Aku Aidan. Di awal 20 an. Sudah graduate dan bekerja alhamdulillah.
Pada tahun lepas, aku masih lalai dengan dosa, terlalu sayangkan manusia hingga terpaksa menanggung duka dan kecewa.
At this point, tiada bantuan yang aku harapkan dan semuanya dengan struggle diri sendiri.
Melihat diri aku yang kian jatuh, aku cuba untuk keluar dari masalah dengan meminta bantuan sahabat² yang rapat denganku.
Allah hadirkan sahabat² yang tidak pernah judge dengan dosa² silamku sebaliknya membantu aku satu persatu. Masih terngiang² lagi nasihat dari sahabatku,
“Bila kita buat dosa, benda pertama yang kena buat ialah solat taubat. Sekali dua solat mungkin tak rasa apa². Tapi jika kita buat berulang kali, Allah akan hadirkan rasa dan jalan untuk kita berubah. Jangan stop buat solat taubat.”
“Yang kedua, kena ada rasa keinginan untuk berubah. Tekad dlm hati, aku nak berubah. Selalunya manusia tahu benda tu dosa dan salah tp mereka keep on buat benda yang sama sbb mereka tiada keinginan utk berubah. So keinginan utk berubah tu penting.”
Jujur aku katakan, ianya mengambil masa berbulan lamanya, tetapi aku tetap sama. Masih meletakkan kebergantungan hidup kepada manusia dan sedih dengan diri sendiri.
Melihat akan diriku yang makin tersasar, aku tekadkan diri untuk memulakan perubahan.
Bermulalah awal Ramadhan, aku mulakan amalan berikut sehingga hati benar² tenang bila bertemu dengan Allah.
Without miss aku lakukan amalan berikut sepanjang Ramadhan sebab aku betul² inginkan pengampunan Allah dan perubahan dlm diriku.
1. Solat sunat taubat
2. Solat sunat dhuha
3. Tahajjud
4. Solat sunat witir
5. Khatam al-quran (berulang ulang kali)
6. Almathurat pagi dan petang
Dan amalan ni aku buat sambil baring sebelum tidur.
1. Istighfar 100x
2. Selawat 100x
3. Zikir (ada pelbagai zikir dan lakukan 100x)
4. Sedekahkan alfatihah (setiap satu untuk diri sendiri, mak, ayah, dan seluruh umat islam yang masih hidup atau meninggal dunia)
5. Ayat qursi 3x
6. Baca surah almulk
7. Tiga qul
8. Baca doa apa² yang inginkan
9. Maafkan semua salah dan silap orang sekeliling
Setelah berminggu² aku lakukan, Allah berikan aku ketenangan yang aku sendiri tidak mampu bayangkan.
Ada hari yang aku tak ikut semua, hanya buat sekadar yang mampu. Tetapi berkat usaha kecil aku, perlahan² Allah ringankan hati untuk aku tinggalkan maksiat yang aku lakukan.
Sungguh, tiadalah daya upaya kita sebagai hamba untuk terus hidup tanpa keberkatan dan rahmat Allah. Dan ingatlah, sentiasa letakkan kebergantungan kepada Allah, nescaya hati akan tenang.
Nasihatku, masih tidak lambat untuk berubah. Ayuh merdekakan diri daripada terbelenggu dengan dosa. Moga Allah istiqamahkan diri kita untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat denganNya.
Semoga perkongsian aku yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan mendorong lebih ramai lagi manusia sepertiku untuk berubah.
– Aidan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit