Jana Pendapatan Dengan Tuisyen

Assalamulaikum semua. Saya memohon maaf jika cerita saya tunggang langgang sebab saya tak pandai mengarang tapi saya cuba. Harap semua boleh ikuti sedikit cerita saya sampai habis ye. Tulisan saya khas untuk yang sedang mencari kerja.

Saya seorang perempuan, berumur 29 Tahun. Graduan dari U awam. Berasal dari Johor. Selepas saya habis belajar (belum konvo) saya ada ternampak satu iklan mencari guru tuisyen di area Sg Buloh. Tanpa berfikir apa2 saya terus memohon. Then dapat panggilan temuduga dan beberapa hari kemudian terus masuk kerja.

Saya bergerak ke Sg Buloh dengan meminjam kereta buruk ayah saya. Haha sorry ayah. Saya minta izin nak menetap selama beberapa bulan di rumah mak saudara saya di Bukit Beruntong. ( setiap bulan saya bagi makcik rm300). Hati saya memang cekal ketika itu kerana saya tahu gaji pertama saya adalah rm1100. Dapat gaji pertama, saya tak pernah lupakan mak ayah saya, saya tetap kirimkan wang kepada mereka. Bulan pertama kedua dan seterusnya memang duit licin setiap bulan.

Saya tak putus berdoa dan solat duha. Rezeki makin hari makin bertambah apabila pusat tuisyen tempat saya bkerja menawarkan home tuition yang dibayar dengan jumlah yang agak lumayan iaitu RM50/jam. Setiap sesi 2 jam /4 kali sebulan. Dengan itu saya dapat menambah pendapatan menjadi rm1500 pada bulan yang ke 4 saya bekerja. Bulan berganti bulan, bulan ke 6 saya bekerja, saya memohon jadi guru tuisyen di area Gombak (2 pusat tuisyen berlainan), dapat.

Next saya mohon di Rawang, dapat. And last one saya mohon di Sg buloh juga, dapat. Semua tu saya mohon serentak dan berlaku sangat cepat.Makin lama makin banyak tempat saya mengajar dan pendapatan ketika itu telah mencecah ke RM3000. TETAPI! saya banyak menghabiskan masa memandu (minyak RM400 sebulan). Ok la kan dengan waktu bekerja yang tidak terikat dan flexible. Pagi 2 jam home tuition, petang 2 jam , malam 2 jam. Masa ni memang lepak sorang kat mall sebab kawan semua kerja, haha.

Ok kita sambung, Permintaan home tuition yang sangat tinggi menjadikan saya semakin seronok mengajar dan memperbaiki skill mengajar. Pada mulanya memang saya tak pandai mengajar tapi saya CUBA dan CUBA dan saya cari peluang mengajar merata sampai jadual saya penuh isnin hingga ahad malam! Saya akan cuti bila cuti sekolah sahaja. mesti korang cakap tak penat ke? Haha memanh xpenat saya rasa rilek sangat kerja saya. Datang kerja 2 jam pastu balik tidur. Itu lah kerja ku tiap hari.

Tahun ke 2 saya bekerja sebagai freelance teacher, semangat makin membara. Saya niat dalam diri ” aku nak cari rezeki nak kumpul duit nak kawin” kikiki. Bulan ke bulan saya dapat penuhkan jadual hometuition saya sehingga 22 jam seminggu tidak termasuk kelas di pusat tuisyen.

Untuk pengetahun semua bayaran yang saya terima di pusat tuisyen ialah RM25/jam sekolah ren, RM30/lower form dan RM35/upper form. Home tuition saya dibayar RM50/hour. Untung kan hometuition sekali pergi dapat RM100 untuk 2 jam? Sebab tu saya tak kisah travel jauh2. Gaji yang saya dapat untuk home tuition sahaja RM50 x 22jam x 4 minggu = RM4400. Sempat la 4 tahun merasai gaji RM7k++.

Jadi saya nak bagitahu kat sini bahawa buat tuisyen dekat area KL ni memang sangat berbaloi, Memang duit banyak tetapi keburukan mesti ada iaitu tiada epf etc. Tetapi saya tak kisah sbb tujuan saya kerja ni memang nak bawak mak ayah pergi umrah dan dapat kumpul duit saya pergi haji. Alhamdulillah saya dah bawa mak ayah saya pergi umrah dengan duit saya sendiri. Saya dah beli kereta axia. Now saya dah kawin, saya buat tuisyen mana yang sempat sahaja tetapi tetap income bulan 1500++. Saya dah tak risau pasal duit sebab ada laki sok bela dah. Haha.

Tetapi pesan saya kalau nak buat tuisyen biarlah ada minat dan ikhlas ye.. kalau tak, tak payah berangan…

– Teacher sha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *