Jalan Untuk Bahagia

Bercampur baur juga perasaan masa tulis confession ni… Sebab risau juga ada yang akan cakap aku riak… Tapi kalau anda positif dan boleh ambil pengajaran, Alhamdulillah… Tak ada niat nak membangga atau apa pun. Kebetulan malam ni aku ada baca 2 confession berkaitan isu rumah tangga. Yang satu tu bertajuk Aku bukan Asiah. Yang lagi satu about redha suami. Macam terpanggil pula nak luahkan isi hati.

Aku dah kahwin 9 tahun.. bila aku kata bahagia,bukanlah bermaksud kami tak pernah bergaduh. Bagi aku bergaduh sekali sekala bagus. Sebab dari situ kita boleh baiki lagi apa yang kurang. Tambahkan warna warni dalam hidup berumahtangga. Macam nak buat rendang… Campurkan rempah ratus,garam gula,santan kerisik serta teknik yang betul,dapat juadah yang sedap.

Orang cakap bercinta lepas nikah seronok. Macam aku, aku start bercinta sebelum nikah lagi. Aku kahwin dengan lelaki yang sayangkan aku lebih dari aku sayangkan dia. Dan aku kahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab. Itu ciri utama yang aku cari untuk bakal suami dulu. Sebelum aku jumpa suami,aku pernah bercinta. Semua ex boyfriend aku handsome. Ada yang playboy. Ada yang manja, ada yang bermulut manis. Tapi aku berpijak atas dasar realiti,semua tu tak bawa kemana-mana pun. 1st step, kenalilah ciri utama yang kita nak untuk dijadikan suami kita. Aku nak sikap tanggungjawab, aku cari yang tu je dulu. Tak payahlah nak buat list panjang2. Siapa cakap makin lama kahwin makin hambar? Aku dah kahwin hampir 9 tahun.. setiap kali aku bangun tidur,aku akan tengok dulu suami seminit dua. Selalunya aku bangun awal dari dia. Aku pandang mata hidung telinga,rambut,tangan or semua ok. Kadang betulkan sikit rambut kat dahi dia. Just a simple touch. Tak perlu dia tahu pun tak apa. Barulah aku mandi solat dan start buat kerja rumah semua. Dah jadi rutin. Korang mungkin rasa macam tak ada apa sangat rutin tu. Tapi rutin tu la biasanya jadi penyelamat masa adanya perang dingin dalam rumah. Aku tak pernah bergaduh lama. Sebab selalu rasa rindu pada rutin, automatik rindu juga pada orangnya. And yes,kami ada banyak intimate routine. Makin banyak korang create benda tu dlm rumah,makin korang akan rasa rugi sangat nak bergaduh lama.

Walau surirumah,tapi bukan bermaksud semua kerja rumah aku uruskan. Suami aku tanggung segalanya-galanya. Walaupun kereta ada,tapi tak bergerak di basement. Dia tak kisah. Tunggulah hujung minggu shopping barang dapur dan barang keperluan rumah bersama-sama.. Tak pernah di suruh aku membeli sendiri. Sepanjang selepas bernikah, jarang sangat aku bertugas di bahagian siang dan bersih ayam,ikan,daging,seafood kat dapur kami. Dia basuh bersih dan pack siap-siap dalam freezer. Alasan yang biasa, tak nak tangan aku berbau hanyir. Dia lagi rela aku jagakan anak sementara dia buat kerja kat dapur. Semua kerja dia biasa buat tanpa aku suruh pun. Bab laundry,kemas dan mop rumah.. everything except cooking. Yang tu memang angkat bendera putih katanya. Kalau dia sempat, dia akan buat.

Ya,aku memang bahagia. Sebab utama dapat suami yang baik sangat. Tapi aku tegaskan,kahwinlah dengan lelaki yang baik macam mana pun, kita janganlah goyang kaki harap die stay baik macam tu sampai mati. Nak bahagia,kena berusaha juga.
Dalam rumah kami,trust level sangat tinggi. Sampaikan suami aku letak semua no pin credit card, ATM dan password online banking dia berdasarkan tarikh birthday aku. Untuk senang aku guna kalau aku nak guna.terutamanya credit card.
Tapi semua ni tak datang tiba-tiba pun. Sejak awal perkahwinan,aku tak berahsia langsung dengan suami. Semuanya aku cerita. Dan proses ni tak akan habis sampai tua. Dalam rumah,apa-apa yang aku buat..aku akan bagitau suami. Contoh aku nak mandi,sambil ambil tuala tu aku akan bagitau nak mandi. Nak makan,aku bagitau. Nak itu ini,aku bagitau. Annoying kah?maybe yes,maybe not. Aku bagitau bukan nak minta izin sangat pun cuma just terbiasa. Bila kami bergaduh,aku tetap mesej minta izin nak keluar. Dan…masa secret admirer aku dulu mesej nak bersembang malam-malam,aku tunjuk handphone terus kat suami.

Kereta yang mula-mula kami beli semasa awal perkahwinan dulu, hampir tamat. Lega sikit. Adalah lebihan gaji suami kan…. Boleh la menabung untuk anak lebih sikit. Tak sempat nak suggest, suami dah bagitau. “Abang bayarkan PTPTN ayang guna duit tu. Dah lama tertunggak. Dah free dari bayar kereta,boleh la bayar banyak sikit hutang PTPTN tu. Cepat sikit habis”. Aku terkesima sekejap. Tak pernah bincang pun pasal ni. Aku geleng kepala. Aku tolak secara baik. Aku yang pinjam,takkan suami pula nak bayar. Tapi lama-lama terpaksa mengalah bila suami berkeras. Iyalah,aku sekarang pendapatan tak tetap. Side income pun tak lebat macam dulu. Tapi jauh di sudut hati berbekas juga rasa segan.
Tapi dulu… Ya,aku ingat dulu masa aku ada pendapatan yang tinggi setiap bulan. Suami tak sentuh duit aku. Masa tu aku selalu bayarkan secara sembunyi-sembunyi PTPTN suami. Masa tu awal perkahwinan kami dah beli rumah. Suami cukup-cukup gaji untuk bayar semua bil dan bagi nafkah kat aku saja. Sekarang gaji dia selalu naik tiap tahun. Aku pula tiada lagi gaji tetap macam dulu. Bila kita ikhlas buat sesuatu tanpa harapkan balasan,Allah akan balas sesuatu yang lebih baik juga kan?

Aku aktif di Facebook. Korang tahu kan kat Facebook selalu lah keluar artikel bab tanggungjawab lelaki…. Kadangkala ada keluar post yang suruh tag suami anda kalau nak bla bla bla. Haram la aku nak tag laki aku sendiri. Nope. Aku tak akan tag or share post yang pasal surirumah keletihan banyak kerja,yang bab nak suruh suami belikan itu ini…. Tapi hanya certain post je aku akan share or tag…. Just post yg tunjukkan aku hargai suami. Aku memang jaga betul-betul bab ni. Walaupun suami aku jenis relax je tapi…aku bukan jenis nak mengajar laki sendiri pun kat Facebook. Rasa nak bagitau,aku cakap depan-depan kat rumah nanti je… Sepertimana awal perkahwinan dulu kami makan bersuap,sekarang pun sama lah. Jagalah hati suami macam kita jaga sebutir berlian. Hah.aku reka je peribahasa ni. Tapi gilap lah selalu hati suami. Dan…jaga lah mulut. Kalau marah senyap. Biarlah yang keluar dari mulut kita selalu yang baik dan sedap di dengar. Maniskan wajah dengan senyuman. Buat semua ni dengan ikhlas. Kadang-kadang aku bercerita cerita lawak,aku gelak tapi suami tengok-tengok tengah buat kerja lain. Well, aku anggap aje suami dengar. Lepas aku ber haha sensorang,aku buat kerja lain pulak. Perempuan banyak emosional. Kadangkala emosi tu di letak pada benda yang tak perlu pun. Elakkanlah macam tu. Hidup ni terlalu singkat untuk buat perkara yang sia-sia.

Aku pernah kerja sepenuh masa dulu. Sekarang aku buat side income kat rumah. Sebab dah biasa pegang duit sendiri. Honestly, duit aku,tetap duit aku only. Suami aku refuse untuk guna duit aku. Jadi time aku dapat payment dari client, aku simpan untuk tabungan anak dan dalam bank aku je. Tapi aku rasa bab ni penting. Jaga niat kita semasa cari rezeki sebagai isteri. Walaupun aku buat kerja dalam keadaan marah sekalipun,(time berperang dingin)…tak pernah sesekali aku cari duit dengan niat untuk simpanan aku kalau-kalau ditakdirkan aku bercerai. Sebab aku memang tak menyumbang duit dalam rumah, aku just niat untuk penuhkan akaun je. Pendapat aku,eloknya carilah niat yang positif. Mungkin lebih berkat kot? Entah. Oh ya,kepada kaum lelaki kalau anda ikhlas tunaikan tanggungjawab menyara anak isteri tanpa merungut, yakin Allah akan bagi rezeki lebih. Maybe dalam bentuk kenaikan gaji?bonus?kesihatan anak? Suami aku Alhamdulillah gaji sentiasa cukup untuk kami walaupun tak mewah. Walaupun selalu apply cuti untuk appointment anak di hospital, rakan sekerja dan bos memahami. Malah kenaikan gaji lebih banyak dari orang lain.

Sebenarnya,aku masih cuba untuk bahagia. Aku masih berusaha untuk bahagia. Walaupun duit dalam bank dah tak banyak sekarang, tapi aku tetap rasa kaya. Perut selalu kenyang. Dapat suami yang caring. Anak yang comel.Jiran yang baik2. Family yang memahami. Tak perlu ada kereta mewah pun. Tak perlu ada rumah besar pun. Dalam hati ada rasa lapang. Itu rezeki juga kan?Cuma Allah hadirkan dalam hidup kami anak yang special. Yang perlukan perhatian khusus. But you know what….Allah menguji hamba-hambaNya sesuai dengan kemampuan. Maknanya aku kuat. Aku bersangka baik pada Allah. Seriously aku tak boleh sebut tentang anak sebab sekarang pun air mata aku nak menitik.

Ya,bersangka baiklah dengan Allah. Walau dengan sebesar-besar perkara atau sekecil-kecil benda sekalipun. Masa zaman anak dara dulu aku pernah cakap kat kawan. Aku nak lelaki yang boleh tanggung aku dari A-z..jaga aku dari hujung rambut ke hujung kaki,bayar pinjaman belajar yang aku ambil. Lelaki yang kerja di office besar kat KL. Aku yakin Allah akan bagi aku suami yang baik. Masa tu aku di IPTA,tak kenal pun lagi suami. Awal perkahwinan kami pun,aku masih kerja. Aku pulak yang rela tolong bayarkan PTPTN suami sekali sekala haha. Suami pun kerja di office biasa je. Sekarang aku dapat apa yang di idamkan. Tu pun baru sekarang. Tapi bukan bayangan macam drama TV3 tu lah. Asal berkot,berkereta mewah,baru boleh capai. Tidaklah… Aku masih pakai kereta Proton, rumah apartment tapi selesa,suami pula walaupun kerja syarikat yang okay sekarang tapi just pakai t-shirt and jeans . 2-3x dalam setahun dapat barang berjenama hadiah dari suami.Tapi renungkanlah betul-betul. Allah dah cukupkan. Sebenarnya dah bagi pun apa yang aku minta dulu. Jadi aku harus bersyukur setiap masa. Hatta aku nak cari parking pun,aku berdoa ada rezeki. Bila dapat parking yang dekat dengan gate,syukurlah…rezeki baby. Parking pun je kan?but,semua yang berlaku ni aturan dari Allah. Kalau Dia kata jadi,jadi lah… Kalau belum sampai masa,sabar dan bersangka baiklah dengan Allah sepertimana aku masih menanti anak kesayangan aku sembuh sampai sekarang.

Bila kita dah dapat insan yang baik dalam hidup,jaga dengan sebaik-baiknya. Kalau suami aku bersihkan ayam ikan kat sink sambil pakai apron,aku hugs dan cakap thanks. Terbalik pula kan dari situasi normal. So what.. tunjukkan kita hargai. Suami tolong tutupkan suis lampu pun aku ucap terima kasih. Kalau suami lipat baju. Biasanya tak puas hati juga. Tak perfect macam isteri buat. Ucap terima kasih. Bila nak masukkan baju dalam almari,aku baiki la pula sikit. Sekadar contoh..

Confession aku tak ada kes yang hot pun kan. Macam nak cerita bab bahagia je. Tapi bahagia ni luas. Tak sama bagi setiap orang. Ada yang impikan dapat kerjaya di idamkan baru rasa bahagia. Sekarang makin berusia makin aku rasa positif. Tak sama masa mula-mula kahwin dulu. Darah muda biasalah. Sikit-sikit bergaduh,merajuk. Perkara biasalah dulu. Penting juga tu. Kita ambil sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Suamiku pun bukan alim warak. Tapi solat cukup. Aku pun bukan wanita perfect. Tapi dalam rumahtangga ni kita sentiasa cari ruang untuk improve diri sendiri. Yalah, 9 tahun ibarat baru setahun jagung kan. Tak layak pulak bagi nasihat lebih-lebih. Orang yang kahwin 20 tahun pun tak berani nak nasihat. Tapi aku pernah lihat pasangan yang kahwin hampir 30 tahun sah bercerai… Aku pernah lihat pasangan yang dah kahwin bertahun-tahun selalu bergaduh siang malam. Aku tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Kat Google pun banyak cara untuk pasangan suami isteri improve bab relationship ni. Suatu masa dulu,aku salah seorang yang selalu bergugel untuk benda macam tu..
Doakan aku lebih bahagia… Tq admin jika confession ini disiarkan. Dan tq jika ada yang sudi baca sampai habis.

– Leticia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *