Assalamualaikum semua. Aku ada sedikit pengalaman yang mana harap semua orang ambik iktibar dan tak jadi macam aku.
Kisah ni jadi masa 2017. Ada antara kami sekeluarga (aku, abang dan ayah) yang kadang-kadang keluar malam. Biasalah ada jumpa kawan, lepak dan balik kerja.
Suatu hari mak bagitau aku yang dia nampak kertas putih (keratan A4) terbang dalam rumah. Masa tu waktu pagi.
Mak aku ni Allah beri kelebihan dapat rasa, bau dan nampak sipi2 kalau benda “halus” ni. Dia dapat kelebihan ni selepas kali pertama pitam bila tau abang aku eksiden.
Bangun dan hidup macam biasa tapi lama2 tu dia macam dapat detect benda2 ni. Macam cerita superhero pulak tapi bukan benda lawak.
Masa mak bagitau aku tu tentang kertas terbang dalam rumah tu aku macam biasa buat tak ada apa.
Kemudian dia bagitahu setiap kali magrib akan ada bau harum orked hutan dari belakang rumah. Rumah aku rumah kampung. Biasalah hutang dan kebun belakang rumah.
Akhirnya aku kena balik ke U sebab cuti dah habis.
Tak lama lepastu aku dapat call dari adik yang mak sakit. Tak tunggu lama terus aku beli tiket terus balik rumah.
Mak aku kena kacau weh. Mak aku kata dia mula sakit bahu, kemudian belakang leher kemudian dia gelap mata macam mengantuk.
Dia nampak dalam mimpi dia kutu babi hutan kerumun ramai2, naik badan dia banyak.
Masa tu dia menjerit marah pada ayah dan semua sebab akal dia dikawal oleh jin. Ayah aku terus datang ikhitiar baca ayat kursiy dan mak aku terus lemah.
Jin tu keluar dgn bunyi tangisan mendayu2 keluar rumah. Jangan ingat dia terus blah geng.
Selepas jumpa ustaz, dia bagitau jin tu daripada hutan yang ikut salah seorang dari ahli keluarga kami yang balik tengah malam. Dia tak bertuan dan mencari tempat tinggal. Glups
Atas nasihat ustaz,kami pun ikhtiar pagar rumah dgn garam, lada hitam, selawat dan azan dgn tawakal harap pertolongan dari Allah.
Satu malam tu aku saje2 terdetik hati nak pergi duduk kat jalan depan rumah aku. Hutan semak sikit lah. Saja nak ambik angin, tiba2 abang aku panggil aku balik cepat2 katanya nak keluar pergi beli barang.
Terus masuk kereta kami terus keluar. Aku macam pelik tapi tak apa.
Dalam kereta abang aku cakap…. Dia nampak lembaga putih rambut panjang ada dalam semak dan berdiri betul depan aku. Dan sedang pandang ke rumah aku.
Allahu. Mata aku rabun sebab tak pakai spek. Jin langsuir tu masih belum blah.
Kami ada jumpa ustaz dan dapat beberapa nasihat. Tak lama lepastu kami jumpa bawah pokok depan rumah potongan rambut wanita, keras macam berus sabut yang terpotong.
Tak lama lepastu gangguan dah berkurangan dan tak ada lagi.
Pesanan aku dapat daripada ustaz,
1. Basuh kaki sebelum masuk rumah.
2. Selawat dan bagi salam sebelum masuk rumah.
3. Hidupkan rumah dengan mengaji quran, selawat dan solat jemaah. Jin takut dengan selawat.
4. Prihatinlah kalau mak ayah kita cerita apa2 pada kita.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit