Jandara

Assalamualaikuk semua. Terima kasih admin sudi baca dan siarkan tulisan saya. Dah lama nak kongsi, tapi tak tau nak kongsi macam mana.

Saya harap medium ni adalah medium terbaik untuk beri peringatan dan pengajaran buat semua, terutama kaum wanita.

Tahun ni ialah tahun yang agak mencabar bagi saya, sebab rumah tangga yang dibina tak sampai setahun telah tamat tempoh jodohnya. Saya tak nak cerita tentang apa yang saya lalui dalam rumah tangga, nanti jadi confession KRT pula. Cumanya ia bermula dengan sesuatu yang remeh, kemudian saya terus dipinggirkan, dan tahu-tahu dapat tarikh kena pergi mahkamah untuk urusan penceraian.

And here’s the catch- saya diceraikan tanpa edah i.e tak pernah disentuh sejak berkahwin. Nak kata janda, tapi anak dara. So, campurlah sekali = “jandara”.

Setelah menyelidik ala Detektif Conan, berjumpa kaunselor berpengalaman, dan ustaz di pejabat agama, saya seolah-olah ada bayangan jawapan. Tapi, oleh sebab tak ada bukti saya pun tak nak lah tuduh yang bukan-bukan. Lagipun dah tak ada apa-apa, macam lantaklah kau nak buat apa.

Keadaan ni sangat memberi trauma kepada saya. Dan saya tahu, saya bukan keseorangan. Bila Google rupanya ramai juga perempuan yang mengalami benda ni. Yang malang masih terikat sebagai isteri, tak tahu nak buat apa, bertahan kerana sayang. Ada yang saya dengar, bertahun-tahun bertahan tak disentuh barulah diceraikan. Kadang-kadang saya bersyukur sebab saya bukan isteri yang baik dan sempurna. Jadi bila dah buat salah terus ada alasan untuk dia kata tak suka dan terus cerai.

Ya, dalam perkahwinan hubungan seks bukanlah segala-galanya. Lagi-lagi sebagai perempuan, secara normalnya nafsu kita berbeza dengan lelaki. Masa saya masih dalam perkahwinan, saya pun buat tak tau je sebab ingat benda macam ni normal kot. Saya tak bagitau sesiapa pun sebab malu dan nak jaga aib pasangan kononnya.

Tapi dalam masa yang sama ada juga rasa sedih sebab bila dah kahwin mestilah nak zuriat kan. Bila tengok orang lain pregnant, kadang-kadang saya sedih dan tanya pada diri sendiri, “Buruk sangat ke aku ni?”. Nak tak nak, benda ni terkait juga dengan emosi kita sebagai wanita.

Sebenarnya, di Malaysia ada caranya kalau benda macam ni terjadi. Saya pun tak berapa arif sebab saya sendiri tak buat apa yang dinasihatkan. Jadi, saya taknak wanita-wanita lain buat kesilapan yang sama macam saya, bertahan sebab masih sayang kononnya. Sayang memang sayang, tapi yang utama sayanglah Allah dan diri sendiri dulu. Sebelum tu, apa-apa pun cubalah usaha berbincang dengan pasangan dulu. Kalau tak boleh sangat, barulah ambil langkah seterusnya.

Pertama, boleh buat aduan di pejabat agama. Nanti pejabat agama akan panggil pasangan suami isteri untuk kaunseling. Tapi kalau dah beberapa kali panggil tak datang (2 kali tak silap), aduan ni akan dibawa ke mahkamah.

Kedua, mohon fasakh di mahkamah. Antara syarat yang dibolehkan mohon fasakh ialah bila pasangan tak pernah sentuh sejak kahwin selama 4 bulan/mati pucuk/kecelaruan mental. Kalau dah pernah bersama, kemudian tak sentuh selama setahun tanpa sebab munasabah pun boleh tuntut juga.

Ketiga, libatkan keluarga. Ni memang leceh sikit, tapi inilah yang saya buat mula-mula dulu sebab memang buntu gila. Pasangan pula lari-lari, acah-acah merajuk, taknak berbincang. Memang betul, bila dah libatkan keluarga keadaan boleh jadi makin rumit, banyak hati kena jaga. Jadi nasihat saya, teruslah berjumpa penasihat bertauliah di pejabat agama. Kalau nak bagitau pun, bagitau ahli keluarga yang kita percaya dan rasa boleh bantu dalam masalah tu.

Buat sahabat-sahabat “jandara” di luar sana, kuatkanlah semangatmu! Saya yakin, pasti ada yang dah bertemu kebahagiaan yang lebih baik pun. Bagi yang masih diselubungi kemelut ini, jangan takut, jangan malu. Tekanan yang anda rasai adalah normal. Tuhan pun tak suruh kita seksa diri sendiri. Gunakan saluran yang betul untuk pertahankan hak anda. Kita semua berhak bahagia.

Saya akui, awal-awal memang susah nak hadapi, tapi bila dah lepas tahap emosional dan masuk tahap rasional, alhamdulillah, I have no regret now, sebaliknya saya bersyukur urusan saya dipermudahkan Tuhan. Tapi, tak dinafikan trauma tu memang ada. Hopefully it will reduced by time.

Di samping itu saya nak bagi warning juga, buat lelaki yang memang rasa tak mampu/sedia/or whatever reason you have- untuk beri nafkah batin kepada seorang perempuan bergelar isteri, tak payahlah nak try, test, cuba kahwin. Kahwin ni bukan cuba-cuba ye.

Sebagai masyarakat pun, kita tak payahlah nak push orang lain dengan soalan, “Kau bila nak nikah?”. Takut-takut kita pun secara tak sengaja menyumbang kepada gejala macam ni. Wallahu a’lam.

Sekian.

– Miss Bright Side

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit