Assalamualaikum. Aku seorang janda. Tapi status ku tidak diketahui oleh rakan sepejabatku, tidak diketahui kejirananku dan boleh kata dikalangan rakan-rakan ku seorang dua sahaja yang tahu.
Kenapa aku sembunyikan status aku? Sebab aku nak elak pandangan buruk masyarakat.
Bukan aku malu dengan gelaran yang aku pikul tapi aku tak sanggup dijadikan satu objek bahan gurauan dikalangan masyarakat. Tambah-tambah dikalangan golongan lelaki.
Dari sembang kedai kopi, sembang di komen fb hingga bawa ke meja mesyuarat. Ada saja nak dikait dengan janda. Dipetiknya janda itu, dipetiknya janda ini.
Aku yang dengar ni bernanah ja telinga. Kadang-kadang aku tertanya-tanya golongan janda ni tak layak dihormatikah? Bukan semua janda menggatal nak berlaki.
Bila janda diceraikan, perlu duit nak teruskan hidup, paling ramai mereka berniaga. Bila bukak kedai makan, berbondong2lah golongan lelaki ni lepak2 kat kedai janda. Eh, salah janda jugak kah? Dah itu sumber pendapatannya.
Isteri-isteri lelaki yang selalu lepak kedai janda pulak mulalah buat persatuan mengumpat sana sini. Pandang hina pada golongan janda. Janda Peah nak goda laki dia lah, janda Minah dah guna-gunakan laki dia lah.
Eh, kakak, makcik. Kita orang pun ada harga dan maruah diri tau. Kalau sorang janda buat hal dengan korang, menggatal dengan laki korang, jangan lah nak samakan dia dengan janda-janda yang lain.
Tolong lah jangan pandang hina pada janda dan pukul sama rata. Kalau janda tu nak, dia caras laki awak, awak pun bergelar janda jugak tau! Nanti orang lain plak yang pandang hina pada awak.
Yang lelaki-lelaki ni pun tak habis2 janda, janda, janda. Eh, eh, ehhhh.. Sedap je ye nak jadikan janda sebagai objek gurauan. Kau takda mak ke? Kau takda kakak? Kau takda adik perempuan? Kau takda anak perempuan?
Apa perasaan kau bila satu hari nanti bapak kau ceraikan mak kau dan orang jadikan mak kau objek gurauan macam kau buat kat janda orang lain.
Kau yakin lepas kau persendakan janda-janda kat luar sana, Allah takkan uji rumahtangga kakak kau, adik perempuan kau atau anak perempuan kau dengan dapat laki haprak dak akhirnya mereka pun bergelar janda? Yakin??
Jadi kalau tak yakin hati-hatilah ye. Hentikanlah sikap suka jadikan status janda orang sebagai bahan gurauan tak bermoral.
Dok MJ, MJ, MJ. Kau ingat orang tak tahu kau maksudkan Mak Janda??? Orang macam ni kalau satu hari nanti terkena batang hidung sendiri bila ahli keluarga jadi janda, baru dia nak sedar.
Sekian.
Hidup Janda!
– Yus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit