Jangan Bagi Anak Kita Masuk Asrama

Assalamualaikum semua. Aku adalah seorang lelaki. Ketika dulu aku adalah lelaki nerd. Mempunyai didikan emak ayah yang baik terhadap aku. Aku juga mempunyai jiwa budak-budak yang teringin nak tahu sesuatu perkara.

Dari darjah 1 hingga darjah 6 aku tidak tahu menahu apa itu seks. Seks pada keluarga aku ialah perkara sensitif untuk dibicarakan pada dalam keluarga. Di dalam jiwa aku, nafsu seks tiada langsung. 

Sehingga la aku masuk tingkatan 1. Tingkatan 1, ketika itu masih lagi dalam keadaan nerd. Selang beberapa bulan, ayah aku mohon untuk masuk ke asrama.

Aku masa tu rasa seronok juga selama ni dimomokkan untuk hidup berdikari sendiri oleh guru, oleh ahli masyarakat dalam majalah buku dan suratkhabar.

Aku mencabar diri aku untuk steady masuk asrama. Mencari pengalaman baru dan teringin mungkin seakan seronok bersama kawan-kawan 24 jam. 

Setelah masuk asrama, aku duduk dalam suasana harmoni. Kawan – kawan baik sekeliling aku. Namun beberapa bulan, ada senior tanya aku yang aku ni pernah beronani?. Aku tanya senior aku apa itu onani? Senior aku terkejut yang aku tidak memahami bahasa onani.

Aku yang jenis lurus bendul pergi tanya kawan2 aku kat sekolah. Rupanya semua kawan2 aku tahu daripada aku diri aku tak tahu. Rupanya aku ni betul2 alhamdulillah dijaga daripada anasir buruk oleh pergaulan kawan2 yang tidak bermoral ketika darjah 1 hingga darjah 6. 

Kemudian setelah betul-betul tahu, aku rasa itu perkara baru dalam hidup aku. Aku rasa ingin mencuba. Sedap ke tak sedap? Aku nak tahu bagaimana rasa beronani.

Pada ketika itu ingin mencuba, aku tak rasa feel nafsu seks naik. Tapi aku belajar. Haha. Aku ingat permulaan pertama itu merosakkan aku sehingga berumur 37 sekarang. Menjadi candu sekiranya tidak melakukannya.

Ini akibat buruk duduk asrama yang aku menyesal. Ianya seperti dadah. Tiada ubat. Tiada penawar mampu boleh sembuh. Bahkan candu itu melibatkan pornografi. Melibatkan dosa-dosa lain. Aku berazam setiap kali namun akhir kalah dengan nafsu. Itulah bahana beronani. 

Faktor kedua yang aku melarang sangat anak-anak bagi masuk asrama ialah buli. Buli ni satu jenayah besar. Aku pernah dibuli. Ketika tingkatan 1.

Waktu tingkatan 1, aku adalah budak nerd. Dijadikan adik angkat senior. Sebab jujur tidak tahu apa-apa. Senior baik juga dengan aku. Jaga aku daripada anasir buruk. Tetapi duduk asrama. Perkara seks dan buli tidak boleh lari. Aku terkena juga. 

Aku terkena buli ketika aku tidur. Ditendang di kawasan kepala kerana tidak mendengar arahan. Aku rasa macam takut masa itu. Nak bagi tahu warden, takut terkena lagi. Aku budak nerd. Aku fikir balik, baiklah aku dengar cakap.

Pembuli ni patut dibuang sekolah. Sebab apa? Merosakkan ekosistem persekolahan. Buli menyebabkan barah besar sehingga ada kumpulan gangster sekolah.

Cikgu-cikgu dulu hingga sekarang tak ambil port pasal buli. Ada kes buli nak selesai peringkat sekolah. Rotan dan sebagainya. Sepatutnya kes buli perlu bawa di peringkat polis. Bawa ke lokap dan dibuang sekolah. Itu solusinya. Maaf berleber pada cikgu-cikgu. 

Faktor ketiga yang aku melarang sangat anak-anak bagi masuk asrama ialah lgbt. Dulu tak ramai penyokong lgbt. Sekarang semakin ramai. Sebab apa? Sebab terduduk dalam asrama.

Ada kawan aku, berkasih kat asrama. Seorang lelaki lembut, seorang lelaki jambu. Mereka solat seperti biasa. Nampak macam biasa. Namun melakukan seks luar tabie.

Sudah melarang namun perkara itu dianggap normal pada rakan-rakan asrama yang lain. Tidak melarang keras. Malah cakap cakap belakang.

Itu yang dipersoalkan aku hingga harini. Mungkin kerana semua beronani yang hendak tegur juga kesilapan orang lain, seolah sama juga seperti kita. 

Kesimpulannya. Asrama sekolah, asrama pondok, asrama madrasah, asrama sekolah agama, asrama apa2 pun jangan bawa masuk. Kita tidak tahu latarbelakang anak2 yang sudah terkena virus buruk. Lebih baik duduk kat rumah daripada duduk kat asrama.

Biarlah emakayah cakap duduk asrama belajar lebih focus namun masa depan anak bakal terdedah dengan perkara buruk.

Seks bagi aku, positif dan negative. Bagi perdedahan awal boleh membawa tindakan kurang bijak. Pendedahan paling baik selepas spm. Emak ayah boleh bercerita tentang pendidikan seks yakni keburukan seks selepas spm. 

Namun begitu, rakan-rakan sekolah sekelas saya. Tidak masuk asrama pun, sudah mengetahui pornografi. Mereka tidak malu nak citer hal seks porno akibat pengaruh rakan-rakan sebaya mereka sewaktu zaman sekolah rendah bahkan barah pergaulan dengan senior mereka.

Inilah perkara membimbangkan aku dan masa depan anak-anak. Aku takut suatu hari nanti generasi akan datang membudayakan pornografi sebagai amalan seharian. Sebab benda porno sudah berada di hujung jari. Zaman dulu melalui dvd. Zaman sekarang menakutkan bagi anak-anak kita.

Akhir kata aku, fikirkan anak-anak kita semua. Jaga mental dan otak mereka sebaik mungkin. Elakkan daripada terpengaruh rakan sebaya dan bercinta. 

– Slam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. aku terpanggil nak comment sikit pasal posting ni.

    1. bang, ko tak boleh pukul rata semua asrama are open abt sex. just bcs kau tak boleh control nafsu dan curiosity kau, kau blame it on sistem asrama pulak? you’re 13, even belum baligh pon ketika itu, I believe you’re mumaiyyiz enough (dah berakal/berotak org kata). siapa circle kau yg akan menentukan mcm mana pembentukan diri kau. and what makes you confident yg kalau kau duduk je sekolah harian biasa kau tak diexpose dgn onani dsb? kat mana2 pon benda ni ada je. tapi how you process the information is what going to make you different than the rest. so, nasihat aku, ko pergi la seek help kalau dah ketagih macam tu.

    2. point kau pasal buli tu aku setuju. lagi2 asrama lelaki, buli ni dah macam tradisi. again, macam mana kau encounter problem and overcome setiap masalah kau la yg membezakan kau nanti bila dah hadap dunia sebenar yg lebih keras. ini antara perbezaan ketara yg aku nampak bila berkawan dgn budak yg pernah hidup lifestyle asrama dan tidak pernah. yg duduk asrama ni jenis jiwa kental sikit maybe sbb dah went thru macam2 masa budak lagi. tapi, still, kalau dah sampai buli yg memudaratkan yg boleh akibatkan kematian, mestilah pihak berwajib kena masuk campur dan keluar je la dari sekolah tu.

    3. lastly, tak semua orang bernasib baik mcm kau. tak semua parents boleh provide apa yg budak tu perlukan untuk berjaya (eg; makan minum bernutrient, tuition, moral support etc). aku tak nafikan, kalau parents yg memang mampu boleh provide semua keselesaan dan resources untuk anak dia berjaya, then bagus, duduk je sekolah yg takde asrama. sebab penubuhan asrama tu sendiri dulu ialah nak tolong budak2 yg ada potensi tetapi dibatasi dgn kekangan hidup yg mcm2. tak semua parents belajar tinggi2 ada degree untuk mampu jawab bila anaknya tanya soalan addmaths/chemistry/biology etc. & tak semua parents jugak mampu nak hire tutor yg satu subject boleh cecah RM300. kalau mampu, iya teruskan je.

    so my points stand still, bukan asrama tu yg menjahanamkan budak, tapi dgn siapa dia associate masa zaman asrama tu la yg either put them at the top of the hierarchy or down the street.

  2. Awak dah umur 37, kalau awak still buat onani tu salah awak sndri. Awak dah tau dan ckup matang utk fikir. Yg lepas tu lepas la takde guna duk kenang. Yg sekarang ni awak kena focus kan.

  3. Ada betulnya pendapat kau bang sebab aku kenal someone yang memang perangai macam kau reveal akibat masuk asrama. Dia belajar beronani dari kawan-kawan dan juga menjadi pembuli di asrama. Perangai tu dibawa sampai ke tua dan memberi impak yang sangat negatif dalam hidup dia. Tapi aku tak pukul rata semua orang, cuma segelintir. Ramai je yang perform bila masuk asrama dan bagi aku sekolah kat mana-mana pun sama sebab keruntuhan akhlak ni terjadi atas banyak faktor. Semoga kau sempat bertaubat sebelum terlambat, please seek for help!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *