Jangan Baca Pesanan Akak Ini Jika Anda Perempuan Manja

Salam guys. Tajuk aku kali ni berdikari. kenapa? sebab memang seharusnya semua orang kena ada benda ni. cuma aku nak nasihatkan untuk wanita kat luar sana supaya berhati- hati dengan sikap berdikari korang tu. Aku paham zaman sekarang ni ekonomi tengah gawat teruk. masing2 sibuk nak cari duit pagi petang siang malam. si suri rumah pun tak kurang nak bantu si suami pendapatan sampingan dengan dropship sekalipun. Bagus usaha kalian,. moga sukses nak survive sekarang ni.

Korang dah buktikan pada semua orang yang korang boleh, korang berjaya buktikan. cuma nasihat aku tolong jangan tunjukkan sifat terlalu berdikari korang tu walaupun korang mampu ! simpan sikit supaya tanggungjawab dan beban rumah tu dilepaskan sebulatnya pada si isteri. Mentang2 isteri panda cari duit, si suami seronok lepaskan tanggugjawab dan abaikan nafkah sedangkan itu tanggungjawab mereka. Tapi aku tak highlight kn semua lelaki ya !

Berapa ramai kes2 penceraian berpunca daripada kes suami malas kerja,harapkan sepenuhnya si isteri cari makan. Aku cakap ni atas pengalaman yang jadi dalam hidup aku sendiri. Mak aku kerja dari umur aku 6bulan. Now umur aku dah 20+ . segalanya mak aku tanggung walaupun ayah aku ada lagi. Dari aku kecik, mak aku yang cari makan bersungguh2, sekolahkan kami adik beradik sampai kan aku berjaya tamatkan ijazah. Mak aku ni memang wonder woman habis. bertukang, kerja2 orang lelaki pun mak aku mampu buat ! mak aku ni memang hero lah untuk kami adik bradik.

Ayah aku? aku bukan nak burukkan ayah aku tapi pada aku ayah aku ni memang seorang yang berat tulang. Dari aku kecik dia macam tak nak usaha nak majukan kehidupan kami. Terlalu berharap mak aku cari makan. Alasannya sebab dia tahu mak aku mampu cari makan, mampu buat serba serbi itu ini. Tapi mak aku tetap sabar 32 tahun tak tinggalkan ayah aku walaupun sehelai baju pun dia tak pernah nak bagi.

Perempuan, bagus sebenarnya kau boleh berdikari. Tapi jangan tunjuk sangat depan suami yang kau boleh buat itu ini.Tunjuk sikit kau still harapkan diorang untuk bantu kau dalam urusan rumahtangga. Bagi diorang tanggungjawab. Bagi diorang rasa yang diorang ni ada tanggungan. Hal ni dah terjadi jugak beberapa kawan aku yang dah kahwin tapi lelaki abaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah.Benda ni nampak kecik tapi untuk sesiapa yang dah alami memang makan hati berpuluh tahun macam mak aku.

Jadilah kuat, berdikari dan superwoman bila kau bsendirian, bila dah ada suami tolong jangan tunjukkan kau adalah superwoman yang bolehkan dia lepas tangan. Aku nak mintak maaf kepada kaum lelaki sekiranya post ini nampak cam rasis jantina. Bukan berat sebelah cuma Aku nasihatkan tolong la jadi bertanggungjawab bila dah jadi suami dan ayah. Jangan bergantung pada isteri walaupun isteri mampu cari duit, isteri kerja dan mampu sediakan macam2. Bertolak ansur dan sama lah bantu membantu. Bersyukur lah dan sila berterima kasih sekiranya anda mempunyai isteri yang membantu anda ringankan beban anda. Hargai dirinya dan jangan sesekali ambik kesempatan atas kemuliaan hati seorang isteri.

– Anak superwoman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit