Janda Kelas Atasan

Hi, Aku Seera Wahida. Ini confession aku yang ke-2 kat sini. First dulu, pasal hidup aku. Waktu tu aku berada pada tahap paling rendah. Bergelut dengan kesihatan mental, mistik dan kehidupan single parent tanpa support system yang baik.

Aku tak perasan aku sakit pun, sampailah tahap nak bvnvh anak dan diri sendiri, aku cari solusi.

Rupanya sakit dari kecil sebab pegang tanggungjawab besar sebelum usia, dicabul keluarga, dikurung dan diperkosa, start urus keluarga dari sekolah rendah, naik tingkatan dua dah cari duit untuk keluarga serta kehidupan bersuamikan penagih dadah.

Dan sekarang, Alhamdulillah. Sekarang, setelah 7 tahun single. Aku nikah baru. Jodoh sungguh. Tak sangka. Tetapi siapa menyangka, pelangi indah diwaktu petang diusik orang.

Suami aku kantoi ada dok koya dengan perempuan/ janda di media sosial. Baru peringkat permulaan la. Macam mana boleh kantoi? Ini semua kerja Tuhan.

Benda tak elok Allah tunjuk tau. Kita isteri ni kemain doa untuk kesejahteraan keluarga. Isteri mithali lah konon eh, media sosial aku pun aku jaga batas apatah lagi pergaulan ditempat kerja.

Okaylah, pendekkan cerita.

Aku nak share benda yang aku buat aje. Memandangkan aku dah waras (tak sakit). Lately, banyak yang luahkan kisah kecurangan pasangan kan?

Untuk pengetahuan korang, aku ni tunggu masa nak melahirkan my second baby dengan suami baru ini. Setelah 8 tahun tak bersalin. Doakan urusan aku dipermudahkan. Untung-untung dapat rezeki m4ti masa melahirkan.

Antara yang aku buat:

1- Masa memula naluri ku berkata si suami ini ada sesuatu. (Aku dan suami pjj since nikah ), aku start bangun tahajud hari-hari. Mohon doa agar ditunjukkan.

Kadang tunjuk hint dalam mimpi, (tapi idok le percaya nor, mimpi kan) Itulah kan, manusia bila susah baru cari Tuhan. Sebelum tu bangun jugak, tapi tak sungguh la orang kata.

2- Masa pkp ini income teruji. So aku anggap suami aku kat sana stress memikirkan komitment, sebab tu dia start melayan perempuan dan jejanda ni semua. Aku husnuzon lagi. Aku start buat kembali tabung sedekah subuh.

Lepas subuh masukkan berapa aku mampu dalam tabung tu, dan doakan untuk suami aku dan kesejahteraan rumahtangga dari anasir luar. Alhamdulillah Allah bantu. Suami aku dapat job yang tak disangka-sangka.

3- Aku ingat dah setel waktu pkp tu, tak ada dah melayan jejanda ke apa di media sosial. Rupanya ada lagi jejanda baru. Yang ini aku amik langkah bersemuka dengan suami aku. Sebabnya, yang sebelum-sebelum tu just borak-borak tak ada lelebih nor.

Yang ni kemainnnnnn lelebih pulek. Si perempuan tu janda yang memanglah comel lote cantik weh, kulit gebu (supplement ) sebab aku dah stalk habis dari A to Z takat mana yang aku boleh stalk.

Perempuan tu (janda) yang daring lah, memang ayat-ayat dimedia sosial tu ayat ‘memancing’ lelaki-lelaki. Sesikit post selfie.Yang komen bagi ikon love semua lelaki termasuklah suami aku sendiri. Hahahahaha.. robek weh hati baca.

Sebelum bersemuka dengan suami, aku solat dulu 2 rakaat minta supaya fikiran aku rasional dan kata-kata aku yang keluar itu bernas.

4- Alasan suami aku bagi, dia terleka, sebab dah terbiasa single (duda) sebelum kahwin dengan aku, dah kahwin pjj pulak. Aku bagi kata dua. Dia minta maaf. Aku waktu tu, nak rasa marah nor, tak ada sangat, rasa sedih, sedih tapi tak sangat. Rasa tenang yang Allah bagi.

Aku anggap ini ujian, atas dosa-dosa aku. Allah tegur, sebab aku terleka untuk jaga perintah Allah, dan juga, Allah uji atas apa yang kita sayang.

5- Kena ingat, syaitan memang kerjanya meruntuhkan rumahtangga. Syaitan lagi suka manusia ini berbuat maksiat. Siapa nak bercerai berai kan? so aku serahkan kat Allah je sekarang. Mohon doa yang terbaik dalam rumahtangga kita. Hati ini milik Allah.

6- Tapi, aku tak adalah nak biar camtu aje, aku dah start plan untuk upgrade diri. Lepas bersalin, join la kelas-kelas kemahiran dan start kumpul duit.

Sepanjang kahwin, banyak aku korbankan untuk keluarga sebab suami aku tak stabil lagi. (baru bina kembali hidup selepas penceraian beliau dengan bekas isterinya dahulu yang agak tragis.

Dibuktikan oleh MIL aku sendiri la.(penyiasat, semua benda aku siasat dalam diam.haha) Andai kata jodoh tak panjang, aku dah siap prepare. Tak adalah jatuh terduduk kan?

7- Bagi isteri atau suami teraniaya (isteri pun ada curang weh, ramai je) ini. Follow lah kaunselor yang best2, sebab realistik sikit dengan zaman sekarang. tak ada nak pihak memana nor baik lelaki mahupun perempuan.

Beliau membuka minda aku bahawa hidup ini bukan berkisar kepada manusia sahaja. Target kita ialah syurga, so apa yang kita korbankan untuk keluarga kita niatkan buat kerna Allah Taala dan untuk diri kita sendiri. Jika buat sebab orang, tak dihargai kita akan kecewa kan?

8- Media sosial. Jagalah ikhtilat kita dimedia sosial. Punca kecurangan ini salah satu sebab tak jaga ikhtilat. Baik dimedia sosial mahupun realiti.

Beza tau perempuan yang dok up gambar sebab berniaga online/ share kisah kehidupan dengan perempuan/ janda yang gedik ni, status semua ayat memancing aje.

Jejanda pulak, tolonglah jadi janda kelas atasan. Seronok ke gambar-gambar anda yang lentik liuk jadi bahan santapan mata lelaki-lelaki ini semua.

9- Doa dan jaga solat. Apa lagi kita sebagai hamba boleh buat. Sedangkan nak kunyah makanan pun dengan kuasa Allah. Doa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Kita jaga Allah, Allah jaga kita dari kesedihan dan gundah gulana. Tiada yang lebih berharga dari ketenangan dan kesihatan kan?

10. Mengadu pada Allah dulu, kalau nak ngadu pada manusia cari yang rasional (pihak ketiga). Boleh jadi nanti kawan kita tu bagi nasihat entah pape serta mengeruhkan lagi keadaan (banyak dah kan yang kita tengok kat media sosial).

Tak galakkan dengan rakan ni. Nanti takut membawang kat belakang. Melainkan anda kenal hati budinya sesungguhnya.

11- Jadilah wanita kelas atasan, tak perlu nak diviralkan dimedia sosial. Setel dendiam. Tahukah anda, wanita itu sendiri menyakiti wanita lain.

Aku pernah jadi janda, lebih tepat balu. Dan aku faham sangat rencah kehidupan bergelar janda. Tetapi, jadilah janda kelas atasan. Dalam dunia ini banyak benda boleh buat untuk hilangkan sunyi dan sedih kita.

12- Aku salahkan suami aku dahulu, sebab dia tak jaga iman dia.

13- Itulah dulu kot.

Doakan aku dipermudahkan urusan bersalin ya, baby keluar bagai air yang dicurah gitewww. Bye…

Yang mahu ke syurga,

– Seera Wahida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *