat other universiti (universiti sekarang). Aku ikut suggestion dia, tapi itulah, aku dah tak boleh kerja dengan dia.
2. Relationship problems. Yang ni biasalah weh. Kalau kau dapat partner yang supportive, kau sangat beruntung. Serius aku cakap. Ni aku dengar dari akak akak yang sambung master, phd ni. Ada husband yang supportive to the point bayar yuran in full, yang tak kisah bila bini tak masak, yang tolong uruskan hal hal kat rumah. Ada yang bila dengar bini nak pergi library masa weekend sebab nak baca thesis and dissertations, terus mogok tak bercakap 2 minggu. Aku ni, partner aku jenis yang tak reti mendengar masalah. Bila aku breakdown and aku call dia sambil nangis, dia akan cakap nanti dah berhenti nangis call balik lepas tu dia end call. Bila gaduh je nanti dia kata, ha baru diduga sikit macam ni dah nangis. Nanti macam mana nak sambung phd kat luar negara? On good days, dia memang supportive lah. Suruh aku belajar rajin rajin, publish paper banyak banyak. Kalau busy tak contact pun takpe. Tapi kalau gaduh tu subhanallah segala macam melahar keluar.
3. Breakdowns. Master ni bagi aku is a very lonely journey. Masa undergrad kan, walaupun kau stress banyak assignment, tutorial, lab report, tapi kau still boleh senyum and lepak dengan kawan kawan kau tengok midnight movie. Sebab apa? Sebab ada kawan kawan yang rasa benda yang sama. Tapi bila master ni, peh diknon, kau rasa sorang sorang lah. Masa aku buat master by research tu, aku memang selalu rasa depressed and alone almost all the time. Every 2 weeks mesti akan ada breakdown. And selalunya akan jadi masa weekend. Aku memang akan menangis je, kadang kadangs sebab benda yang tak masuk akal, and tidur nak dekat 16 jam sehari and takkan makan. Depressed tu sebab banyak benda la: takde kawan, family jauh, masalah kewangan, nak publish paper tapi yuran mahal, nak pergi conference and present paper tapi miskin, tak dapat kolej. And the list goes on. And yang paling sedih, kau depressed sorang sorang. Kalau nak cerita kat orang lain pun, dorang boleh buat apa? Classmates semua dah ada yang kahwin, beranak pinak. Masalah kat rumah pun bertimbun. Nak cerita kat mak ayah? Nanti dorang risau. Nak cerita kat adik beradik? Dorang pun boleh tolong apa je? Nak cerita kat kawan kau? Dorang faham ke? Last last kau mereput lah kat corner bilik tu menangis sorang sorang and terfikir kenapalah dulu susah susah nak sambung master.
4. Adapt dengan tempat baru. Aku ni sejenis manusia yang ambil masa yang lama nak adapt dengan suasana and orang baru. Fuh masa mula mula masuk uni baru ni, rasa excited campur takut campur gusar semua ada. Tapi fikir positif je macam ala takpe nanti kalau tak tau boleh tanya orang. Hahahahahaha memang la boleh tanya orang tapi lama lama aku pun segan nak tanya and orang pun dah tak larat nak entertain soalan aku. Last last aku depressed sorang sorang. Terlepas tarikh nak apply kolej pun aku nangis 3 hari tau sebab tak tau nak duduk mana masa short sem tu. Aku cadang nak duduk dalam kampus masa cuti sebab nak pergi berkampung kat library baca thesis and siapkan proposal nak present. Tapi tu lah, Tuhan nak duga nak tengok kuat ke tak. Terlepas tarikh nak apply kolej. Sekarang ni aku nak dekat 2 minggu dah tunggu application utk rayuan kolej diluluskan. Baru je tadi kena jerit dengan staf kolej sebab katanya aku ni pertikaikan apa yang dia cakap. Ek ena kau nak jerit kenapa? Cakaplah elok elok. Aku ni penat berbudi bahasa, susun ayat tanya elok elok, kau nak jerit bagi satu kolej dengar kenapa?
5. Selain tu adalah dugaan dugaan lain. Contohnya macam kena halau dengan roommate sebab aku tak bercakap dengan dia 3 hari. Padahal aku tengah serabut fikirkan proposal aku yang tak jalan jalan. Terus hantar mesej panjang lebar halau aku. Aku kiranya ni boleh duduk dekat bilik tu sampai 22hb. And esok aku nak try buat rayuan kat kolej lain. Masalah kewangan lagi. Walaupun parents aku mampu nak bayar, tapi aku sebagai anak rasa macam tak guna juga bila terpaksa minta belas kasihan dorang untuk bayarkan yuran. Aku memang berhutang nyawa and budi dengan parents aku sampai bila bila. Fuh serius aku cakap.
So kawan kawan itulah kisah dia. Master dan phd ni takdelah sesenang atau seindah yang diceritakan orang lain. Kalau indah sangat tu memang sugarcoat tahap 18 layer gula lah tu. Tapi, janganlah sebab apa yang aku cakap ni, korang terus taknak sambung belajar. Sambung. Belajar lah sampai ke liang lahad. Bila kita sambung belajar, lagi banyak benda yang kita sedar kita tak tahu. And benda ni bagus sebab kita belajar untuk merendah diri. And bak kata kawan aku, master ni kira macam satu stage dalam hidup kau untuk build resilience sebelum kau buat phd. Kau belajar untuk jadi kuat, untuk berdiri atas kaki sendiri, untuk kutip semangat kau yang dah berkecai lepas kena marah dengan supervisor. Sambunglah master. Sambunglah phd. Kalau orang tanya aku, atau someday bila aku breakdown and muncul soalan “kenapa aku sambung master”, inilah jawapan aku: aku nak rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya harungi benda ni walaupun susah and aku nak sambung phd and sumbangkan sesuatu yang worthwhile kepada sistem pendidikan negara. Tak banyak, sikit pun jadilah. Dan aku sambung belajar sebab aku suka belajar. All the best kawan kawan yang nak sambung. Moga Tuhan permudahkan urusan, kuatkan mental, emosi dan jasmani untuk habiskan apa yang kita dah mulakan inshaallah amin.
– Malin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit